Selasa, 29 Disember 2020

LATAR BELAKANG AMAZON (SYARIKAT)



Amazon atau Amazon.com adalah perniagaan dalam talian yang terbesar di dunia. Selama hampir dua dekad Amazon telah menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan hampir ke seluruh dunia. Menurut Margaret Rouse dalam lama web WhatIs.com, pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos menggunakan nama ‘Cadabra’ pada tahun 1994 tetapi menukarkan nama tersebut menjadi Amazon untuk pelancaran laman web pada tahun 1995. Jeff Bezos dikatakan telah merujuk kamus bahasa untuk mencari perkataan yang bermula dengan huruf "A" dan memilih nama Amazon kerana nama tersebut sangat eksotik dan berbeza. Tambahan beliau Amazon itu juga diambil bersemperna dengan nama sungai Amazon iaitu salah satu sungai terbesar di dunia dengan harapan syarikatnya juga boleh berkembang sebesar sungai tersebut.


       Pada awalnya penubuhan Amazon, visi utamanya adalah untuk membina sebuah pusat membeli belah alam maya bagi pencinta buku kerana beliau yakin dengan permintaan yang besar dalam bidang sastera di dunia. Bermula dengan hanya menjalankan perniagaan di garaj rumah sewa beliau di Washington secara kecil-kecilan kini Amazon menjadi hub kedai buku terbesar di dunia apabila menjadi platform utama kepada seluruh masyarakat dunia yang ingin mencari dan memilih buku yang dikehendaki. Pada bulan pertama pelancarannya, Amazon telah menjual buku kepada orang-orang di semua 50 negeri di Amerika Syarikat dan di 45 negara yang berbeza. Syarikatnya semakin berkembang dengan pesat sehingga pada tahun 1999, Amazon melancarkan perkhidmatan lelong dalam talian yang bernama Amazon Auctions dan mula menawarkan permainan dan peralatan elektronik dan kemudian membekalkan produknya ke kedai persendirian dalam laman webnya untuk memudahkan pelanggan membeli barang-barang tersebut. Tidak hanya itu, syarikatnya terus berkembang lagi dengan menjual pula pelbagai jenis barangan lain seperti buku, CD, video, DVD, alat, perabot dan peralatan rumah tangga, pakaian, dan alatan dapur. Pada ketika itu, Amazon menjadi platform untuk peruncit dan individu dengan menawarkan perkhidmatan mereka kepada empat jenis kategori pelanggan iaitu pengguna, penjual, perusahaan dan pereka.
      

       Menurut laman web Podean yang merupakan agensi perundingan dan pemasaran global Amazon sendiri berkata melalui perjanjian pihak ketiga, Amazon telah menjual produk dari pelbagai syarikat terkenal termasuk Toysrus.com, Target Corporation, The Borders Group, Waterstones, Hotwire dan banyak lagi. Oleh itu, Amazon di kiritik kerana memberi fokus kepada bahagian pasaran berbanding keuntungan. Namun, Amazon membuat kejutan dengan memperoleh keuntungan bersih pertamanya pada suku keempat seawal tahun 2001. Laporan tahunan 2013, menyatakan Amazon mula melayani pembeli melalui laman web popular www.amazon.com. Kini pembeli dapat mengakses melalui teknologi mudah alih. Aplikasi Amazon.com juga tersedia untuk pelanggan. Bermula dengan kedai buku dari garaj kini Amazon telah mengembangkan perkhidmatan melebihi buku, Amazon turut mempunyai perkhidmatan penghantaran yang dikenali Super Savers secara percuma Selain itu, terdapat juga beberapa aplikasi lain yang boleh dimuat turun oleh pengguna seperti Amazon AWS, Amazon Mechanical Turk dan turut menawarkan Amazon Kindle untuk pembeli membeli buku mereka dalam bentuk eBook. Pada akhir tahun 2011 juga, Amazon mula menawarkan perkhidmatan penstriman seperti Amazon Music dan Amazon Video.


       Bagi syarikat sebesar Amazon ini, pekerja merupakan tulang belakang kepada perkembangan syarikat ini. Pengambilan pekerja itu dilakukan di ibu pejabat Amazon di Seattle. Setakat tahun 2019, Amazon mempunyai seramai 798,000 pekerja sepenuh masa dan sambilan dengan pendapatan bersih syarikat sekitar 280.5 bilion dolar Amerika Syarikat pada tahun 2019 sahaja (Tugba Sabanoglu, 2020). Seterusnya, menurut The New York Times (2020), Amazon telah menambah 427,300 pekerja yang sebahagian besarnya adalah pekerja gudang antara Januari dan Oktober, ia bertujuan untuk menampung permintaan pembeli daripada 1.2 juta orang di seluruh dunia, jumlah itu dikatakan meningkat lebih daripada 50 peratus dari tahun lalu. Menurut National Retail Federal, Amazon mempunyai kelebihan sebagai sebuah e-dagang terbesar di dunia, di mana penjualan dijangka meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. Hal ini menunjukkan gambaran kekuatan syarikat ini dalam dunia perniagaan atas talian terutamanya dalam situasi pandemik yang memaksa masyarakat dunia untuk menghabiskan kebanyakan masa di dalam rumah bagi melaksanakan perintah kawalan pergerakan. Semasa situasi pandemik Covid-19 ini tidak ada mana-mana agensi atau organisasi yang terkecuali dari menerima kesannya begitu juga dengan Amazon. Pada akhir bulan Mac 2020, Amazon menghadapi kritikan kerana tidak melindungi pekerja dan ianya telah mencetuskan kemarahan pekerja dan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi kepada syarikat gergasi ini. Hal ini telah memberikan tamparan yang besar dalam syarikat ini. :(

-aisya

Isnin, 28 Disember 2020

LHDN TAX RELIEF FOR THE FINANCIAL YEAR 2020

2020 is going to end.
We’re all gonna see how much tax we’re going to owe by the end of 2020.

Fyi, the government begins developing relief plans, because they're some RICH people who will blindly pay their taxes every year with no notion or desire to see where & how that money is being used.

As educated people, we shouldn't pay the taxes blindly. Govt asks private sector to pay more taxes & salary to employees even with no income, but is itself increasing taxes and not giving relief to people. Actually LHDN DOES! but not a lot of tax payers know and grab all the relief LHDN given because there's no officers will tell you this. They only ordered to take your cheque with the amount counted by YOURSELF on the E-Filling.

The better you do, the more taxes you might owe! So please check out some year end tax relief tips from the LHDN to reduce your taxes before 2021 rolls around!

P/s : I miss the time when I was too busy adjusting the tax payable (legally), writing the tax computation and filling the e-filling forms for the clients and for some cases I need to go to the LHDN itself to amend some of the mistakes that I made. 🤣
Again I remember myself of back then
when the submission date is near I can't sleep and sometimes skipped my lunch/ dinner because the account not yet finish and I can't do my tax computation out of it. Also, I was getting worried thinking I put the wrong information and miss the due date as I have a lots of clients to submit and most of them a the employer for more than one company.

It was an eye-opening experience for me!

#aaisyasharing



Selasa, 22 Disember 2020

BAGAIMANA NAK DAFTAR ROB? PERBEZAAN ROB DAN ROC


Hi so mesti ramai yang dah buka business ken? Sini aisya nak share basic company profile yang korang perlu tahu terutamanya kalau melibatkan management luar seperti nak buka kedai ke apa. So aisya share sikit pengetahuan am yang perlu korang tahu bila nak apply nanti dekat SSM so takde lah nampak blur sangat 😜. 

Tapi yang penting korang kena tahu dulu apakah itu ROC dan ROB. 

Apatu??

ROC ialah Registrar of Companies
ROB ialah Registrar of Business

Dan ROC ialah untuk Company SDN BHD
ROB ialah untuk Company Enterprise


ROB adalah singkatan kepada Registrar of Business. Perniagaan sama ada dalam bentuk milikan tunggal atau perkongsian didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 

ROC adalah singkatan Registrar of Companies. Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. 

Diantara perbezaan Perniagaan dan Syarikat adalah:

🏢 liability dimana liability perniagaan tidak terhad. Sebaliknya, liability syarikat adalah terhad kepada jumlah pegangan saham. Bermaksud, pemilik perniagaan akan menanggunag semua kerugian ke atas perniagaan manakala pemegang saham hanya akan menanggung mengikut jumlah pegangan saham sahaja. 

Terdapat 7 lagi perbezaan lain yang jika dibincangkan dalam bentuk tulisan, agak sukar untuk difahami. Anda dinasihatkan untuk hadir bertemu dengan pegawai SSM bagi mendapatkan pejelasan terperinci.


So sesiapa yang nak apply for ROB (mestilah ROB dulu ken) kita start dari bawah lainlah anak YB terus buka company 🙊


Anda boleh mendaftaran perniagaan (ROB) secara ATAS TALIAN JE

SSM ke arah pelaksanaan perkhidmatan secara dalam talian (online) sepenuhnya bagi urusan berikut : 

•Pendaftaran Perniagaan 

•Pembaharuan P. Perniagaan (renew) 

•Pembayaran kompaun lewat renew 

•Penukaran maklumat pendaftaran (kecuali penukaran maklumat pemilik / rakan kongsi) 

Daftarlah sebagai pengguna EzBiz melalui - http://ezbiz.ssm.com.my/

Setelah mendaftar anda perlu membuat pengesahan (verifikasi) di mana-mana kaunter SSM terdekat bagi membolehkan anda berurusan dengan SSM secara online sahaja pada masa hadapan. 


Untuk bantuan dan pertanyaan :
Contact Center : 03-77214000 
Pegawai EzBiz : 03-22994724/4610


Goodluck and selama menjalankan business!! 😘





PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON (LATAR BELAKANG DAN PERINGKAT - PERINGKAT)


BAHAN DI BAWAH IALAH IDEA DAN PENULISAN PENULIS BAGI TUGASAN UNIVERSITI, PEMBACA DILARANG UNTUK MELAKUKAN PLAGARISME ATAU MENIRU BAHAN PENULISAN BAGI TUJUAN YANG SAMA. 






Latar Belakang Erik Erikson 

Teori ini diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994 ) dan dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Ini kerana teori ini menggabungkan faktor kendiri, emosi dan sosial dalam perkembangan individu. Beliau telah membuat penyelidikan mengenai perkembangan kanak-kanak dan jangka masa kehidupannya. Dalam kajiannya, beliau menjelaskan bahawa keperluan asas setiap manusia adalah sama dan tindak balas terhadap keperluan itu yang memberi kesan kepada perkembangan mereka. Teori ini merupakan kesinambungan daripada rangka kerja psikoseksual Sigmund Freud. Erik Erikson percaya bahawa personaliti seseorang terbentuk dalam satu siri peringkat berbanding Sigmund Frued yang menerangkan dalam teorinya mengenai kesan pengalaman yang merentasi keseluruhan hidup seseorang dari lahir hingga kematian. Erikson percaya perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut satu tahap ke tahap yang berikutnya sebanyak 8 peringkat dan setiap tahap mempunyai konflik tertentu.
Erik Homburger Erikson dilahirkan dengan nama Erik Salomonsen. Tokoh psikososial ini dilahirkan di Franfrurt Jerman (15 Jun 1902 – 12 Mei 1994) dan dikenali dengan teorinya iaitu teori perkembangan psikososial manusia. Beliau dilahirkan sebagai seorang yang berketurunann Jerman-Yahudi. Sejak kecil beliau sering diejek kerana menjadi satu satunya kanak-kanak yang berambut perang dan bermata biru di kalangan Yahudi. Di sekolah pula, beliau diberi tekanan dengan ejekan Yahudi. Sepanjang beliau menginjak dewasa, beliau selalu berada dalam kebimbangan dengan identiti dirinya sehingga bertindak untuk menggantikan namanya. Beliau menggunakan nama Erikson sebagai cara menentukan identiti peribadinya.

Berdasarkan pengalaman tersebut, Erik Erikson menjadi kurang berjaya dalam bidang akademik. Namun beliau dikenali sebagai seorang pengembara dan banyak menghabiskan berjalan ke beberapa buah negara dan berjumpa dengan beberapa ilmuan dan pengiat ilmu sehingga terdorong untuk menyambung pengajian di Institusi Psikoanalisis . Sepanjang tempoh itu, Erikson sangat tertarik dengan perkembangan kanak-kanak kesan dari pengaruh masyarakat. Keinginan yang mendalam untuk mengkaji perkembangan kehidupan manusia didorong dengan pengalaman buruk yang dialaminya ketika di alam persekolahan. Beliau memberi sumbangan yang sangat besar dalam dunia psikologi apabila buku pertamanya dilancarkan iaitu Childhood and Society (1950) dan beberapa buah buku lain seperti Young Man Luther (1958), Insight and Responsibility (1964), Identity (1968), Gandhi's Truth(1969) dan Vital Involvement in Old Age (1986).
B) Tahap Perkembangan Psikososial
Erik Erikson menerangkan teorinya melalui 8 (Delapan ) tahap perkembangan yang akan dilalui oleh manusia iaitu :


i. Tahap 1 : Kepercayaan Vs Ketidakpercayaan

Tahap ini merupakan tahap perkembangan yang pertama berlaku dalam perkembangan manusia. Tahap ini berlangsung pada masa oral iaitu pada peringkat lahir hingga berusia 18 bulan. Tahap ini disebut sebagai tahap oral kerana bayi secara fitrahnya akan memasukkan segala sesuatu yang mampu dicapai kedalam mulutnya.
Hal pertama yang akan dipelajari seorang anak atau bayi adalah rasa percaya pada orang sekeliling terutamanya kepada mereka yang selalu berada disekelilingnya. Pada peringkat awal rasa kepercayaan dibina secara berperingkat. Dalam hal ini, seorang ibu atau pengasuh memainkan peranan penting untuk memberikan perhatian positif dan kasih sayang kepada anak maka anak akan berasa selamat dan percaya. Apabila bayi berhasil membina kepercayaan kepada si ibu atau pengasuhnya dan tempoh tersebut dilalui dengan baik, bayi akan membina perasaan percaya kepada sekelilingnya dan melihat bahawa kehidupan pada dasarnya baik.
Namun, sebaliknya apabila wujud ketidakstabilan dan emosi terganggu dalam tempoh ini, bayi akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi seterusnya wujud perasaan takut dan tidak percaya pada sekelilingnya sehingga bayi tersebut akan selalu curiga seterusnya mendorong kepada berlakunya tingkah laku negatif.
Kesimpulannya, seorang bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan ibunya atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Bayi yang tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin yang tidak ditukar menyebabkan sifat ketidakpercayaan kepada orang lain itu timbul dalam diri bayi yang seterusnya memberikan impak ketakutan dan berprasangka negatif kepada bayi.


ii. Tahap 2 : Autonomi Vs Malu/Ragu

Pada tahap ini merupakan peringkat awal kanak-kanak iaitu pada usia 18 bulan sehingga 3 tahun. Tahap ini merupakan tahap anus otot memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kemampuan kanak-kanak untuk melakukan beberapa hal pada tahap ini sudah berkembang. Pada tahap ini kanak-kanak sangat aktif dan dalam waktu ini ibu bapa atau pengasuh dilarang bertindak keras atau mengehadkan keaktifan kanak-kanak tersebut namun tidak pula terlalu memberikan kebebasan melakukan apa sahaja yang diminta. Kanak-kanak mula belajar untuk diri sendiri, mereka bukan sekadar belajar berjalan, bercakap, makan tetapi juga mempelajari latihan yang halus seperti latihan tandas atau ‘ toilet training’. Kanak – kanak akan mula mempelajari harga diri dan kemampuan anggota badan mengendalikan bahagan tubuh. Dari situ, wujudnya pemahamam mengenai salah atau betul.
Seterusnya di peringkat ini juga, keinginan kanak-kanak untuk memiliki kuasa sangat tinggi, Kepercayaan yang diberikan si ibu dan pengasuh memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk belajar bereksplorasi sendiri dengan dibawah bimbingan akan dapat membentuk keperibadian dan kepercayaan dalam diri. Kanak-kanak menginginkan sokongan ibu bapa dalam membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri. Kebebasan dan ruang yang diberikan akan menimbulkan rasa percaya dengan keupayaan diri dan kanak-kanak tersebut akan cuba mengawal penguasaan diri dengan baik.
Selain itu, kegagalan dalam peringkat ini khususnya berkenaan dengan kegagalan dalam proses ‘toilet training’ atau kemahiran lain akan menyebabkan wujudnya perasaan malu dan ragu-ragu dalam diri kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa atau pengasuh yang terlalu mengawal kebebasan anak dan bersikap keras akan menganggu perkembangan kanak-kanak. Mereka akan membesar menjadi seorang yang pemalu dan tidak memiliki rasa percaya diri dan juga kurang berdikari. Hasilnya, kanak-kanak akan menjadi lemah dan tidak bersaing sehingga berasa malu dan ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri, mereka berasa takut untuk melakukan kesalahan dan seterusnya kanak-kanak tersebut hilang rasa kepercayaan dalam diri mereka.
Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti ‘toilet training’, berjalan, bercakap dan lain-lain. Perasaan percaya kepada keupayaan diri timbul apabila kanak-kanak ini berjaya mendapat sokongan sebaliknya jika gagal, mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri.


iii. Tahap 3: Inisiatif Vs Rasa Bersalah (Inisiative Vs Guilt)

Peringkat ini adalah kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun. Peringkat ini juga selari dengan teori psikoseksual Freud iaitu peringkat kubul (phallic). Kawasan pemuasan berpindah kepada alat kelamin lelaki iaitu zakar dan alat kelamin perempuan iaitu faraj. Seterusnya, kepuasan seksual didapati apabula kanak-kanak mula mengenal organ seks mereka dan mula bereksperimentasi (sentuhan). Dalam fasa ini juga, konflik dengan ibu bapa tercetus menurut Freud iaitu Oedipus kompleks dan Elektra komples. Oedipus kompleks ialah kanak -kanak lelaki sukakan ibunya sendiri manakala Elektra kompleks kanak-kanak perempuan sukakan ayahnya sendiri.
Kanak-kanak yang berada di sekolah pada tahap ini mula menunjukkan kekuatan dan kontrolnya tentang dunia melalui permainan dan interaksi sosial bersama kawan-kawannya. Mereka menunjukkan minat kerana dunia sosial lebih luas, maka perilaku mereka lebih aktif dan bertujuan. Anak-anak yang lahir pada tahap ini akan merasa mampu dan yakin untuk memimpin oran lain.
Mereka yang gagal mencapai tahap ini akan merasa bersalah, ragu-ragu dan kurang inisiatif. Perasaan bersalah yang tidak menyenangkan dapat muncul apabila ibu bapa tidak memberi kepercayaan terhadap anak-anak mebuatkan mereka merasa cemas. Erikson yakin bahawa kebanyakan rasa bersalah dapat digantikan dengan cepat oleh rasa inisiatif.


iv. Tahap 4 : Tekun Vs Rasa Bersalah (Industry Vs Inferiority)
Individu yang berada peringkat kelima ini berumur 5-12 tahun. Peringkat ini selari dengan teori psikoseksual Freud iaitu peringkat laten. Tindak balas seks mereka pula tidak aktif pada peringkat ini. Bagi tiga struktur terbesar personaliti iaitu id, ego dan superego telah menjadi solid pada peringkat ini .Individu yang berada di peringkat ini akan mula membina hubungan persahabatan dengan teman sejantina. Mereka turut bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti di sekolah contohnya seperti sukan, pertandingan dan akademik. Mereka menjadi lebih serius untuk menyelesaikan tugasan dengan memberi perhatian, berhati-hati dan gigih.
 Selain itu, tingkah laku dan perangai ibu bapa menjadi galakan untuk kanak-kanak menggunakan kemahiran mereka dalam melakukan kerja. Seterusnya jika anak-anak telah dimarah atau dibiarkan, mereka menjadi takut dan rasa bersalah. Kekuatan asas dalam menjana ketekunan dalam peringkat laten ialah persaingan. Ini melibatkan kemahiran dan kegigihan dalam menyelesaikan tugasan.
Galakan yang dicapai sebelumnya telah memotivasikan mereka untuk terlibat dengan pengalaman-pengalaman baru. Ketika beralih ke masa pertengahan dan akhir kanak-kanak, mereka mengerahkan tenaga mereka untuk menuju ke penguasaan pengetahuan dan keterampilan intelektual. Permasalahan yang timbul pada zaman sekolah ialah timbulnya rasa rendah diri, tidak yakin dan tidak produktif dalam diri kanak-kanak. Erikson yakin bahawa guru memiliki tanggungjawab khusus untuk membentuk ketekunan dalam diri kanak-kanak di sekolah.


v. Tahap 5 : Identiti Vs Kekeliruan Identiti

Golongan yang mengalami krisis ini berumur dua belas hingga lapan belas tahun. Ini adalah tahap dimana identiti ego ditemui dan diselesaikan. Sekiranya krisis pada tahap ini dapat diselesaikan, maka diri individu itu akan mendapat gambaran yang jelas mengenai dirinya. Manakala sekiranya gagal, kekeliruan identiti akan berlaku. Remaja yang melalui krisis ini akan mempunyai pelbagai persoalan yang timbul di fikiran mereka. Mereka yang melalui krisis ini juga akan berasa seperti mereka tidak mengetahui di mana tempat mereka dan siapa yang ingin mereka jadi.
Identity achievement ialah keadaan di mana seseorang itu mencapai identiti mereka. Seseorang yang mencapai identiti mereka akan mengambil kira minat dan bakat mereka dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka. Mereka juga akan membuat keputusan dengan baik dan teliti untuk memastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk diri mereka. Mereka yang telah mencapai identiti mereka adalah mereka yang berjaya menyelesaikan krisis identiti. Sewaktu krisis, mereka membuat keputusan sendiri berdasarkan pendapat mereka tentang apa yang mereka percaya terbaik untuk diri mereka. Golongan yang mencapai identiti mereka juga terdiri daripada golongan yang mendapat sokongan dan dorongan daripada ibu bapa mereka untuk membuat keputusan mereka sendiri.
Seterusnya, foreclosure ialah keadaan di mana seseorang itu tahu apa yang mereka akan buat untuk masa depan mereka berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh orang lain. Mereka ini membuat komitmen tanpa memikirkan terlebih dahulu tentang apa pilihan yang terbaik untuk diri mereka. Mereka juga tidak pernah mempertimbangkan untuk membuat sesuatu yang lain daripada yang telah ditetapkan untuk mereka. Golongan ini gembira dengan apa yang telah ditetapkan namun mereka akan bersikap dogmatik sekiranya pilihan mereka dipersoalkan. Golongan ini masih belum melalui krisis dan masih belum membentuk pendapat mereka sendiri. Sebagai contoh, perkara yang berkaitan agama dan peranan jantina.
Selain itu, moratorium pula ialah apabila seseorang itu mempertimbangkan pelbagai cara yang akan menuju ke arah komitmen. Golongan ini berbeza dengan mereka yang mencapai identiti kerana mereka tidak mampu membuat pilihan. Golongan ini tidak pasti tentang apa yang ingin dan apa yang patut mereka lakukan. Golongan ini akan berasa sukar untuk membuat keputusan. Namun begitu, golongan ini merupakan mereka yang peramah, berkeyakinan tetapi mempunyai perasaan takut terhadap banyak perkara. Pada tahap moratorium juga, remaja mula untuk memberi komitmen kepada sesuatu identiti tetapi identiti tersebut masih lagi diperkembangkan.
Akhir sekali, identity diffusion ialah apabila seseorang itu langsung tiada kesedaran tentang komitmen dan tidak mengambil berat tentang alternatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, golongan ini tidak mempunyai cita – cita tentang apa yang ingin mereka lakukan pada masa hadapan dan tidak berasa bimbang walaupun sedikit. Mereka juga akan sentiasa berasa bahawa mereka pasti boleh membuat pilihan apabila tiba suatu masa yang sesuai. Mereka akan berpuas hati dengan apa sahaja yang mereka boleh capai tanpa perlu berfikir panjang dan tanpa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara terlebih dahulu. Golongan ini kebiasaannya tidak yakin dengan diri sendiri dan sentiasa menolak komitmen. Mereka juga selalunya berasa kesunyian dan tidak gembira.


vi. Tahap 6 : Kemesraan Vs Keterasingan

Peringkat ini berlaku pada waktu dewasa awal iaitu pada umur dua puluh hingga empat puluh tahun. Pada peringkat ini, mereka akan terlibat dengan kemesraan atau isolasi. Erikson percaya bahawa ia amat penting untuk membentuk hubungan yang rapat dengan orang lain. Hal ini kerana perkara tersebut memainkan peranan yang amat penting pada tahap ini. Erikson juga menyatakan bahawa hubungan mesra ini juga boleh dikaitkan dengan keakraban, kejujuran dan cinta.
Mereka yang berjaya melepasi tahap ini akan mampu membina hubungan yang akrab dan bermakna dengan orang di sekeliling mereka. Mereka juga bukan sahaja akan mempunyai hubungan yang mampu bertahan pada masa yang lama malahan hubungan kekeluargaan yang baik. Selain itu, mereka akan mempunyai hasrat dan ingin mencari pasangan hidup. Mereka juga akan dapat bergaul dengan orang yang berlainan jantina dengan mereka dengan mesra. Mereka turut menjadi seorang yang amat aktif dalam masyarakat.
Manakala sekiranya mereka gagal, mereka akan lebih memilih untuk menyendiri daripada bergaul dengan masyarakat. Mereka juga kurang berinteraksi dengan masyarakat selain daripada ahli keluarga mereka. Orang dewasa yang gagal pada tahap ini akan mengalami hubungan romantik yang tidak begitu baik. Mereka juga berkemungkinan untuk tidak membentuk apa - apa hubungan. Hal ini adalah sukar terutamanya apabila mereka melihat rakan – rakan mereka jatuh cinta, membina keluarga dan sebagainya. Mereka ini juga akan merasa kesunyian dan dan terpinggir. Sesetengah daripada mereka juga akan merasa kesunyian apabila mereka cuba untuk membina hubungan persahabatan yang rapat dengan seseorang.


vii. Tahap 7 : Generativiti Vs Stagnasi

Ini adalah tahap kedua dalam perkembangan kedewasaan dan berlaku pada sekitar usia 30 sampai 60 tahun. Generativitasi adalah perluasan cinta ke masa depan. Sifat ini adalah tindakan peka terhadap generasi yang akan datang. Generativitasi dapat dicerminkan sebagai sikap mempedulikan orang lain. Individu yang tidak berjaya melalui generativitasi ini akan mengalami stagnasi dan tidak peduli kepada sesiapa. Jika individu tersebut sudah berjaya didalam kehidupannya dan telah mengembang dan mengekalkan identiti positif serta menjalani hidup yang bahagia, beliau akan berusaha untuk mengembangkan situasi itu kepada generasi yang seterusnya pada masa hadapan.
             Harapan yang ingin dicapai oleh setiap individu pada masa ini ialah lahirnya keseimbangan antara generativitasi dan stagnasi dalam mendapatkan nilai positif untuk meneruskan kelangsungan hidup diri dan generasi seterusnya. Ritualisasi dalam tahap ini meliputi generasional dan otoritisme. Generasional ialah suatu interaksi/hubungan yang terjalin secara baik dan menyenangkan antara orang-orang yang berada pada usia dewasa. Ritual ini bercirikan dimana orang dewasa akan memupuk dan cenderung untuk mewariskan nilai- nilai budaya kepada generasi yang seterusnya. Manakala otoritisme pula adalah apabila orang dewasa merasakan bahawa mereka memiliki kemampuan yang lebih berdasarkan pengalaman yang telah mereka alami serta tegas dalam memberikan segala peraturan yang ada untuk dilaksanakan sehingga hubungan diantara mereka dan generasi seterusnya akan menjadi keruh dan kurang menyenangkan.


viii. Tahap 8 : Integriti Vs Keputus Asaan

Tahap terakhir dalam teori Erik Erikson ini disebut tahap usia senja yang berlaku pada sekitar usia 60 atau 65 ke atas. Dalam teori Erikson, orang yang sampai pada tahap ini sudah sudah berjaya melalui tujuh tahap-tahap sebelumnya. Tugas pada usia ini adalah integritasi dan berupaya menghilangkan rasa putus asa dan kekecewaan. Pada masa ini, seseorang individu akan melihat kembali (flash back) kehidupan yang telah mereka jalani dan berusaha untuk menyelasaikan segala permasalahan yang berlaku pada sebelum ini. Tahap ini merupakan tahap yang agak sukar kerana sesetengah individu merasakan bahawa diri merasa terasing. Mereka beranggapan bahawa orang pada usia senja tidak dapat berbuat apa-apa lagi atau tidak berguna.
Menurut Erikson, individu yang berpuas hati dengan pencapaian sebelumnya akan berasa tenang dan bagia. Individu ini juga dikatakan mempunyai perasaan yang utuh manakala individu yang tidak berjaya dan kecewa dengan pencapaian sebelumnya akan mengalami rasa keputusasaan. Inidividu yang berputus asa ini merasakan ketidaksenangan didalam hati mereka kerana mereka beranggapan bahawa mereka belum meraih tujuan utama di dalam kehidupannya.


