LAPORAN TEMUBUAL KAUNSELOR :
Kaunselor Ustazah Siti Rafedah Bte Abdul
(No KBPA 08720 PA 08324)
Sarjana Pendidikan dan Kaunseling
1.0 PENGENALAN & LATAR BELAKANG
Saya mengambil keputusan untuk menemu bual sebuah insan yang
hebat iaitu kaunselor Ustazah Siti Rafedah Bte Abdul atau lebih mesra digelar Ustazah Fydah.
Beliau merupakan seorang guru agama di salah sebuah sekolah agama kerajaan negeri Johor iaitu
Sekolah Agama Taman Daya (SATD) dan memegang jawatan guru Penolong Kanan- unit hal
ehwal murid). Pada tahun 2019 beliau mencapai sebuah kejayaan yang membanggakan apabila
menjadi guru agama negeri Johor yang pertama memiliki lesen kaunselor yang berdaftar dengan
lembaga kaunselor Malaysia.
Ustazah Fydah berasal daripada negeri Johor Kaunselor Fydah Pendidikan awal diploma
perguruan pengajian islam di Institusi Pendidikan Perempuan Melayu Melaka. Seterusnya,berkat
kecermelangannya Ustazah Fydah ditawarkan biasiswa daripada kerajaan Islam negeri Johor
untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UTM)
dengan mengambil jurusan pendidikan sains dan pengajian islam secara jarak jauh iaitu secara
bekerja dan belajar (PJJ), perjalanan sarjana muda diambil agak lama iaitu selama 6 tahun. Dalam
tempoh yang agak lama ini, pelbagai halangan dan cabaran muncul, namun tidak sedikit pun
mematahkan semangat beliau untuk menghentikan pembelajaran. Berkat kesabaran dan sokongan
keluarga, beliau meneruskan pengajiannya itu dan bergraduan dengan kehadiran cahaya mata.
Walaupun mengambil jurusan pendidikan ketika diploma dan sarjana muda, minat dan
minat dan keinginannya yang tinggi dalam bidang kaunseling dapat dilihat dari zaman sekolah
lagi, minatnya yang mendalam dalam bidang ini dapat dilihat apabila beliau memegang jawatan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan sering menjadi tempat rujukan rakan-rakan untuk
mendapatkan nasihat atau mendengar luahan. Pada zaman sekolah juga beliau sangat aktif dalam
persatuan yang melibatkan kesukarelawanan dan rakan sebaya. Minat yang saya berterusan
sehingga beliau menuntut di menara gading, beliau meneruskan kegiatan aktif dalam bidang
kesukarelawanan dan menyertai pelbagai program dan aktiviti universiti. Dalam aktiviti dan
program tersebut beliau banyak mengaplikasikan teknik dan pendekatan kaunseling dan
pendidikan.
Beliau meneruskan pengajian tingginya di peringkat Sarjana Pendidikan dan Kaunseling
di UTM setelah bertahun-tahun berfikir mengenainya. Walaupun pada ketika itu beliau masih
ragu-ragu dengan keputusannya kerana kebanyakkan rakan-rakannya tidak berhajat untuk
meneruskan pengajian sarjana. Namun, berkat doa dan keyakinan beliau meneruskan hajat untuk menyambung pengajian sarjana dan akhirnya dalam bidang yang dimpikan sejak dari banngku
persekolahan iaitu kaunseling tetapi menariknya dia mengaplikasikan kemahiran asas beliau dalam
bidang pendidikan. Beliau akhirnya berjaya menamatkan sarjana dalam tempoh 3 tahun berkat
kecekalan dan tidak berputus asa dalam mencari ilmu.
Pada tahun akhir di pengajian sarjana, beliau dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan beliau memperolehi lesen kaunselor berdaftar ketika
tahun 2019 iaitu sebelum beliau bergraduasi. Selepas memperolehi lesen kaunselor, beliau
bergabung dengan 2 rakan kaunselor lain untuk membuka sebuah klinik kaunseling dan
menyediakan perkhidmatan kauseling dalam talian dan bersemuka kepada mereka yang
memerlukannya yang diberi nama Tuntas Minda Consultancy. Selain menjalankan sesi
kaunseling, beliau sangat aktif menjalankan sesi ceramah ke sekolah-sekolah agama kerajaan
Johor, sekolah-sekolah kementerian dalam memberikan kesedaran berkaitan isu-isu kaunseling
seperti kes anak luar nikah, perceraian, keibubapaan, akademik dan pelbagai lagi. Walaupun beliau
masih mengajar, beliau tetap melaksanakan perkhidmatan kunseling secara separuh masa.
Kejayaannya dalam bidang pendidikan dan kaunseling amat membanggakan kerana dalam
bidang pendidikan beliau memegang jawatan penolong kanan hal ehwal unit pelajar dan dalam
bidang kaunseling beliau merupakan guru agama pertama yang memegang lesen kaunselor
berdaftar di negeri Johor. Agak sukar untuk memberikan kata putus mengenai bidang manakah
yang lebih diberi penekanan dan fokus kerana kedua-duanya memberikan impak dan kelebihan
yang besar kepada masyarakat, oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengerakkan kedua
dua bidang ini selari dan menyeimbangkan tanggungjawap yang diamanahkan. Perkara ini
memberikan banyak kelebihan kepada beliau terutamanya dalam mengendalikan kes berkaitan
pelajar dan ibubapa. Kesungguhannya dalam mempelajari dan mengajari ilmu sangat memberi
inspirasi kepada saya.
2.0 TEORI & TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Kepakaran kaunselor Ustazah Fydah lebih kearah pelajar dan ibubapa kerana beliau mempunyai
kepakaran dalam dunia pendidikan yang agak lama. Tambahan juga, beliau mempunyai kelebihan
menjalankan latihan industri dan praktikum di sekolah -sekolah ini memberikan kelebihan yang
besar kepada beliau untuk mendalami dan memahami permasalah yang berlaku dalam konteks
alam persekolahan dengan lebih baik. Beliau menjelaskan setiap teknik dan teori yang digunakan adalah berbeza, antara teknik dan teori yang kebiasaanya digunakan ialah lebih kepada teknik
psikoterapi atau sesi kaunselong iaitu, teknik kaunseling individu, berkumpulan dan keluarga.
Sebagai seorang yang juga menjadi tenaga pendidik, beliau banyak mengendalikan kes
yang melibatkan pelajar sekolah, disini beliau mengamalkan sifat empati yang tinggi ketika
berhadapan dengan klien yang berstatus pelajar dan menggunakan teknik mendengar dan
melawak, ianya bertujuan untuk membina kepercayaan diri klien kepada kaunselor. Bagi
kumpulan kes pelajar seperti ponteng sekolah dan disiplin ini beliau lebih menggunakan teori
realiti kerana kebiasaanya pelajar pada kes sebegini hanya mengalami permasalahan yang ringan
dan tidak lagi membahayakan kesihatan mental.
Sebaliknya, apabila mengendalikan klien yang agak kronik seperti mereka yang terlibat
dengan Major Depressive Disorder (MDD), mereka ini memerlukan teknik empati yang tinggi
ketika sesi luahan dan mendengar. Teknik bahasa tubuh, struktur badan dan pandangan mata perlu
diberikan perhatian untuk memancing kepercayaan dan keyakinan mereka kepada kaunselor.
Mereka ini juga memerlukan sokongan ahli keluarga, oleh itu pada kes sebegini, Kaunselor
Ustazah Fydah akan meminta keizinan pelajar ini untuk menjalankan sesi kaunseling kepada
keluarga mereka. Pada ketika ini, teori humanistik perlu diaplikasikan supaya pelajar ini tidak
berasa tertekan atau terbeban setelah perkongsian dengan keluarga, kerana keluarga seharusnya
menjadi sumber sokongan terbesar kepada pelajar untuk melawan permasalahan ini. Oleh itu,
beliau menjelaskan teknik yang paling sesuai dalam penyelesian kes berkaitan kesihatan mental
ini adalah dengan mengaplikasikan terapi tingkah laku kognitif (CBT) atau juga terapi tingkah
laku emosi yang rasional (RABT).
Tambah beliau, ketika waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diarahkan kerajaan
bagi mengawal penularan wabak Covid-19, Klinik kaunseling yang diusahakannya bersama dua
rakan kaunselor lain menunjukkan peningkatan kes perkahwinan dan kekeluargaan iaitu kes yang
berlainan daripada kepakarannya. Jadi disini, beliau menjelaskan pula bahawa teknik yang
digunakan agak berlainan. Beliau juga menjelaskan dalam situasi ini beliau banyak berhubung
dengan rakan-rakan kaunselor lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkahwinan kerana
beliau tidak boleh menggunakan teori atau teknik yang sama seperti klien-klien sebelumnya. Oleh
itu dalam situasi ini beliau lebih mengamalkan teknik Spoken Solution dengan menggunakan
kaedah temubual teks dan tele kaunseling. Hal ini kerana, dalam isu sebegini klien lebih terus kearah penyelesaian masalah kepada isu tersebut. Tambahan pula, kekangan masa bagi sesetengah
klien dan konsep kauseling berbayar yang dijalankan menyebabkan beliau banyak menggunakan
Terapi Ringkas Berfokus Penyelesaian (SFBT) bagi isu-isu yang melibatkan perkahwinan dan
kekeluargaan.
3.0 PERKONGSIAN KES PALING MENCABAR
Kaunselor Ustazah Fydah berkongsi kes yang paling mencabar dalam kariernya sebagai
kaunseling apabila teknik dan teori yang diaplikasikan tidak mampu untuk merawat atau
mengurangkan permasalahan itu ialah apabila beliau merawat seorang pelajar tingkatan 1 yang
menghidap MDD yang sangat kronik sehingga terpaksa dirujuk psikiatrik. Beliau menceritakan
beberapa lapisan sesi telah dibuat dan sepanjang sesi tersebut pelajar itu langsung tidak
menunjukkan tidak balas terhadap teknik kaunseling yang telah diberikan. Lebih parah lagi apabila pelajar itu juga mempunyai suicide thought atau keinginan
membunuh diri dan mempunyai beberapa kesan kelar pada beberapa bahagian tubuhnya. Beliau
menjelaskan situasi ini dianggap mencabar apabila pelajar tersebut dilihat sangat menjaga
kerahsiaan dirinya, Namun, selepas beberapa sesi beliau menggunakan beberapa teknik pujukan,
sentuhan dan empati, pelajar tersebut mulai bercerita tetapi tidak mendalam dan terperinci.
Bertanyakan mengenai jenis rawatan dan teori yang dilaksanakan, beliau menjelaskan pada
permulaan sesi beliau hanya meminta pelajar tersebut untuk membuat soal selidik Depression
Anxiety Stress Scale (DASS), dan melalui soal selidik tersebut beliau mendapati pelajar tersebut
mempunyai skor yang tinggi dan parah bagi ketiga-tiga kategori tersebut. Seterusnya, beliau
memulakan sesi seperti biasa menggunakan teknik pujukan dan sentuhan tetapi tidak berjaya
menyebabkan beliau terpaksa mengubah menggunakan beberapa teknik yang bersesuaian seperti
mengaplikasikan terapi tingkah laku kognitif (CBT) atau juga terapi tingkah laku emosi yang
rasional (RABT). Beliau menjelaskan, keadaan bertambah buruk apabila pelajar tersebut dilihat
bergantung dengan sesi kaunseling itu dan jika sesi tersebut tidak diadakan pelajar tersebut
kembali kepada tingkah laku agresif terhadap dirinya iaitu mengkelar dan sebagainya. Pada tahap
tersebut, beliau percaya bahawa pelajar tersebut sudah berada pada tahap yang kronik dan
memerlukan bantuan yang lebih professional iaitu pakar psikiatrik.
Perkara yang juga agak mencabar adalah untuk melibatkan ibubapa dalam hal tersebut.
Disini, sebagai seorang kaunselor yang beretika, kerahsiaan klien adalah tanggungjawap kaunselor
namun, usia dan status pelajar tersebut yang agak kronik menyebabkan ustazah Fydah terpaksa
menggunakan teknik pujukan yang paling tinggi diselangi kata-kata untuk membina kepercayaan
pelajar tersebut untuk melibatkan ibubapa dia. Perkara itu tidak berlaku pada masa yang singkat
ia memerlukan beberapa sesi dan teknik yang sangat mencabar untuk pelajar tersebut akhirnya
bersetuju melibatkan ibubapa dia. Disini untuk memberi kefahamn dan menjelaskan kepada
ibubapa pelajar tersebut juga merupakan antara cabaran yang terpaksa ditanggung oleh beliau.
Akhirnya setelah sebuah sesi terapi kaunseling dijalankan bersama keluarga pelajar, satu kata
putus telah diambil iaitu untuk merujuk kepada pakar memandangkan keadaannya yang sudah
agak kronik. Jelas beliau sehingga sekarang ini, pelajar tersebut terpaksa menjalani permeriksaan
berkala di hospital psikiatrik dan bergantung dengan ubat-ubatan.
4.0 TUGAS HARIAN SEBAGAI KAUNSELOR
Tugas dan tanggungjawap kauselor Ustazah Fydah agak berlainan daripada kaunselor biasa. Hal
ini kerana, beliau juga mempunyai tanggungjawap sebagai seorang guru sekolah. Oleh itu semasa
tempoh PKP ini beliau perlu membahagikan masa yang sangat efisien dalam mengendalikan
tugasan sebagai seorang guru, kaunselor, isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya. Bagi
melaksanakan tugas hariannya dalam tempoh PKP ini sangat mencabar apabila kesemua sekali
dilaksanakan secara serentak. Beliau juga seperti tenaga pengajar yang lain yang menggunakan
platform atas talian sebagai medium pengajarannya. Jadi, bangun pagi beliau melaksanakan
tanggungjawap sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak dengan menyediakan
kelengkapan dan persediaan harian bagi mereka. Seterusnya, beliau mempersiapkan diri sebagai
seorang guru sekolah untuk mengajar pelajar-pelajarnya di dalam talian bermula 9 pagi – 12 tengah
hari. Di samping itu juga, sebelah pagi juga beliau membahagikan masa untuk menjalankan
tanggungjawap pentadbiran dan hal ehwal murid selain melaksanakan perjumpaan talian yang bagi
menguruskan urusan melibatkan sekolah.
Seterusnya, pada sebelah petang pula beliau menyambung tugasnya sebagai seorang
kaunselor sehingga pada 9 malam bergantung kepada sesi dan masa klien. Tambahan beliau pada
tempoh PKP ini perancangan yang dibuat adalah diluar jangkaan, hal ini kerana beliau terpaksa mempersiapkan diri menerima kes-kes pada bila-bila masa. Beliau juga memberitahu klinik
kaunseling yang baru ditubuhkan itu masih difasa perkembangan dan sebolehnya beliau tidak
mahu menolak mana-mana klien yang menghubunginya, oleh itu beliau perlu sentiasa terbuka dan
bertolak ansur dengan kehendak dan waktu yang diberikan klien. Selain itu, beliau juga
menghabiskan masa terluang yang berbaki dengan membuat penulisan ilmiah bagi tujuan
pengiklanan sesi psikologi yang diberikan beliau, hal ini kerana klinik psikologi yang dibina agak
baru dan beliau perlu memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan kaunseling
dalam kehidupan masyarakat.
5.0 CIRI SEBAGAI SEORANG KAUNSELOR
Dalam temubual ini saya juga menambah beberapa soalan yang saya berkeinginan untuk
bertanyakan iaitu mengenai ciri yang perlu ada dalam diri seorang kaunselor yang baik. Ciri yang
pertama disebut ialah seorang kaunselor yang baik perlulah sentiasa belajar dan terbuka hati untuk
menerima. Hal ini kerana setiap isu atau kes yang datang perlulah diselidik dan dikaji terlebih
dahulu sebelum diambil dan dikendalikan. Walaupun hanya klien atas talian dan tidak bersemuka,
kaunselor pelu mendalami isu, memahami teori dan menyenaraikan teknik yang paling sesuai
dengan kes tersebut. Hal ini kerana, apabila kaunselor dilihat mengendalikan kes dengan sambil
lewa tanpa ilmu dan pengetahuan yang cukup akan menyebabkan kredibiliti kaunselor tersebut
rendah dimata klien. Situasi ini juga berlaku apabila mempunyai klien daripada berlainan budaya
dan bahasa, disini kaunselor perlu membuat penyelidikan yang mendalam sebelum memulakan
sesi. Tambahan pula pada waktu ini yang kebanyakkan sesi menggunakan kaedah atas talian dan
tidak bersemuka menyebabkan kaunselor mempunyai kekangan untuk mentafsirkan sesuatu
dengan baik tanpa melihat reaksi dan tingkah laku klien. Jadi disini, pentingnya kaunselor untuk
belajar dan terus mempelajari pelbagai isu dan pengetahuan baru.
Selain itu, ciri yang kedua untuk menjadi seorang kaunselor yang cemerlang perlulah
sentiasa bertanya untuk memantapkan lagi kemahiran dan teknik dalam kaunseling tidak kira
kepada senior kaunselor atau kaunselor lain. Apabila kita berkongsi dan bertanya ianya akan
menambahkan pengetahuan dan penyelesaian yang baik kepada sesuatu kes yang diluar bidang
kepakaran kita. Seterusnya yang ketiga, kaunselor perlu mengetahui batas dan etika-etika bersama klien.
Hal ini kerana setiap kaunselor terikat dengan akta dan juga merupakan sebagai perlindungan
kaunselor apabila bersama klien. Kaunselor yang baik perlu mematuhi etika dan melaksanakan
tanggungjawap mengikut prinsip yang sewajarnya.
Akhir sekali, seorang kaunselor perlu peka dan mengetahui isu semasa yang berlaku di
Malaysia dan luar negara, kaunselor yang baik juga perlu sentiasa mengkaji dan membaca kajiankajian atau pembacaan ilmiah yang berkaitan kes-kes melibatkan masyarakat. Kaunselor juga
sewajarnya mempunyai pengetahuan dan hubungan yang baik dengan agensi-agensi atau
persatuan luar seperti talian Nur, rumah perlindungan, dan kumpulan kebajikan sebagai persediaan
kaunselor jika kes yang dikendalikan memerlukan sokongan yang beterusan atau melibatkan
agensi tersebut. Kaunselor seharusnya mempunyai pengetahuan asas sebegini dan tidak
sewajarnya menerima klien tanpa memberikan sokongan dan panduan yang berterusan.
Poster Perkhidmatan Kaunseling oleh Kaunselor Siti Rafedah
6.0 KEKANGAN
Antara soalan yang ditambah saya ialah mengenai kekangan yang dihadapi beliau dalam proses
bergelar kaunselor dan menjadi seorang kaunselor. Sepanjang bergelar pelajar begitu banyak
cabaran yang terpaksa ditempuhi. Kecintaan beliau terhadap ilmu dapat dibuktikan apabila beliau
menjalani fasa pembelajaran yang agak panjang iaitu diploma selama 4 tahun, sarjana muda
selama 6 tahun dan akhirnya sarjana 3 tahun tetapi tidak sedikit pun melemahkan beliau atau
membuatkan beliau berhenti. Antara cabaran yang terbesar beliau adalah ketika diperingkat
sarjana kerana tidak mempunyai rakan-rakan yang membantu berlainan ketika waktu sarjana muda
dan diploma, ditambah pula dengan kursus yang berlainan kerana pada peringkat diploma dan
sarjana muda beliau mengambil kursus pengajian islam. Ketika diperingkat sarjana juga, beliau
berkongsi pengalaman dimana beliau berasa sangat putus asa sehingga menangis ketika
menyiapkan tugasan sarjana yang sedia maklum sangat membebankan dan sukar bagi mereka yang
tidak mempunyai asas dalam bidang kaunseling. Beliau juga memberitahu pada ketika itu beliau
belajar sambil melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu melayani anaknya yang masih
kecil.
Manakala kekangan yang dihadapi beliau sepanjang bergelar kaunselor pula, beliau
berkongsi mengenai stigma masyarakat yang masih kurang berpengetahuan mengenai peranan kaunselor dalam kesejahteraan masyarakat terutamanya melibatkan persekitaran beliau sendiri
iaitu didalam kalangan segelintir pendidik Jabatan Agama Islam Johor. Hal ini kerana sesetengah
sekolah dinegeri tersebut masih lagi tidak mengaplikasikan sesi dan teknik kaunseling yang betul
di sekolah-sekolah. Hal ini kerana, kebanyakkan mereka berpendapat bahawa kaunseling adalah
untuk mereka yang bermasalah tetapi sebaliknya kaunseling ini adalah sebuah sesi celik akan yang
memberi kesedaran kepada klien dan umum bahawa kehidupan ini ada pilihan dan
dipertanggungjawapkan akan pilihan yang dibuat. Jadi disini, beliau menjelaskan peranan dan
kepentingan kaunseling setiap kali dipanggil mengadakan ceramah disekolah-sekolah bagi
menolak stigma ini. Beliau menekankan betapa kaunseling ini memberikan impak yang sangat
besar terutamanya dalam situasi pandemik ini. Sedikit sebanyak, kata-kata yang diberikan dalam
ceramah-ceramah tersebut telah membuka mata tenaga pengajar untuk mengaplikasikan bilik
kaunseling dengan baik dan menyebarkan kebaikkannya pula kepada pelajar-pelajar sekolah.
7.0 REFLEKSI TEMU BUAL
Kisah kehidupan ustazah Fydah ini sangat memberi semangat kepada saya untuk menyambung
pelajaran juga selepas habis pengajian sarjana muda ini. Bayangkan lebih sedekad proses yang
diambil dalam pengajian tinggi bermula dengan diploma, sarjana muda dan sarjana. Tambahan
pula, tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pengajar, isteri dan ibu ketika masih belajar.
Namun, segalanya itu merupakan sebuah liku-liku kehidupan untuk menjadi seorang yang sangat
berjaya. Kesungguhan dan sikap tidak megenal erti putus asa ini memberikan semangat yang luar
biasa kepada saya ketika mendengar kisah beliau untuk tidak sesekali mengalah dan teruskan
dengan impian yang ingin dicapai. Setelah sesi ini berlangsung, saya juga semakin yakin dan
percaya akan diri untuk meneruskan pelajaran kelak diperingkat sarjana untuk melayakkan saya
memegang lesen kaunselor. Saya sebenarnya sudah membuat perancangan untuk menyambung
pengajian diperingkat lebih tinggi iaitu sarjana ketika saya baru melangkah ke tahun satu, namun
tahun demi tahun berlalu perasaan itu semakin lemah dan tidak sekuat ketika pertama kali saya
melangkah ke peringkat sarjana muda. Namun, selepas sesi ini berlangsung saya mendapat sebuah
semangat dan nafas baru untuk meneruskan impian saya itu walau seberapa lama sekali pun masa
yang diambil, mendengarkan perjalanan hidup ustazah Fydah membuatkan saya percaya bahawa berapa lama pun kepayahan dan kesukaran seseorang itu dalam menuntut ilmu pasti diakhirnya
ada sebuah kemanisan.
Seterusnya, ketika bertanyakan mengenai teknik dan teori yang digunakan kepada klien,
beliau menyatakan bahawa ianya bergantung mengikut keadaan dan situasi kes. Beliau berkata
untuk menjadi seorang kaunselor yang berkebolehan perlu sentiasa memperkukuhkan diri dengan
teknik dan teori-teori yang pelbagai. Beliau juga menambah beberapa ciri yang perlu ada sebagai
seorang kaunselor yang baik. Oleh itu, selepas sesi ini saya berasa lebih bermotivasi untuk mengali
lebih banyak lagi ilmu dan pengalaman dalam dunia kaunseling terutamanya ketika saya sedang
menuntut dalam bidang psikologi ini kerana saya mempunyai kelebihan mentor, senior dan
platform yang baik. Saya juga akan lebih fokus dan memahami teknik dan teori yang diajarkan
sepanjang saya menuntut dalam bidang ini dan seterusnya mengaplikasikan dalam kajian-kajian
yang ditugaskan dan program yang dilaksanakan oleh saya. Di samping itu, beliau juga
menyedarkan saya untuk mula mengikuti penulisan ilmiah, laman web dan agensi-agensi yang
banyak membantu masyarakat terutamanya dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan mental.
