PELENTURAN
- Merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam modifikasi tingkah laku
- Banyak berlaku secara semula jadi dalam proses pembelajaran
- Melibatkan prinsip asas peneguhan & pelenyapan
Bahasa kanak-kanak
1. Bunyian yang tak ada makna (agahan) tapi mimik bahasa ibu bapa
[Kesan: Ibu bapa akan teruja dan beri perhatian = peneguhan → tingkah laku akan meningkat]
2. Tingkah laku agahan semakin kerap & menyerupai sebahagian perkataan (ma...maaa..., baaa...baaa...)
[Kesan: Ibu bapa semakin teruja & beri perhatian → anak makin kerap hasilkan bunyi]
3. Gabungan bunyian → perkataan → ibu bapa beri peneguhan
[Kesan: Ibu bapa berikan perhatian & betulkan sebutan]
4. Peneguhan kepada bunyi yang sekan perkataan → perkataan penuh → ayat
[Kesan: membentuk peneguhan pembezaan bagi setiap urutan tingkah laku]
Apakah itu peneguhan pembezaan?
Peneguhan pembezaan bagi setiap urutan tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku sasaran hingga dapat hasilkan tingkah laku sasaran.
Peneguhan pembezaan = hampir sama dengan tingkah laku sasaran
Peneguhan semakin kurang diberikan kepada bunyi agahan apabila kanak-kanak semakin dapat sebut perkataan (pelenyapan)
Penyelapan : Agahan
Peneguhan: Perkataan
Apakah Prosedur Perlenturan?
Memulakan pelenturan
- Kenal pasti tingkah laku sedia ada (t/l A) yang hampir sama dengan tingkah laku sasaran
- Teguhkan (t/l A)
- Penyelapan: berhenti teguhkan (t/l A)
- Teguhkan tingkah laku yang semakin sama dengan t/l sasaran (t/l B)
- Proses peneguhan pembezaan (diberikan kepada setiap kali t/l baru yang semakin hampir dengan t/l sasaran dan diteruskan sehingga t/l sasaran dapat dilakukan)
Contoh prosedur eksperimen pelenturan :-
- Pelenturan tingkah laku tikus menekan tuas untuk mendapatkan makanan
- Tikus berada dikawasan di mana tuas berada
- Makanan dijatuhkan melalui tuas
- Pengkaji hanya jatuhkan makanan apabila tikus menghadap ke tuas
- Pengkaji hanya jatuhkan makanan apabila tikus berdiri dengan kaki belakang
- Pengkaji hanya jatuhkan makanan bila bergerak ke tuas
- Pengkaji hanya jatuhkan makanan bila tikus menyentuh tuas
- Pengkaji hanya jatuhkan makanan bila tuas ditekan
- Setiap kali tikus masuk sangkar akan segera menghampiri tuas
- Tikus bermula dengan tingkah laku sering dilakukan → tingkah laku tidak pernah dilakukan
- Gandingan peneguhan terlazim dengan peneguhan tidak terlazim
Apakah itu agen peneguhan terlazim?
- Agen peneguhan (reinforce) merupakan akibat yang mengukuhkan tingkah laku operan.
- Peneguhan terlazim (sekunder) pula merupakan rangsangan yang pada asalnya neutral tetapi menjadi agen peneguhan apabila dipadankan dengan peneguhan tidak terlazim atau peneguhan yang sudah sedia terlazim.
Kenapa guna agen peneguhan terlazim?
- Boleh bunyi klink dengan cepat dan mudah
- Tingkah laku boleh diteguhkan dengan segera
- Supaya tidak berlaku fenomena kepuasan sepenuhnya ( iaitu apabila makanan tidak lagi berkesan sebagai agen peneguhan apabila subjek telah kenyang)
Pengaplikasian Pelenturan
- Untuk mengajar tingkah laku yang pernah terjadi tetapi tidak lagi dilakukan (cth; ind kemalangan)
- Hasilkan tingkah laku novel (cth: tikus tekan tuas, dolphin melompat gelung)
- Mengubah dimensi tertentu bagi tingkah laku yang sedia ada (cth:- suara perlahan, gagap)
Tatacara Prosedur Pelenturan
- Mendefinisikan tingkah laku sasaran
- Tentukan sama ada pelenturan adalah prosedur yang paling sesuai
- Kenal pasti tingkah laku permulaan @ tingkah laku hampir sama dengan tingkah laku sasaran
- Pilih langkah @ urutan untuk implementasi pelenturan
- Pilih agen peneguhan yang berkesan (perlu gandingkan agen peneguhan dengan peneguhan tidak terlazim
- Guna peneguhan pembezaan bagi setiap tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku sasaran
- Aturkan urutan tingkah laku ikut jarak dan tahap yang sesuai ( beri peneguhan beberapa kali kepada tingkah laku yang hendak disasarkan sedikit demi sedikit, beri tahu subjek apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran)
Pelenturan Tingkah Laku Bermasalah
- Wujud dengan tidak sengaja melalui pelenturan
Setiap kali ibu sibuk meyiapkan tugasan yang dibawa balik pejabat, Daniel menganggu dan meminta ibu bermain dengannya.
Reaksi Ibu: Disebabkan tingkah laku Daniel akan berlarutan jika tidak dilayan, ibu berhenti daripada tugasan dan bermain dengan Daniel.
Hasil: Peneguhan daripada perhatian yang diberikan oleh Ibu membentuk Pelenturan tingkah laku kepada Daniel.
Analisis 3 terma kontingensi:
|
Anteseden |
Tingkah
Laku |
Akibat
|
A |
Ibu bekerja |
Daniel ganggu dan minta ibu bermain dengannya |
Ibu bermain dengan Daniel |
B |
Ibu bekerja tidak pedulikan Daniel |
Daniel lari ke
bilik dan hempas mainan |
Ibu pergi ke bilik marah Daniel, kutip mainan dan
tenangkan nangisan |
C |
Ibu bekerja makin tidak pedulikan jeritan Daniel |
Daniel makin kuat menangis dan hempas mainan |
Ibu ke bilik marah dan membebel |
Hasil:
- Tingkah laku Daniel menganggu ibu bekerja diperkukuhkan
- Daniel akan menjerit dan menghempas mainan untuk perhatian
- Pelenturan tingkah laku masalah terjadi
Aisya Adi
Psikologi | UKM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan