Laporan sesi kaunseling naratif kerjaya melalui lukisan.
Pada 15 November 2020 iaitu pada ahad malam saya dan beberapa rakan sekelas telah menghadiri sebual temubual khas secara individu yang dikendalikan oleh Dr Chong dan dibantu oleh beberapa pelajar sarjana. Temu bual yang dijalankan ini merupakan sebuah sesi kaunseling naratif melalui lukisan yang dilaksanakan untuk pelajar meluahkan impian dan kerjaya pilihan melalui lukisan. Saya diberi tempoh beberapa minit untuk melukis dan mewarnakan kerjaya yang saya impikan. Secara jujurnya, pada awalnya saya agak bingung dan tidak boleh membayangkan apakah bentuk pekerjaan yang akan dilakukan oleh saya pada masa hadapan dan saya anggap situasi saya ini agak teruk memandangkan sekarang ini saya berada pada tahun akhir pengajian. Kira-kira 15 minit juga masa yang diambil untuk saya memulakan luahan lukisan saya bermula dengan lukisan seorang perempuan dengan muka kebingugan iaitu saya.
Semasa tempoh saya melukis perempuan itu sedikit demi sedikit idea dan petunjuk kerjaya masuk dalam fikiran saya iaitu kerjaya yang saya impikan dan mungkin berada disitu pada 3 tahun akan datang iaitu sebagai pakar keluarga dan kanak-kanak, seorang auditor atau juga seorang usahawan wanita. Mengapa saya memilih kerjaya itu kerana ianya merupakan minat saya. Saya memilih pakar keluarga dan kanak-kanak kerana saya begitu suka akan kanak-kanak. Dengan sijil yang saya perolehi dalam bidang psikologi ini saya berharap saya akan membantu kepada masyarakat melalui sumbangan saya kepada kesejahteraan kanak-kanak. Pada masa ini terlampau isu-isu perkaitan kanak-kanak sering saya dengari dari isu kenakalan, penderaan, kehilangan, ketagihan dan kematian ini sangat membimbangkan dan mengecewakan saya. Saya sangat percaya bahawa kanak-kanak fitrahnya seperti sebuah kain putih yang suci mereka ini seharusnya dicorakkan dengan sebaik baik didikan dan diberikan sebaik-baik perlindungan kerana saya amat percaya teori psikoanalisi iaitu masa silam sangat memberi impak besar kepada perkembangan kanak-kanak dimasa hadapan.
Seterusnya, saya memilih kerjaya sebagai auditor karporat ini kerana saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang akauntan dan karporat walaupun saya tidak mempunyai pendidikan yang sepatutnya. Minat yang dibina ini melalui pengalaman saya bekerja sebagai akaun syarikat kecil yang memerlukan saya menguruskan akaun syarikat bermula dengan permohonan kelulusan namaincop syarikat sehingga penyediaan laporan audit. Di sini saya dilatih mengendalikan pelbagai bentuk urusan yang melibatkan LHDN, KASTAM, SSM dan juga beberapa agensi lain. Pengalaman ini menyebakan saya berniat untuk terlibat serius dalam bidang ini dengan mengambil sijil ACCA selepas tamat belajar nanti dan seterusnya memohon lessen auditor. Namun bagi pemilihan kerjaya ini isu kewangan juga saya perlu pertimbangkan. Seterusnya, kerjaya saya yang seterusnya ialah usahawan wanita, dimana saya juga pada ketika ini sedang bergiat secara kecil-kecilan menjual barangan secara atas talian. Walaubagaimanapun ianya berada difikiran saya yang paling bawah. Saya berharap bahawa saya akan mendapat pekerjaa diantara dua dia atas pada permulaa karier saya sebelum membina langkah sendiri dalam bidang keusahawanan kerana saya sendiri sedar akan risiko yang akan dihadapi oleh saya. Saya juga berharap saya tidak meletakkan kerjaya usahawan ini sebegai pendapatan tunggal dimasa akan datang.
Jadi jika ditanya antara manakah kerjaya yang saya akan pilih, saya masih berada dalam kebingungan kerana kedua-duanya tidak mempunyai korelasi dan saya perlu mengambil langkah yang besar sama ada saya perlu megambil ACCA dan memohon lessen auditor atau pun saya menyambung sarjana untuk memohon lesen kaunselor. Di sini berlaku konflik yang besar dalam pemilihan kerjaya saya sehingga kini. Saya sememangnya memerlukan pandangan dan rujukan daripada kaunselor mengenai konflik ini. Saya menganggap konflik kerjaya ini berlaku kepada kebanyakkan pelajar kerana mereka juga bingung dan pada masa yang sama risau dengan peluang kerjaya dan apakah yang seharusnya dipilih oleh mereka sama ada kerjaya impian ataupun mencuba apa-apa sahaja peluang kerjaya yang terbuka.
Sesi kaunseling saya dikendalikan oleh Cik Siew Wen, di dalam sesi ini saya diminta untuk memberikan diskripsi mengenai lukisan yang dibuat oleh saya. Jadi saya menjelaskan beberapa perkara mengenai kebingungan dan kerjaya yang saya mungkin akan berada pada masa akan datang. Didalam sesi itu juga saya diminta untuk menjelaskan bagaimakah perasaan dan emosi saya semasa saya melukis lukisan itu. Cik Siew Wen juga ada bertanyakan mengenai perasaan saya selepas menceritakan kesemua lukisan say aitu kepada dia. Temu bual yang singkat itu sejujurnya tidak memberikan input kepada saya kerana hampir 90 peratus daripada perbualan sesi tersebut ialah dilakukan oleh saya. Dan diakhir sesi tersebut Cik Siew Wen meminta saya untuk memberikan pendapat saya mengenai kerjaya yang saya lukiskan itu, dan saya membalas kerjaya impian ini merupakan perkara yang indah bagi saya dimasa hadapan tetapi realiti hidup tidak seindah yang disangka dengan kegawatan ekonomi dan peluang kerjaya yang terhad mungkin saya akan membuka mata dan fikiran sayan untuk mengambil risiko melibatkan diri dengan pelbagai sektor pekerjaan baru untuk saya bertahan dan mendapat pendapatan bagi menampung kehidupan.
Walaupun semasa sesi metaforik yang dijalankan itu saya masih tidak mencapai titik dimana dan apa yang perlu dilakukan oleh saya selepas ini bagi mencapai kata sepakat mengenai apakah kerjaya impian saya itu. Saya berasa agak lapang dan mempunyai perasaan yang lega selepas saya meluahkan melalui lukisan dan menjelaskan kepada Cik Siew Wen. Hal ini kerana saya merupakan seorang yang suka menyembunyikan perasaan dan saya tidak pernah memberi tahu kepada sesiapa pun apa yang saya ingin jadi bila habis graduasi nanti. Oleh itu perasaan yang boleh saya gambarkan selepas penyertaan dalam sesi metaforik ini ialah perasan lapang dan senang hati. Selepas dari saat temu bual itu juga setiap kali saya memikirkan masa hadapan atau pekerjaan saya secara automatiknya akan membayangkan lukisan yang telah dilukis oleh saya. Keadaan ini membina motivasi saya secara tidak langsung kerana gambaran lukisan kerjaya yang dilakukan oleh saya itu sudah terpahat dan tertanam dalam fikiran saya. Namun begitu sehingga kini juga saya masih bingung mengenai langkah mana yang seharusnya diambil oleh saya. Oleh itu jika bekelapangan saya akan mengambil sesi kaunseling secara individu bagi pemilihan kerjaya saya ini.
Aisya Adi
Psikologi | UKM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan