Selasa, 29 Jun 2021

MODIFIKASI TINGKAH LAKU: LATIHAN KEMAHIRAN TINGKAH LAKU 1

 KEMAHIRAN TINGKAH LAKU


  • Bagi melatih kemahiran sosial, asertif (keyakinan diri) dan pekerjaan 
  • 4 komponen utama yang perlu ada dalam latihan:
    1. Permodelan
    2. Arahan
    3. Raptai
    4. Pengulangan 

1. PERMODELAN

  • Tingkah laku yang betul dimodelkan oleh individu pakar
  • Tingkah laku berbentuk lintas langsung atau simbolik (kekekter, kartoon)
  • Individu perlu memerhati dan tiru tingkah laku model
  • Keberkesanan permodelan bergantung kepada:
    1. Tingkah laku yang dimodel berada dalam ruang lingkup tingkah laku yang boleh dibuat oleh pemerhati 
    2. Pemerhati boleh beri perhatian kepada model
    3. Pemerhati boleh membuat tingkah laku yang dimodelkan

Faktor Pengaruhi Keberkesanan Pemodelan

  1. Apabila model pamerkan tingkah laku yang betul (agen peneguhan)
  2. Ciri-ciri model perlulah sama dengan pemerhati @ berstatus lebih tinggi
  3. Kekompleksan tingkah laku yang dimodel perlu sesuai dengan tahap perkembangan @ keupayaan pemerhati 
  4. Pemerhati perlu beri perhatian kepada model
  5. Tingkah laku yang dimodelkan mesti terjadi dalam konteks bersesuaian (perlu dimodelkan dalam situasi sebenar)
  6. Tingkah laku model perlu diulang beberapa kali sehingga pemerhati dapat laksanakan tingkah laku yang betul 
  7. Tingkah laku model dengan pelbagai cara dan situasi → untuk digeneralisasikan
  8. Pemerhati perlu diberi peluang untuk ulang tingkah laku sebaik selepas memerhati
  9. Peniruan yang betul diberikan peneguhan segera

2. ARAHAN

  • Huraikan tingkah laku yang betul kepada pemerhati dengan spesifik dan tepat
  • Berikan rantaian tingkah laku dengan jelas mengikut komponen dan urutan yang bersesuaian
  • Jelaskan situasi dimana tingkah laku dijangka terjadi
Contoh:- 
Apabila orang tidak dikenali ajak kamu naik ke kereta, kamu perlu berkata:
"Tak boleh! Saya perlu meminta kebenaran cikgu"  
" Kemudian lari masuk ke dalam kawasan sekolah bagitahu cikgu"
" Cikgu akan bangga dengan tindakan kamu"

Faktor Pengaruhi Keberkesanan Arahan

  1. Perlu dinyatakan ikut tahap pemahaman pemerhati ( terlalu senang → buat tak endah, terlalu susah → tak faham) 
  2. Dibeikan oleh individu yang ada kredibiliti
  3. Pemerhati diberikan peluang untuk ulang tingkah laku
  4. Arahan perlu dipadankan dengan permodelan
  5. Arahan diberi bila pemerhati diberi perhatian
  6. Pemerhati perlu ulang arahan ( tingkatkan kebarangkalian pemerhati boleh ulang arahan di masa hadapan)

3. RAPTAI @ PENGULANGAN

  • Beri peluang kepada pemerhati untuk berlatih selepas terima arahan @ lihat permodelan 
  • Bahagian penting dalam latihan kemahiran tingkah laku kerana
    1. Permodel hanya akan pastikan pemerhati belajar tingkah laku betul apabila dapat laksanakan tingkah laku tersebut
    2. Peluang untuk teguhkan tingkah laku yang dipamerkan dengan betul
    3. Beri peluang untuk menilai  dan betulkan kesalahan jika tingkah laku dilakukan dengan betul

Faktor Pengaruhi keberkesanan Raptai @ Pengulangan

  1. Tingkah laku perlu diulang dalam konteks bersesuaian
  2. Raptai perlu diprogramkan supaya dapat hasil yang memuaskan
  3. Raptai tingkah laku betul → peneguhan segera
  4. Jika sebahagian tingkah laku diulang betul → beri maklum balas untuk betulkan tingkaj laku
  5. Tingkah laku diulang dengan betul perlu dilakukan beberapa kali


4. MAKLUM BALAS 

  • Melibatkan pujian @ lain-lain peneguhan bagi tingkah laku betul
  • Pembetulan kesilapan atau arahan tambahan bagi tingkah laku tidak betul
Faktor Pengaruh Keberkesanan Maklum Balas
  1. Diberi sebaik sahaja tingkah laku betul dipamerkan
  2. Perlu sentiasa libatkan pujian @ lain-lain peneguhan
  3. Pujian mestilah berbentuk deskriptif
  4. Jangan negatif apabila sampaikan maklum balas
  5. Puji dulu sebahagian aspek tingkah laku yang betul sebelum beri maklum balas
  6. Beri maklum balas untuk betulkan satu tingkah laku sahaja pasa satu-satu masa

ANTESEDEN

TINGKAH LAKU

AKIBAT

Permodelan Dan Arahan

Raptai @ Ulangan

Maklum Balas


Latihan Kemahiran Tingkah Laku dalam Kumpulan

  • Diberi kepada kelompok individu yang perlu belajar kemahiran yang sama
  • Paling berkesan dalam kumpulan kecil supaya semua orang berpeluang ambil bahagian
  • Permodelan & arahan diberikan kepada kumpulan
  • Raptai @ Ulangan dibuat oleh individu dalam kumpulan hingga dapat lakukan tingkah laku yang betul
  • Maklum balas diberikan oleh jurulatih & ahli kumpulan

Kelebihan latihan tingkah laku dalam kumpulan 
  1. Lebih efisien
  2. Setiap ahli belajar dengan perhati ahli kumpulan lain
  3. Individu belajar nilai persembahan
  4. Generalisasi senang berlaku
  5. Magnitud peneguhan

Kelemahan latihan dalam kumpulan 

  1. Setiap ahli mungkin tidak dapat perhatian penuh daripada jurulatih
  2. Sesetengah ahli mungkin tidak ambil bahagian secara aktif
  3. Sesetengah ahli mungkin mendominasi sesi & mengehadkan lathan ahli lain

Atur cara prosedur latihan tingkah laku 

  1. Kenalpasti & definisi kemahiran yang akan diajar
  2. Kenalpasti semua rangsangan diskriminatif
  3. Nilai kemahiran individu dalam situasi rangsangan
  4. Mulakan latihan dengan kemahiran @ situasi rangsangan yang paling mudah
  5. Mulakan sesi latihan dengan memodelkan tingkah laku & jelaskan aspek-aspek penting tingkah laku
  6. Adakan peluang untuk latihan
  7. Beri maklum balas sejurus selepas raptai
  8. Ulang raptai & beri maklum balas
  9. Selepas berjaya dalam satu situasi latihan berpindah ke situasi lain
  10. Programkan generalisasi kepada situasi semula jadi bila telah mahir dalam semua situasi simulasi

 

Isnin, 28 Jun 2021

MODIFIKASI TINGKAH LAKU: PELENTURAN (SHAPING)


PELENTURAN 



Pelenturan ialah prosedur membentuk tingkah laku sasaran baru yang tidak pernah dilakukan.

  • Merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam modifikasi tingkah laku
  • Banyak berlaku secara semula jadi dalam proses pembelajaran
  • Melibatkan prinsip asas peneguhan & pelenyapan
Contoh:-

Bahasa kanak-kanak 

1. Bunyian yang tak ada makna (agahan) tapi mimik bahasa ibu bapa 

 [Kesan: Ibu bapa akan teruja dan beri perhatian = peneguhan → tingkah laku akan meningkat]

 2. Tingkah laku agahan semakin kerap & menyerupai sebahagian perkataan (ma...maaa..., baaa...baaa...) 

[Kesan: Ibu bapa semakin teruja & beri perhatian → anak makin kerap hasilkan bunyi]

3. Gabungan bunyian → perkataan → ibu bapa beri peneguhan

 [Kesan: Ibu bapa berikan perhatian & betulkan sebutan]

4. Peneguhan kepada bunyi yang sekan perkataan → perkataan penuh → ayat

 [Kesan: membentuk peneguhan pembezaan bagi setiap urutan tingkah laku]

Apakah itu peneguhan pembezaan? 

Peneguhan pembezaan bagi setiap urutan tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku sasaran hingga dapat hasilkan tingkah laku sasaran.

Peneguhan pembezaan  = hampir sama dengan tingkah laku sasaran

Peneguhan semakin kurang diberikan kepada bunyi agahan apabila kanak-kanak semakin dapat sebut perkataan (pelenyapan)

Penyelapan : Agahan

Peneguhan: Perkataan 

Apakah Prosedur Perlenturan?

 Memulakan pelenturan 

  1. Kenal pasti tingkah laku sedia ada (t/l A) yang hampir sama dengan tingkah laku sasaran 
  2. Teguhkan (t/l A) 
  3. Penyelapan: berhenti teguhkan (t/l A) 
  4. Teguhkan tingkah laku yang semakin sama dengan t/l sasaran (t/l B) 
  5. Proses peneguhan pembezaan (diberikan kepada setiap kali t/l baru yang semakin hampir dengan t/l sasaran dan diteruskan sehingga t/l sasaran dapat dilakukan)

Contoh prosedur eksperimen pelenturan :-

  • Pelenturan tingkah laku tikus menekan tuas untuk mendapatkan makanan 
  1. Tikus berada dikawasan di mana tuas berada
  2. Makanan dijatuhkan melalui tuas
  3. Pengkaji hanya jatuhkan makanan apabila tikus menghadap ke tuas
  4. Pengkaji hanya jatuhkan makanan apabila tikus berdiri dengan kaki belakang
  5. Pengkaji hanya jatuhkan makanan bila bergerak ke tuas
  6. Pengkaji hanya jatuhkan makanan bila tikus menyentuh tuas
  7. Pengkaji hanya jatuhkan makanan bila tuas ditekan
Hasil:- 
  • Setiap kali tikus masuk sangkar akan segera menghampiri tuas 
  • Tikus bermula dengan tingkah laku sering dilakukan → tingkah laku tidak pernah dilakukan 
  • Gandingan peneguhan terlazim dengan peneguhan tidak terlazim

Apakah itu agen peneguhan terlazim?

  • Agen peneguhan (reinforce) merupakan akibat yang mengukuhkan tingkah laku operan.
  • Peneguhan terlazim (sekunder) pula merupakan rangsangan yang pada asalnya neutral tetapi menjadi agen peneguhan apabila dipadankan dengan peneguhan tidak terlazim atau peneguhan yang sudah sedia terlazim. 

Kenapa guna agen peneguhan terlazim?

  1. Boleh bunyi klink dengan cepat dan mudah
  2. Tingkah laku boleh diteguhkan dengan segera
  3. Supaya tidak berlaku fenomena kepuasan sepenuhnya ( iaitu apabila makanan tidak lagi berkesan sebagai agen peneguhan apabila subjek telah kenyang)

Pengaplikasian Pelenturan 

  1. Untuk mengajar tingkah laku yang pernah terjadi tetapi tidak lagi dilakukan (cth; ind kemalangan)
  2. Hasilkan tingkah laku novel (cth: tikus tekan tuas, dolphin melompat gelung)
  3. Mengubah dimensi tertentu bagi tingkah laku yang sedia ada (cth:- suara perlahan, gagap)

Tatacara Prosedur Pelenturan

  1. Mendefinisikan tingkah laku sasaran
  2. Tentukan sama ada pelenturan adalah prosedur yang paling sesuai
  3. Kenal pasti tingkah laku permulaan @ tingkah laku hampir sama dengan tingkah laku sasaran
  4. Pilih langkah @ urutan untuk implementasi pelenturan
  5. Pilih agen peneguhan yang berkesan (perlu gandingkan agen peneguhan dengan peneguhan tidak terlazim
  6. Guna peneguhan pembezaan bagi setiap tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku sasaran
  7. Aturkan urutan tingkah laku ikut jarak dan tahap yang sesuai ( beri peneguhan beberapa kali kepada tingkah laku yang hendak disasarkan sedikit demi sedikit, beri tahu subjek apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran)

 Pelenturan Tingkah Laku Bermasalah

  • Wujud dengan tidak sengaja melalui pelenturan
Contoh: 
Setiap kali ibu sibuk meyiapkan tugasan yang dibawa balik pejabat, Daniel menganggu dan meminta ibu bermain dengannya. 
Reaksi Ibu: Disebabkan tingkah laku Daniel akan berlarutan jika tidak dilayan, ibu berhenti daripada tugasan dan bermain dengan Daniel.

Hasil: Peneguhan daripada perhatian yang diberikan oleh Ibu membentuk Pelenturan tingkah laku kepada Daniel.

 

Analisis 3 terma kontingensi:

 

Anteseden

Tingkah Laku

Akibat

 

A

Ibu bekerja

Daniel ganggu dan minta ibu bermain dengannya

Ibu bermain dengan Daniel

B

Ibu bekerja tidak pedulikan Daniel

 Daniel lari ke bilik dan hempas mainan

Ibu pergi ke bilik marah Daniel, kutip mainan dan tenangkan nangisan

C

Ibu bekerja makin tidak pedulikan jeritan Daniel

Daniel makin kuat menangis dan hempas mainan

Ibu ke bilik marah dan membebel

Hasil:

  • Tingkah laku Daniel menganggu ibu bekerja diperkukuhkan
  •  Daniel akan menjerit dan menghempas mainan untuk perhatian
  • Pelenturan tingkah laku masalah terjadi 


 

 

   Aisya Adi

Psikologi | UKM


TEMU BUAL BERSAMA Kaunselor Ustazah Siti Rafedah Bte Abdul

 LAPORAN TEMUBUAL KAUNSELOR : 

 Kaunselor Ustazah Siti Rafedah Bte Abdul 

(No KBPA 08720 PA 08324)

 Sarjana Pendidikan dan Kaunseling


1.0 PENGENALAN & LATAR BELAKANG 

Saya mengambil keputusan untuk menemu bual sebuah insan yang hebat iaitu kaunselor Ustazah Siti Rafedah Bte Abdul atau lebih mesra digelar Ustazah Fydah. Beliau merupakan seorang guru agama di salah sebuah sekolah agama kerajaan negeri Johor iaitu Sekolah Agama Taman Daya (SATD) dan memegang jawatan guru Penolong Kanan- unit hal ehwal murid). Pada tahun 2019 beliau mencapai sebuah kejayaan yang membanggakan apabila menjadi guru agama negeri Johor yang pertama memiliki lesen kaunselor yang berdaftar dengan lembaga kaunselor Malaysia. 


Ustazah Fydah berasal daripada negeri Johor Kaunselor Fydah Pendidikan awal diploma perguruan pengajian islam di Institusi Pendidikan Perempuan Melayu Melaka. Seterusnya,berkat kecermelangannya Ustazah Fydah ditawarkan biasiswa daripada kerajaan Islam negeri Johor untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UTM) dengan mengambil jurusan pendidikan sains dan pengajian islam secara jarak jauh iaitu secara bekerja dan belajar (PJJ), perjalanan sarjana muda diambil agak lama iaitu selama 6 tahun. Dalam tempoh yang agak lama ini, pelbagai halangan dan cabaran muncul, namun tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk menghentikan pembelajaran. Berkat kesabaran dan sokongan keluarga, beliau meneruskan pengajiannya itu dan bergraduan dengan kehadiran cahaya mata. 


 Walaupun mengambil jurusan pendidikan ketika diploma dan sarjana muda, minat dan minat dan keinginannya yang tinggi dalam bidang kaunseling dapat dilihat dari zaman sekolah lagi, minatnya yang mendalam dalam bidang ini dapat dilihat apabila beliau memegang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan sering menjadi tempat rujukan rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat atau mendengar luahan. Pada zaman sekolah juga beliau sangat aktif dalam persatuan yang melibatkan kesukarelawanan dan rakan sebaya. Minat yang saya berterusan sehingga beliau menuntut di menara gading, beliau meneruskan kegiatan aktif dalam bidang kesukarelawanan dan menyertai pelbagai program dan aktiviti universiti. Dalam aktiviti dan program tersebut beliau banyak mengaplikasikan teknik dan pendekatan kaunseling dan pendidikan. 


Beliau meneruskan pengajian tingginya di peringkat Sarjana Pendidikan dan Kaunseling di UTM setelah bertahun-tahun berfikir mengenainya. Walaupun pada ketika itu beliau masih ragu-ragu dengan keputusannya kerana kebanyakkan rakan-rakannya tidak berhajat untuk meneruskan pengajian sarjana. Namun, berkat doa dan keyakinan beliau meneruskan hajat untuk menyambung pengajian sarjana dan akhirnya dalam bidang yang dimpikan sejak dari banngku persekolahan iaitu kaunseling tetapi menariknya dia mengaplikasikan kemahiran asas beliau dalam bidang pendidikan. Beliau akhirnya berjaya menamatkan sarjana dalam tempoh 3 tahun berkat kecekalan dan tidak berputus asa dalam mencari ilmu. 


 Pada tahun akhir di pengajian sarjana, beliau dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan beliau memperolehi lesen kaunselor berdaftar ketika tahun 2019 iaitu sebelum beliau bergraduasi. Selepas memperolehi lesen kaunselor, beliau bergabung dengan 2 rakan kaunselor lain untuk membuka sebuah klinik kaunseling dan menyediakan perkhidmatan kauseling dalam talian dan bersemuka kepada mereka yang memerlukannya yang diberi nama Tuntas Minda Consultancy. Selain menjalankan sesi kaunseling, beliau sangat aktif menjalankan sesi ceramah ke sekolah-sekolah agama kerajaan Johor, sekolah-sekolah kementerian dalam memberikan kesedaran berkaitan isu-isu kaunseling seperti kes anak luar nikah, perceraian, keibubapaan, akademik dan pelbagai lagi. Walaupun beliau masih mengajar, beliau tetap melaksanakan perkhidmatan kunseling secara separuh masa. 


 Kejayaannya dalam bidang pendidikan dan kaunseling amat membanggakan kerana dalam bidang pendidikan beliau memegang jawatan penolong kanan hal ehwal unit pelajar dan dalam bidang kaunseling beliau merupakan guru agama pertama yang memegang lesen kaunselor berdaftar di negeri Johor. Agak sukar untuk memberikan kata putus mengenai bidang manakah yang lebih diberi penekanan dan fokus kerana kedua-duanya memberikan impak dan kelebihan yang besar kepada masyarakat, oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengerakkan kedua dua bidang ini selari dan menyeimbangkan tanggungjawap yang diamanahkan. Perkara ini memberikan banyak kelebihan kepada beliau terutamanya dalam mengendalikan kes berkaitan pelajar dan ibubapa. Kesungguhannya dalam mempelajari dan mengajari ilmu sangat memberi inspirasi kepada saya.


2.0 TEORI & TEKNIK YANG DIGUNAKAN


Kepakaran kaunselor Ustazah Fydah lebih kearah pelajar dan ibubapa kerana beliau mempunyai kepakaran dalam dunia pendidikan yang agak lama. Tambahan juga, beliau mempunyai kelebihan menjalankan latihan industri dan praktikum di sekolah -sekolah ini memberikan kelebihan yang besar kepada beliau untuk mendalami dan memahami permasalah yang berlaku dalam konteks alam persekolahan dengan lebih baik. Beliau menjelaskan setiap teknik dan teori yang digunakan adalah berbeza, antara teknik dan teori yang kebiasaanya digunakan ialah lebih kepada teknik psikoterapi atau sesi kaunselong iaitu, teknik kaunseling individu, berkumpulan dan keluarga. 


Sebagai seorang yang juga menjadi tenaga pendidik, beliau banyak mengendalikan kes yang melibatkan pelajar sekolah, disini beliau mengamalkan sifat empati yang tinggi ketika berhadapan dengan klien yang berstatus pelajar dan menggunakan teknik mendengar dan melawak, ianya bertujuan untuk membina kepercayaan diri klien kepada kaunselor. Bagi kumpulan kes pelajar seperti ponteng sekolah dan disiplin ini beliau lebih menggunakan teori realiti kerana kebiasaanya pelajar pada kes sebegini hanya mengalami permasalahan yang ringan dan tidak lagi membahayakan kesihatan mental. 


 Sebaliknya, apabila mengendalikan klien yang agak kronik seperti mereka yang terlibat dengan Major Depressive Disorder (MDD), mereka ini memerlukan teknik empati yang tinggi ketika sesi luahan dan mendengar. Teknik bahasa tubuh, struktur badan dan pandangan mata perlu diberikan perhatian untuk memancing kepercayaan dan keyakinan mereka kepada kaunselor. Mereka ini juga memerlukan sokongan ahli keluarga, oleh itu pada kes sebegini, Kaunselor Ustazah Fydah akan meminta keizinan pelajar ini untuk menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga mereka. Pada ketika ini, teori humanistik perlu diaplikasikan supaya pelajar ini tidak berasa tertekan atau terbeban setelah perkongsian dengan keluarga, kerana keluarga seharusnya menjadi sumber sokongan terbesar kepada pelajar untuk melawan permasalahan ini. Oleh itu, beliau menjelaskan teknik yang paling sesuai dalam penyelesian kes berkaitan kesihatan mental ini adalah dengan mengaplikasikan terapi tingkah laku kognitif (CBT) atau juga terapi tingkah laku emosi yang rasional (RABT). 


 Tambah beliau, ketika waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diarahkan kerajaan bagi mengawal penularan wabak Covid-19, Klinik kaunseling yang diusahakannya bersama dua rakan kaunselor lain menunjukkan peningkatan kes perkahwinan dan kekeluargaan iaitu kes yang berlainan daripada kepakarannya. Jadi disini, beliau menjelaskan pula bahawa teknik yang digunakan agak berlainan. Beliau juga menjelaskan dalam situasi ini beliau banyak berhubung dengan rakan-rakan kaunselor lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkahwinan kerana beliau tidak boleh menggunakan teori atau teknik yang sama seperti klien-klien sebelumnya. Oleh itu dalam situasi ini beliau lebih mengamalkan teknik Spoken Solution dengan menggunakan kaedah temubual teks dan tele kaunseling. Hal ini kerana, dalam isu sebegini klien lebih terus kearah penyelesaian masalah kepada isu tersebut. Tambahan pula, kekangan masa bagi sesetengah klien dan konsep kauseling berbayar yang dijalankan menyebabkan beliau banyak menggunakan Terapi Ringkas Berfokus Penyelesaian (SFBT) bagi isu-isu yang melibatkan perkahwinan dan kekeluargaan.


3.0 PERKONGSIAN KES PALING MENCABAR


Kaunselor Ustazah Fydah berkongsi kes yang paling mencabar dalam kariernya sebagai kaunseling apabila teknik dan teori yang diaplikasikan tidak mampu untuk merawat atau mengurangkan permasalahan itu ialah apabila beliau merawat seorang pelajar tingkatan 1 yang menghidap MDD yang sangat kronik sehingga terpaksa dirujuk psikiatrik. Beliau menceritakan beberapa lapisan sesi telah dibuat dan sepanjang sesi tersebut pelajar itu langsung tidak menunjukkan tidak balas terhadap teknik kaunseling yang telah diberikan.  Lebih parah lagi apabila pelajar itu juga mempunyai suicide thought atau keinginan membunuh diri dan mempunyai beberapa kesan kelar pada beberapa bahagian tubuhnya. Beliau menjelaskan situasi ini dianggap mencabar apabila pelajar tersebut dilihat sangat menjaga kerahsiaan dirinya, Namun, selepas beberapa sesi beliau menggunakan beberapa teknik pujukan, sentuhan dan empati, pelajar tersebut mulai bercerita tetapi tidak mendalam dan terperinci. 


 Bertanyakan mengenai jenis rawatan dan teori yang dilaksanakan, beliau menjelaskan pada permulaan sesi beliau hanya meminta pelajar tersebut untuk membuat soal selidik Depression Anxiety Stress Scale (DASS), dan melalui soal selidik tersebut beliau mendapati pelajar tersebut mempunyai skor yang tinggi dan parah bagi ketiga-tiga kategori tersebut. Seterusnya, beliau memulakan sesi seperti biasa menggunakan teknik pujukan dan sentuhan tetapi tidak berjaya menyebabkan beliau terpaksa mengubah menggunakan beberapa teknik yang bersesuaian seperti mengaplikasikan terapi tingkah laku kognitif (CBT) atau juga terapi tingkah laku emosi yang rasional (RABT). Beliau menjelaskan, keadaan bertambah buruk apabila pelajar tersebut dilihat bergantung dengan sesi kaunseling itu dan jika sesi tersebut tidak diadakan pelajar tersebut kembali kepada tingkah laku agresif terhadap dirinya iaitu mengkelar dan sebagainya. Pada tahap tersebut, beliau percaya bahawa pelajar tersebut sudah berada pada tahap yang kronik dan memerlukan bantuan yang lebih professional iaitu pakar psikiatrik.


Perkara yang juga agak mencabar adalah untuk melibatkan ibubapa dalam hal tersebut. Disini, sebagai seorang kaunselor yang beretika, kerahsiaan klien adalah tanggungjawap kaunselor namun, usia dan status pelajar tersebut yang agak kronik menyebabkan ustazah Fydah terpaksa menggunakan teknik pujukan yang paling tinggi diselangi kata-kata untuk membina kepercayaan pelajar tersebut untuk melibatkan ibubapa dia. Perkara itu tidak berlaku pada masa yang singkat ia memerlukan beberapa sesi dan teknik yang sangat mencabar untuk pelajar tersebut akhirnya bersetuju melibatkan ibubapa dia. Disini untuk memberi kefahamn dan menjelaskan kepada ibubapa pelajar tersebut juga merupakan antara cabaran yang terpaksa ditanggung oleh beliau. Akhirnya setelah sebuah sesi terapi kaunseling dijalankan bersama keluarga pelajar, satu kata putus telah diambil iaitu untuk merujuk kepada pakar memandangkan keadaannya yang sudah agak kronik. Jelas beliau sehingga sekarang ini, pelajar tersebut terpaksa menjalani permeriksaan berkala di hospital psikiatrik dan bergantung dengan ubat-ubatan. 


4.0 TUGAS HARIAN SEBAGAI KAUNSELOR

Tugas dan tanggungjawap kauselor Ustazah Fydah agak berlainan daripada kaunselor biasa. Hal ini kerana, beliau juga mempunyai tanggungjawap sebagai seorang guru sekolah. Oleh itu semasa tempoh PKP ini beliau perlu membahagikan masa yang sangat efisien dalam mengendalikan tugasan sebagai seorang guru, kaunselor, isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya. Bagi melaksanakan tugas hariannya dalam tempoh PKP ini sangat mencabar apabila kesemua sekali dilaksanakan secara serentak. Beliau juga seperti tenaga pengajar yang lain yang menggunakan platform atas talian sebagai medium pengajarannya. Jadi, bangun pagi beliau melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak dengan menyediakan kelengkapan dan persediaan harian bagi mereka. Seterusnya, beliau mempersiapkan diri sebagai seorang guru sekolah untuk mengajar pelajar-pelajarnya di dalam talian bermula 9 pagi – 12 tengah hari. Di samping itu juga, sebelah pagi juga beliau membahagikan masa untuk menjalankan tanggungjawap pentadbiran dan hal ehwal murid selain melaksanakan perjumpaan talian yang bagi menguruskan urusan melibatkan sekolah. 


 Seterusnya, pada sebelah petang pula beliau menyambung tugasnya sebagai seorang kaunselor sehingga pada 9 malam bergantung kepada sesi dan masa klien. Tambahan beliau pada tempoh PKP ini perancangan yang dibuat adalah diluar jangkaan, hal ini kerana beliau terpaksa mempersiapkan diri menerima kes-kes pada bila-bila masa. Beliau juga memberitahu klinik kaunseling yang baru ditubuhkan itu masih difasa perkembangan dan sebolehnya beliau tidak mahu menolak mana-mana klien yang menghubunginya, oleh itu beliau perlu sentiasa terbuka dan bertolak ansur dengan kehendak dan waktu yang diberikan klien. Selain itu, beliau juga menghabiskan masa terluang yang berbaki dengan membuat penulisan ilmiah bagi tujuan pengiklanan sesi psikologi yang diberikan beliau, hal ini kerana klinik psikologi yang dibina agak baru dan beliau perlu memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan kaunseling dalam kehidupan masyarakat. 


5.0 CIRI SEBAGAI SEORANG KAUNSELOR


Dalam temubual ini saya juga menambah beberapa soalan yang saya berkeinginan untuk bertanyakan iaitu mengenai ciri yang perlu ada dalam diri seorang kaunselor yang baik. Ciri yang pertama disebut ialah seorang kaunselor yang baik perlulah sentiasa belajar dan terbuka hati untuk menerima. Hal ini kerana setiap isu atau kes yang datang perlulah diselidik dan dikaji terlebih dahulu sebelum diambil dan dikendalikan. Walaupun hanya klien atas talian dan tidak bersemuka, kaunselor pelu mendalami isu, memahami teori dan menyenaraikan teknik yang paling sesuai dengan kes tersebut. Hal ini kerana, apabila kaunselor dilihat mengendalikan kes dengan sambil lewa tanpa ilmu dan pengetahuan yang cukup akan menyebabkan kredibiliti kaunselor tersebut rendah dimata klien. Situasi ini juga berlaku apabila mempunyai klien daripada berlainan budaya dan bahasa, disini kaunselor perlu membuat penyelidikan yang mendalam sebelum memulakan sesi. Tambahan pula pada waktu ini yang kebanyakkan sesi menggunakan kaedah atas talian dan tidak bersemuka menyebabkan kaunselor mempunyai kekangan untuk mentafsirkan sesuatu dengan baik tanpa melihat reaksi dan tingkah laku klien. Jadi disini, pentingnya kaunselor untuk belajar dan terus mempelajari pelbagai isu dan pengetahuan baru.


 Selain itu, ciri yang kedua untuk menjadi seorang kaunselor yang cemerlang perlulah sentiasa bertanya untuk memantapkan lagi kemahiran dan teknik dalam kaunseling tidak kira kepada senior kaunselor atau kaunselor lain. Apabila kita berkongsi dan bertanya ianya akan menambahkan pengetahuan dan penyelesaian yang baik kepada sesuatu kes yang diluar bidang kepakaran kita. Seterusnya yang ketiga, kaunselor perlu mengetahui batas dan etika-etika bersama klien. Hal ini kerana setiap kaunselor terikat dengan akta dan juga merupakan sebagai perlindungan kaunselor apabila bersama klien. Kaunselor yang baik perlu mematuhi etika dan melaksanakan tanggungjawap mengikut prinsip yang sewajarnya. 


 Akhir sekali, seorang kaunselor perlu peka dan mengetahui isu semasa yang berlaku di Malaysia dan luar negara, kaunselor yang baik juga perlu sentiasa mengkaji dan membaca kajiankajian atau pembacaan ilmiah yang berkaitan kes-kes melibatkan masyarakat. Kaunselor juga sewajarnya mempunyai pengetahuan dan hubungan yang baik dengan agensi-agensi atau persatuan luar seperti talian Nur, rumah perlindungan, dan kumpulan kebajikan sebagai persediaan kaunselor jika kes yang dikendalikan memerlukan sokongan yang beterusan atau melibatkan agensi tersebut. Kaunselor seharusnya mempunyai pengetahuan asas sebegini dan tidak sewajarnya menerima klien tanpa memberikan sokongan dan panduan yang berterusan. 

Poster Perkhidmatan Kaunseling oleh Kaunselor Siti Rafedah

6.0 KEKANGAN

Antara soalan yang ditambah saya ialah mengenai kekangan yang dihadapi beliau dalam proses bergelar kaunselor dan menjadi seorang kaunselor. Sepanjang bergelar pelajar begitu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Kecintaan beliau terhadap ilmu dapat dibuktikan apabila beliau menjalani fasa pembelajaran yang agak panjang iaitu diploma selama 4 tahun, sarjana muda selama 6 tahun dan akhirnya sarjana 3 tahun tetapi tidak sedikit pun melemahkan beliau atau membuatkan beliau berhenti. Antara cabaran yang terbesar beliau adalah ketika diperingkat sarjana kerana tidak mempunyai rakan-rakan yang membantu berlainan ketika waktu sarjana muda dan diploma, ditambah pula dengan kursus yang berlainan kerana pada peringkat diploma dan sarjana muda beliau mengambil kursus pengajian islam. Ketika diperingkat sarjana juga, beliau berkongsi pengalaman dimana beliau berasa sangat putus asa sehingga menangis ketika menyiapkan tugasan sarjana yang sedia maklum sangat membebankan dan sukar bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang kaunseling. Beliau juga memberitahu pada ketika itu beliau belajar sambil melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu melayani anaknya yang masih kecil. 


 Manakala kekangan yang dihadapi beliau sepanjang bergelar kaunselor pula, beliau berkongsi mengenai stigma masyarakat yang masih kurang berpengetahuan mengenai peranan kaunselor dalam kesejahteraan masyarakat terutamanya melibatkan persekitaran beliau sendiri iaitu didalam kalangan segelintir pendidik Jabatan Agama Islam Johor. Hal ini kerana sesetengah sekolah dinegeri tersebut masih lagi tidak mengaplikasikan sesi dan teknik kaunseling yang betul di sekolah-sekolah. Hal ini kerana, kebanyakkan mereka berpendapat bahawa kaunseling adalah untuk mereka yang bermasalah tetapi sebaliknya kaunseling ini adalah sebuah sesi celik akan yang memberi kesedaran kepada klien dan umum bahawa kehidupan ini ada pilihan dan dipertanggungjawapkan akan pilihan yang dibuat. Jadi disini, beliau menjelaskan peranan dan kepentingan kaunseling setiap kali dipanggil mengadakan ceramah disekolah-sekolah bagi menolak stigma ini. Beliau menekankan betapa kaunseling ini memberikan impak yang sangat besar terutamanya dalam situasi pandemik ini. Sedikit sebanyak, kata-kata yang diberikan dalam ceramah-ceramah tersebut telah membuka mata tenaga pengajar untuk mengaplikasikan bilik kaunseling dengan baik dan menyebarkan kebaikkannya pula kepada pelajar-pelajar sekolah. 


7.0 REFLEKSI TEMU BUAL


Kisah kehidupan ustazah Fydah ini sangat memberi semangat kepada saya untuk menyambung pelajaran juga selepas habis pengajian sarjana muda ini. Bayangkan lebih sedekad proses yang diambil dalam pengajian tinggi bermula dengan diploma, sarjana muda dan sarjana. Tambahan pula, tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pengajar, isteri dan ibu ketika masih belajar. Namun, segalanya itu merupakan sebuah liku-liku kehidupan untuk menjadi seorang yang sangat berjaya. Kesungguhan dan sikap tidak megenal erti putus asa ini memberikan semangat yang luar biasa kepada saya ketika mendengar kisah beliau untuk tidak sesekali mengalah dan teruskan dengan impian yang ingin dicapai. Setelah sesi ini berlangsung, saya juga semakin yakin dan percaya akan diri untuk meneruskan pelajaran kelak diperingkat sarjana untuk melayakkan saya memegang lesen kaunselor. Saya sebenarnya sudah membuat perancangan untuk menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi iaitu sarjana ketika saya baru melangkah ke tahun satu, namun tahun demi tahun berlalu perasaan itu semakin lemah dan tidak sekuat ketika pertama kali saya melangkah ke peringkat sarjana muda. Namun, selepas sesi ini berlangsung saya mendapat sebuah semangat dan nafas baru untuk meneruskan impian saya itu walau seberapa lama sekali pun masa yang diambil, mendengarkan perjalanan hidup ustazah Fydah membuatkan saya percaya bahawa berapa lama pun kepayahan dan kesukaran seseorang itu dalam menuntut ilmu pasti diakhirnya ada sebuah kemanisan. 


 Seterusnya, ketika bertanyakan mengenai teknik dan teori yang digunakan kepada klien, beliau menyatakan bahawa ianya bergantung mengikut keadaan dan situasi kes. Beliau berkata untuk menjadi seorang kaunselor yang berkebolehan perlu sentiasa memperkukuhkan diri dengan teknik dan teori-teori yang pelbagai. Beliau juga menambah beberapa ciri yang perlu ada sebagai seorang kaunselor yang baik. Oleh itu, selepas sesi ini saya berasa lebih bermotivasi untuk mengali lebih banyak lagi ilmu dan pengalaman dalam dunia kaunseling terutamanya ketika saya sedang menuntut dalam bidang psikologi ini kerana saya mempunyai kelebihan mentor, senior dan platform yang baik. Saya juga akan lebih fokus dan memahami teknik dan teori yang diajarkan sepanjang saya menuntut dalam bidang ini dan seterusnya mengaplikasikan dalam kajian-kajian yang ditugaskan dan program yang dilaksanakan oleh saya. Di samping itu, beliau juga menyedarkan saya untuk mula mengikuti penulisan ilmiah, laman web dan agensi-agensi yang banyak membantu masyarakat terutamanya dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan mental. Kini saya telah mengikuti beberapa laman web motivasi dan sering membuat perkongsian mengenai sesi kaunseling percuma yang diadakan oleh pelajar-pelajar sarjana di akaun lama sosial saya. Saya dapat merasakan temu bual ini mula mencorakkan diri saya menjadi seorang yang lebih terbuka dan berkongsi kearah kebaikkan kerana ianya bukan sahaja memberikan pulangan yang positif kepada saya tetapi masyarakat dan kenalan saya juga akan turut mendapat merasakan kebaikan dan manfaat bersama. Saya percaya semua orang akan merasai situasi dimana mereka berasa sedih dan tidak dihargai, oleh itu melalui perkongsian dan kata-kata yang ditulis atau dikongsi oleh saya sedikit sebanyak mereka ini merasa tidak keseorangan. 


 Sejujurnya, temubual ini memberikan satu inspirasi yang sangat besar dalam diri saya. Kata-kata ustazah Fydah yang paling memberikan kesan kepada diri saya ialah apabila beliau memberitahu bahawa kaunseling ini adalah sebuah pengharapan masyarakat kepada kita dan bersyukurlah ditempatkan di dalam dunia kaunseling ini. Beliau juga memberikan nasihat dan kata-kata pembakar semangat diakhir sesi yang sangat banyak untuk mengajak saya membantu masyarakat menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari. Nasihat beliau, kaunseling adalah sebuah bentuk kesedaran bukannya satu hukuman. Masyarakat memerlukan kaunseling untuk membantu mereka mengendalikan permasalahan yang dihadapi dengan baik. Bidang kaunseling ini merupakan bidang yang mempunyai masa depan yang cerah, beliau juga menasihati saya agar meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi dan memohon lesen kaunselor kerana masyarakat harini ini sangat memerlukan bantuan dari pakar kaunseling. Saya mengambil semua nasihat dan kata-kata yang diberikan dengan penuh perhatian dan iltizam untuk menjadi pembakar semangat kepada diri saya. Oleh itu, saya sesekali tidak akan berhenti untuk belajar dan terokai lebih lagi ilmu pengetahuan yang dapat memberikan kesejahteraan kepada masyarakat supaya dapat memberikan lebih banyak peluang dan bantuan kepada masyarakat untuk memahami diri sendiri dan seterusnya memberikan impak kepada orang disekeliling mereka.


8.0 RUMUSAN

Kesimpulan yang saya perolehi dari temubual ini, saya dapat mempelajari lebih mendalam mengenai dunia kaunseling dalam kaca mata seorang kaunselor. Saya juga mendengari sendiri kekangan dan kepayahan Ustazah Fydah dalam memperbetulkan stigma masyarakat mengenai peranan kaunseling itu. Beliau berkata rata-rata klien yang ditanyakan mengenai fahaman mereka mengenai kaunseling hampir kesemua mereka menunjukkan fahaman negatif. 


 Realitinya memang kaunseling adalah proses penyelesaian masalah bagi isu-isu berkaitan, namun pelanggan yang menghadapi masalah-masalah ini akan dibantu oleh kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian ke arah yang lebih baik. Mereka dibantu sehingga celik akal untuk mengubah dan meningkatkan kendiri diri ke arah yang positif. Kaunseling merupakan sesi proses perubahan, intelektual dan tingkah laku ke arah yang lebih rasional dan positif. Namun begitu, kaunseling bukan berfokus hanya untuk isu-isu yang negatif itu sahaja. Di samping itu, kaunselor perlu sentiasa menunjukkan imej yang positif dan menyebarkan kepentingan kaunseling ini agar masyarakat lebih jelas dan memahami akan kaunseling yang banyak dapat membantu anda mencari jalan keluar atau penyelesaian untuk isu yang dialami. 


Saya semakin sedar peranan dan tanggungjawap kaunselor ini sangat diperlukan oleh masyarakat. Di samping itu juga, saya juga telah mempelajari banyak pengetahuan baru, pengajaran dan ikhtibar dari sesi temu bual ni. Saya juga boleh melihat betapa tingginya pengorbanan seorang pendidik dan juga kaunselor dalam memberikan perkhidmatan, sokongan dan bantuan yang sebaiknya kepada masyarakat. Suatu masa nanti, seandainya kesedaran mengenai kesihatan mental dan bidang kaunseling ini diaplikasikan kepada seluruh masyarakat dinegara ini adalah disebabkan perjuangan dan pengorbanan mereka ini.


Aisya Adi

Psikologi | UKM






LAPORAN LUKISAN NARATIF ( Sesi Kaunseling Kerjaya)

Laporan sesi kaunseling naratif kerjaya melalui lukisan.


Pada 15 November 2020 iaitu pada ahad malam saya dan beberapa rakan sekelas telah menghadiri sebual temubual khas secara individu yang dikendalikan oleh Dr Chong dan dibantu oleh beberapa pelajar sarjana. Temu bual yang dijalankan ini merupakan sebuah sesi kaunseling naratif melalui lukisan yang dilaksanakan untuk pelajar meluahkan impian dan kerjaya pilihan melalui lukisan. Saya diberi tempoh beberapa minit untuk melukis dan mewarnakan kerjaya yang saya impikan. Secara jujurnya, pada awalnya saya agak bingung dan tidak boleh membayangkan apakah bentuk pekerjaan yang akan dilakukan oleh saya pada masa hadapan dan saya anggap situasi saya ini agak teruk memandangkan sekarang ini saya berada pada tahun akhir pengajian. Kira-kira 15 minit juga masa yang diambil untuk saya memulakan luahan lukisan saya bermula dengan lukisan seorang perempuan dengan muka kebingugan iaitu saya. 


 Semasa tempoh saya melukis perempuan itu sedikit demi sedikit idea dan petunjuk kerjaya masuk dalam fikiran saya iaitu kerjaya yang saya impikan dan mungkin berada disitu pada 3 tahun akan datang iaitu sebagai pakar keluarga dan kanak-kanak, seorang auditor atau juga seorang usahawan wanita. Mengapa saya memilih kerjaya itu kerana ianya merupakan minat saya. Saya memilih pakar keluarga dan kanak-kanak kerana saya begitu suka akan kanak-kanak. Dengan sijil yang saya perolehi dalam bidang psikologi ini saya berharap saya akan membantu kepada masyarakat melalui sumbangan saya kepada kesejahteraan kanak-kanak. Pada masa ini terlampau isu-isu perkaitan kanak-kanak sering saya dengari dari isu kenakalan, penderaan, kehilangan, ketagihan dan kematian ini sangat membimbangkan dan mengecewakan saya. Saya sangat percaya bahawa kanak-kanak fitrahnya seperti sebuah kain putih yang suci mereka ini seharusnya dicorakkan dengan sebaik baik didikan dan diberikan sebaik-baik perlindungan kerana saya amat percaya teori psikoanalisi iaitu masa silam sangat memberi impak besar kepada perkembangan kanak-kanak dimasa hadapan.


 Seterusnya, saya memilih kerjaya sebagai auditor karporat ini kerana saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang akauntan dan karporat walaupun saya tidak mempunyai pendidikan yang sepatutnya. Minat yang dibina ini melalui pengalaman saya bekerja sebagai akaun syarikat kecil yang memerlukan saya menguruskan akaun syarikat bermula dengan permohonan kelulusan namaincop syarikat sehingga penyediaan laporan audit. Di sini saya dilatih mengendalikan pelbagai bentuk urusan yang melibatkan LHDN, KASTAM, SSM dan juga beberapa agensi lain. Pengalaman ini menyebakan saya berniat untuk terlibat serius dalam bidang ini dengan mengambil sijil ACCA selepas tamat belajar nanti dan seterusnya memohon lessen auditor. Namun bagi pemilihan kerjaya ini isu kewangan juga saya perlu pertimbangkan. Seterusnya, kerjaya saya yang seterusnya ialah usahawan wanita, dimana saya juga pada ketika ini sedang bergiat secara kecil-kecilan menjual barangan secara atas talian. Walaubagaimanapun ianya berada difikiran saya yang paling bawah. Saya berharap bahawa saya akan mendapat pekerjaa diantara dua dia atas pada permulaa karier saya sebelum membina langkah sendiri dalam bidang keusahawanan kerana saya sendiri sedar akan risiko yang akan dihadapi oleh saya. Saya juga berharap saya tidak meletakkan kerjaya usahawan ini sebegai pendapatan tunggal dimasa akan datang.


 Jadi jika ditanya antara manakah kerjaya yang saya akan pilih, saya masih berada dalam kebingungan kerana kedua-duanya tidak mempunyai korelasi dan saya perlu mengambil langkah yang besar sama ada saya perlu megambil ACCA dan memohon lessen auditor atau pun saya menyambung sarjana untuk memohon lesen kaunselor. Di sini berlaku konflik yang besar dalam pemilihan kerjaya saya sehingga kini. Saya sememangnya memerlukan pandangan dan rujukan daripada kaunselor mengenai konflik ini. Saya menganggap konflik kerjaya ini berlaku kepada kebanyakkan pelajar kerana mereka juga bingung dan pada masa yang sama risau dengan peluang kerjaya dan apakah yang seharusnya dipilih oleh mereka sama ada kerjaya impian ataupun mencuba apa-apa sahaja peluang kerjaya yang terbuka. 


Sesi kaunseling saya dikendalikan oleh Cik Siew Wen, di dalam sesi ini saya diminta untuk memberikan diskripsi mengenai lukisan yang dibuat oleh saya. Jadi saya menjelaskan beberapa perkara mengenai kebingungan dan kerjaya yang saya mungkin akan berada pada masa akan datang. Didalam sesi itu juga saya diminta untuk menjelaskan bagaimakah perasaan dan emosi saya semasa saya melukis lukisan itu. Cik Siew Wen juga ada bertanyakan mengenai perasaan saya selepas menceritakan kesemua lukisan say aitu kepada dia. Temu bual yang singkat itu sejujurnya tidak memberikan input kepada saya kerana hampir 90 peratus daripada perbualan sesi tersebut ialah dilakukan oleh saya. Dan diakhir sesi tersebut Cik Siew Wen meminta saya untuk memberikan pendapat saya mengenai kerjaya yang saya lukiskan itu, dan saya membalas kerjaya impian ini merupakan perkara yang indah bagi saya dimasa hadapan tetapi realiti hidup tidak seindah yang disangka dengan kegawatan ekonomi dan peluang kerjaya yang terhad mungkin saya akan membuka mata dan fikiran sayan untuk mengambil risiko melibatkan diri dengan pelbagai sektor pekerjaan baru untuk saya bertahan dan mendapat pendapatan bagi menampung kehidupan. 


 Walaupun semasa sesi metaforik yang dijalankan itu saya masih tidak mencapai titik dimana dan apa yang perlu dilakukan oleh saya selepas ini bagi mencapai kata sepakat mengenai apakah kerjaya impian saya itu. Saya berasa agak lapang dan mempunyai perasaan yang lega selepas saya meluahkan melalui lukisan dan menjelaskan kepada Cik Siew Wen. Hal ini kerana saya merupakan seorang yang suka menyembunyikan perasaan dan saya tidak pernah memberi tahu kepada sesiapa pun apa yang saya ingin jadi bila habis graduasi nanti. Oleh itu perasaan yang boleh saya gambarkan selepas penyertaan dalam sesi metaforik ini ialah perasan lapang dan senang hati. Selepas dari saat temu bual itu juga setiap kali saya memikirkan masa hadapan atau pekerjaan saya secara automatiknya akan membayangkan lukisan yang telah dilukis oleh saya. Keadaan ini membina motivasi saya secara tidak langsung kerana gambaran lukisan kerjaya yang dilakukan oleh saya itu sudah terpahat dan tertanam dalam fikiran saya. Namun begitu sehingga kini juga saya masih bingung mengenai langkah mana yang seharusnya diambil oleh saya. Oleh itu jika bekelapangan saya akan mengambil sesi kaunseling secara individu bagi pemilihan kerjaya saya ini.






Aisya Adi

Psikologi | UKM






Beban Kerja Dalam Kalangan Pekerja Pembersihan dan Penerapan Ergonomik Bagi Menanganinya (Ulasan Artikel)

 Artikel: Schwartz, A., Gerberich, S. G., Kim, H., Ryan, A. D., Church, T. R., Albin, T. J., ... & Arauz, R. F. (2019). Janitor ergonomics and injuries in the safe workload ergonomic exposure project(SWEEP) study. Applied ergonomics, 81, 102874. 


Ergonomik ialah sebuah kajian tentang ciri-ciri manusia yang membolehkan sesuatu ciptaan atau reka bentuk itu disesuaikan dengan persekitaran kerja dan kehidupan untuk mencapai kesejahteraan dalam melakukan sesuatu pekerjaan oleh manusia. Dalam kata lain ergonomik ialah bidang kajian yang difokuskan pada individu dan bagaimana mereka berinteraksi dengan pekerjaan, tempat kerja, sistem dan produk mereka. Perubahan dan kemajuan teknologi yang semakin berkembang ini menunjukkan pelbagai peralatan dan teknologi telah dibangunkan bagi meningkatkan keperluan ergonomik. Dalam ergonomik penekanan diberikan pada kecekapan dan seberapa baik individu berinteraksi dan berprestasi di tempat kerja, sistem dan produk. Sebagai contoh, stesen kerja ergonomik akan dirancang dengan mempertimbangkan individu yang menggunakannya ini termasuklah penempatan barang-barang yang digunakan dengan selesa, cekap, berfungsi dan selamat bagi individu yang menggunakannya. Ergonomik ini juga sering dikaitkan dengan produktiviti dan beban kerja, di mana keperluan ergonomik bukan sahaja dilihat penting dalam meningkatkan produktiviti pekerjaan seseorang tetapi juga ia sebagai elemen penting dalam mengurangkan beban kerja kepada pekerja terutamanya bidang pekerjaan yang melibatkan risiko yang tinggi kepada kesihatan fizikal seperti pekerja pembersihan. 


Dalam konteks beban kerja ini, ergonomik ini tidak hanya dititikberatkan kepada pekerja di sektor industri besar sahaja tetapi juga ianya juga melibatkan pekerjaan pembersihan yang merupakan sektor yang sangat penting dalam setiap industri tetapi sering dipinggirkan. Oleh itu, dalam penulisan ini saya tertarik untuk menggunakan sebuah artikel berkaitan dengan pekerja pembersihan (janitors) yang dihasilkan oleh Adam Schwartz dan rakan penyelidik yang lain pada tahun 2019. Artikel itu bertajuk Janitor ergonomics and injuries in the safe workload ergonomic exposure project(SWEEP) study. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai sekiranya terdapat beban kerja ergonomik berkaitan dengan kecederaan di kalangan pekerja kebersihan. Menurut Nonfatal (2016), pekerja pembersihan ini melibatkan beban kerja fizikal yang tinggi, ianya membahayakan lebih 2.7 kali lebih tinggi daripada pekerjaan lain. Kenyataan ini juga disokong oleh Charles et al. (2009), kerana beliau menerangkan bahawa pekerja pembersihan secara semula jadinya akan terdedah dengan masalah pernafasan dan dermatologi, tekanan psikososial, gangguan mental, penyakit berjangkit, dan kecederaan terutamanya yang melibatkan gangguan muskuloskeletal.Jadi dalam penulisan ini saya akan menerangkan dengan mendalam konteks ergonomik dalam pekerjaan pembersihan terutamanya dalam mengurangkan risiko kecederaan dan kesihatan pekerja. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah pemerhatian dan 30 orang pekerja pembersihan dimana mereka ini diperhatikan dalam beberapa tempoh untuk mengenal pasti tugastugas, pendedahan, beban kerja dan pelbagai maklumat seperti kecederaan yang berlaku sepanjang tempoh pemerhatian. Pekerja pembersihan tersebut juga dikehendaki menjawab beberapa borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai beban kerja yang dialami oleh mereka. 