Kini saya telah mengikuti beberapa laman web motivasi dan sering membuat perkongsian
mengenai sesi kaunseling percuma yang diadakan oleh pelajar-pelajar sarjana di akaun lama sosial
saya. Saya dapat merasakan temu bual ini mula mencorakkan diri saya menjadi seorang yang lebih
terbuka dan berkongsi kearah kebaikkan kerana ianya bukan sahaja memberikan pulangan yang
positif kepada saya tetapi masyarakat dan kenalan saya juga akan turut mendapat merasakan
kebaikan dan manfaat bersama. Saya percaya semua orang akan merasai situasi dimana mereka
berasa sedih dan tidak dihargai, oleh itu melalui perkongsian dan kata-kata yang ditulis atau
dikongsi oleh saya sedikit sebanyak mereka ini merasa tidak keseorangan.
Sejujurnya, temubual ini memberikan satu inspirasi yang sangat besar dalam diri saya.
Kata-kata ustazah Fydah yang paling memberikan kesan kepada diri saya ialah apabila beliau
memberitahu bahawa kaunseling ini adalah sebuah pengharapan masyarakat kepada kita dan
bersyukurlah ditempatkan di dalam dunia kaunseling ini. Beliau juga memberikan nasihat dan
kata-kata pembakar semangat diakhir sesi yang sangat banyak untuk mengajak saya membantu
masyarakat menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari. Nasihat beliau, kaunseling
adalah sebuah bentuk kesedaran bukannya satu hukuman. Masyarakat memerlukan kaunseling
untuk membantu mereka mengendalikan permasalahan yang dihadapi dengan baik. Bidang
kaunseling ini merupakan bidang yang mempunyai masa depan yang cerah, beliau juga menasihati saya agar meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi dan memohon lesen kaunselor
kerana masyarakat harini ini sangat memerlukan bantuan dari pakar kaunseling. Saya mengambil
semua nasihat dan kata-kata yang diberikan dengan penuh perhatian dan iltizam untuk menjadi
pembakar semangat kepada diri saya. Oleh itu, saya sesekali tidak akan berhenti untuk belajar dan
terokai lebih lagi ilmu pengetahuan yang dapat memberikan kesejahteraan kepada masyarakat
supaya dapat memberikan lebih banyak peluang dan bantuan kepada masyarakat untuk memahami
diri sendiri dan seterusnya memberikan impak kepada orang disekeliling mereka.
8.0 RUMUSAN
Kesimpulan yang saya perolehi dari temubual ini, saya dapat mempelajari lebih mendalam
mengenai dunia kaunseling dalam kaca mata seorang kaunselor. Saya juga mendengari sendiri
kekangan dan kepayahan Ustazah Fydah dalam memperbetulkan stigma masyarakat mengenai
peranan kaunseling itu. Beliau berkata rata-rata klien yang ditanyakan mengenai fahaman mereka
mengenai kaunseling hampir kesemua mereka menunjukkan fahaman negatif.
Realitinya memang kaunseling adalah proses penyelesaian masalah bagi isu-isu berkaitan,
namun pelanggan yang menghadapi masalah-masalah ini akan dibantu oleh kaunselor untuk
mencari jalan penyelesaian ke arah yang lebih baik. Mereka dibantu sehingga celik akal untuk
mengubah dan meningkatkan kendiri diri ke arah yang positif. Kaunseling merupakan sesi proses
perubahan, intelektual dan tingkah laku ke arah yang lebih rasional dan positif. Namun begitu,
kaunseling bukan berfokus hanya untuk isu-isu yang negatif itu sahaja. Di samping itu, kaunselor
perlu sentiasa menunjukkan imej yang positif dan menyebarkan kepentingan kaunseling ini agar
masyarakat lebih jelas dan memahami akan kaunseling yang banyak dapat membantu anda
mencari jalan keluar atau penyelesaian untuk isu yang dialami.
Saya semakin sedar peranan dan tanggungjawap kaunselor ini sangat diperlukan oleh
masyarakat. Di samping itu juga, saya juga telah mempelajari banyak pengetahuan baru,
pengajaran dan ikhtibar dari sesi temu bual ni. Saya juga boleh melihat betapa tingginya
pengorbanan seorang pendidik dan juga kaunselor dalam memberikan perkhidmatan, sokongan
dan bantuan yang sebaiknya kepada masyarakat. Suatu masa nanti, seandainya kesedaran
mengenai kesihatan mental dan bidang kaunseling ini diaplikasikan kepada seluruh masyarakat
dinegara ini adalah disebabkan perjuangan dan pengorbanan mereka ini.
Aisya Adi
Psikologi | UKM