 Berdasarkan artikel tersebut, perkara pertama yang saya hendak bahaskan ialah mengenai beban kerja berlebihan dalam sektor perkerjaan pembersihan yang membuktikan konsep ergonomik yang lemah di dalam pekerja pembersihan. Menurut artikel yang dikaji ini, pekerja kebersihan sekolah telah dilihat melakukan teknik mendorong, menarik, menggenggam dengan tangan kiri, menggenggam dengan tangan kanan dalam tugas-tugas pembersihan ini yang telah mendorong kepada kecederaan muskuloskeletal. Ini adalah petunjuk penting bahawa beban kerja fizikal perlu diperiksa di atas pekerja kebersihan untuk memahami risiko kecederaan yang berkaitan dengan pekerjaan yang mereka laksanakan. Sebagai contoh dalam artikel ini ada mengutarakan soalan mengenai bilangan tong sampah yang perlu dikosongkan setiap hari dan frekuansi tugas per masa bagi setiap tugasan, perkara ini amat menimbulkan kemarahan saya dan saya sangat tidak bersetuju dengan penilaian sebegini kepada pekerja pembersihan kerana bagi pekerja pembersihan ini mereka tidak seharusnya ditekankan dengan bilangan – bilangan tertentu bagi setiap tugasan kerana tugasan yang dihasilkan oleh mereka itu bukanlah bersifat produk kepada syarikat yang hendak dikomersialkan atau dikeluarkan. Kita sewajarnya memahami konsep produktiviti pekerja pembersihan ini yang memberikan perkhidmatan pembersihan bukanlah memberikan produk kepada syarikat. Beban kerja yang berlebihan ini telah mempengaruhi kesihatan mereka dengan pelbagai cara termasuklah kecederaan badan dan patah tulang akibat tergelincir dan jatuh semasa bergegas menyelesaikan kerja mereka. Selain itu terdapat juga kecederaan ergonomik dimana faktor risiko seperti kerja berulang, penggunaan vakum dan mengangkat barang berat, perkara ini seharusnya diberikan penekanan dengan mengaplikasikan konsep ergonomik dalam pekerjaan yang dilakukan. Seterusnya, tekanan dan kesihatan mental, termasuk kegelisahan, kekecewaan dan ketakutan dalam kalangan pekerja adalah situasi realiti yang dialami oleh mereka. Tekanan kerja ini adalah digambarkan berkaitan dengan persekitaran kerja dengan tekanan tinggi, hubungan tekanan dengan penyelia dan rakan sekerja dan juga yang paling penting iaitu penyesuaian berterusan yang perlu mereka lakukan setiap hari atau minggu untuk pekerjaan mereka (Sezanne Teran et al, 2017). Disini peranan majikan adalah sangat penting untuk memastikan kesejahteraan pekerja berada pada tahap yang optimum semasa melaksanakan tugasan. 


Seterusnya ialah mengenai cadangan penerapan ciri ergonomik kepada pekerja pembersihan. Majikan seharusnya menitikberatkan konsep ergonomik dalam pekerjaan yang dilakukan pekerja pembersihan ini termasuklah peralatan dan penggunaan mesin yang sesuai dan selesa, jadual waktu yang efisen dan persekitaran yang baik dan kondusif untuk pekerja melaksanakan pekerjaan pembersihan dengan baik. Dalam artikel ini ada menyebut mengenai beberapa tugasan yang disenarai ringkaskan sebagai tugas yang sering dilakukan oleh pekerja pembersihan yang ditafsirkan sebagai paling berisiko dan berbahaya kepada pekerja. Disini juga saya mengemukakan sekali cadangan saya untuk menerapkan konsep ergonomik dalam setiap tugasan tersebut. Tugasan yang pertama ialah, mengosongkan tong sampah besar di mana pekerja pembersihan di minta untuk memindahkan tong sampah 40 paun sejauh 20 kaki dan kemudian meletakkan beg baru di tong tersebut. Tugasan ini jika dilakukan kerap bukan sahaja menjadi punca masalah tulang belakang tetapi pelbagai lagi masalah otot lain. Oleh itu cadangan saya ialah dengan menggantikan tong sampah sedia ada dengan tong sampah beroda. Seterusnya, ialah membersihkan tong sampah kecil disetiap bawah meja pekerja. Perkara ini adalah sangat memberikan ketidak selesaan kerana bayangkan setiap pejabat mempunyai berpuluh pekerja dan setiap hari pekerja pembersihan perlu membongkokkan badan untuk mengeluarkan sampah, mengikat, menggantikan plastik baru dan mengumpulkan semua sampah tersebut di tong yang lebih besar. Di sini, cadangan saya adalah dengan menetapkan peraturan dimana setiap kali sampah sudah penuh setiap pekerja perlu bertanggungjawab untuk mengikat sampah sendiri dan meletakkan di tepi meja bagi memudahkan pekerja pembersihan untuk mengambil sampah tersebut dan memberikan plastik yang baharu. Seterusnya ialah membersihkan debu, pembersihan debu ini adalah sangat berisiko kerana ianya melibatkan ketinggian, jentera yang berbahaya sepeti kipas, mesin, siling, lampu dan banyak lagi. Di sini cadangan yang saya boleh berikan adalah dengan melakukan pekerjaan secara perkumpulan dan menggunakan peralatan yang ergonomik dan canggih seperti mesin penyedut debu, batang pembuang debu boleh laras dan bukanmenggunakan kaedah manual seperti tuala dan tangan. Selain itu, tugas yang paling disinonimkan dengan pekerja pembersihan iaitu mencuci tandas, di sini ciri- ciri keselamatan adalah sangat penting terutamanya pemakaian kasut getah kerana hampir kebanyakkan kemalangan yang berlaku di tandas adalah disebabkan pemakaian kasut yang tidak sesuai yang menyebabkan kegelinciran. Seterusnya ialah pembersihan cermin bangunan. Tidak dinafikan tugasan ini ialah yang paling mencabar dan sangat berisiko terutamanya kepada pekerja yang tidak mahir. Oleh itu cadangan saya disini ialah majikan seharusnya memberikan latihan atau kursus yang bersesuaian sebelum memberikan tugasan tersebut kepada pekerja pembersihan, di samping itu peralatan keselamatan juga adalah sangat penting kepada mereka untuk menjalankan tugas-tugas pembersihan dengan baik. 


 Kesimpulannya, artikel ini membuktikan bahawa beban kerja ergonomik yang berkait secara positif dengan kecederaan. Selepas membaca dan memahami artikel tersebut juga saya dapat simbulkan bahawa beban kerja dalam kalangan pekerja pembersihan adalah sangat tinggi dan berisiko kerana tugas – tugas yang diberikan kepada mereka adalah sangat berbahaya dan melibatkan pengulangan yang sangat kerap. Situasi ini bukan sahaja akan memberikan masalah kesihatan fizikal kepada mereka tetapi juga kesihatan mental. Sememangnya setiap pekerjaan ada risiko yang tersendiri tetapi pendedahan dan penerapan konsep ergonomik yang diwujudkan oleh majikan kepada pekerja-pekerja ini setidak-tidaknya memberikan sedikit jaminan dan kesejahteraan kepada mereka dalam menjalankan tugasan. Oleh itu, tidak ada satu sektor sekalipun yang boleh dikecualikan daripada pengaplikasian ergonomik. Jadi, setiap majikan perlu memainkan peranan untuk menitikberatkan konsep ergonomik dalam syarikat masing-masing bagi memastikan kesejahteraan dan mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan dalam kalangan pekerja.



Schwartz, A., Gerberich, S. G., Kim, H., Ryan, A. D., Church, T. R., Albin, T. J., ... & Arauz, R.F. (2019). Janitor ergonomics and injuries in the safe workload ergonomic exposure project (SWEEP) study. Applied ergonomics, 81, 102874. 

Nonfatal, B.L.S., (2016). Occupational Injuries and Illnesses Requiring Days Away from Work. Economic News Release. 

Charles, L.E., Loomis, D., Demissie, Z., (2009). Occupational Hazards Experienced By Cleaning Workers and Janitors: A Review Of The Epidemiologic Literature. IOS Press

AI and Humans: Will we be replacing by AI?

  The rise of artificial intelligence (AI) has sparked questions and concerns about the future of human involvement. Will AI replace humans ...