Kesimpulan
Teori perkembangan yang dikeluarkan oleh Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh yang besar dalam dunia psikologi berbanding teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud. Hal ini dikatakan demikian kerana, Erik Erikson menjelaskan dengan terperinci tahap perkembangan manusia dari lahir sehingga kematian dengan menerangkan aspek kehidupan sosial dan fungsinya yang dianggap lebih bersifat realiti. Beliau menegaskan tahap-tahap perkembangan seseorang dari lahir dipengaruhi oleh pengaruh sosial yang berlaku disekelilingnya. Oleh itu, masyarakat perlu peka dengan terhadap layanan mereka kepada kanak-kanak dengan menerapkan unsur-unsur kebaikan dan positif kepada mereka sejak kecil.
- aaisyaadi (semester 1, UKM Psychology) 

Counsellor and Counselling Psychologist; THEY ARE NOT THE SAME.












Too many mental health professionals get confused with their own titles. If we hope for the public to know and accept what we do, WE MUST FIRST ACCEPT WHO WE ARE AND WHAT WE DO IN THIS FIELD. Every one of us here plays a role. We do not and cannot cater to all types of clientele. That's the reason why we have different training pathways. 

Counsellor mainly addresses clients' emotional and relationship issues through talk therapy and skills development. This is highly emphasized in their trainings. 

Counseling psychologist primarily treats clients with mental health conditions, from mild to moderate severity. They may also be involved in research and teaching. We need to know what our limit is. 

Just because we deal with similar clientele, it doesn't give us any right to do what is beyond our capacity. It would be similar if I as a clinical psychologist starts to prescribe medication because I had a module during my training, thus taking over the role of psychiatrist. So I urge all of those who are unsure of their titles, please do relevant research and OWN WHAT YOU ATTAIN.



Just my 2cent
-aaisyaadi 

Teori Keterikatan (Attachment), Mary Ainsworth.

 

Teori Keterikatan (Attachment), Mary Ainsworth.

 



Teori keterikatan difokuskan pada hubungan dan ikatan antara seseorang terutamanya melibatkan hubungan jangka masa panjang, termasuklah hubungan antara ibu bapa dan anak. Pada tahun 1970, ahli psikologi Mary Ainsworth telah menjalankan sebuah penyelidikan keatas kanak-kanak, dimana kanak-kanak itu ditinggalkan sebentar dan kemudian bertemu semula dengan ibu mereka. Teori ini membuktikan bahawa kanak-kanak tidak boleh wujud bersendirian. Mereka memerlukan manusia untuk mengajar dan membimbing mereka kerana dengan cara inilah mereka dapat mempelajari, mengetahui, mengenali, dan memahami alam semesta ini. Dalam perkembangan sosial, faktor-faktor seperti perkembangan moral dan personaliti, keterikatan adalah sangat penting. Keterikatan boleh didefinisikan sebagai kemahuan kanak-kanak mendekati individu yang signifikan seperti ibu bapa dan penjaga sewaktu dia memerlukan makanan atau keselesaan. Keterikatan juga membawa erti bahawa kanak-kanak mengharapkan supaya dijaga dan disayangi oleh sesetengah individu. Proses keterikatan ini berlaku apabila ibu bapa dan anak berinteraksi dan akan berlaku untuk jangka waktu yang panjang.

Mary Ainsworth merancang teknik penilaian yang disebut ‘Situasi Aneh’ atau Strange Situation Classification (SSC) untuk menyiasat bagaimana hubungan keterikatan mungkin berbeza antara kanak-kanak. Ainsworth membuat prosedur eksperimen untuk memerhatikan pelbagai bentuk keterikatan yang ditunjukkan antara ibu dan kanak-kanak. Eksperimen ini dibuat di sebuah bilik kecil dengan kaca satu arah supaya tingkah laku kanak-kanak dapat diamati secara tersembunyi. Kanak-kanak berusia antara 12 dan 18 bulan. Prosedur tersebut, yang dikenali sebagai ' Situasi Aneh‘ ia dilakukan dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dalam siri lapan episod yang berlangsung sekitar 3 minit setiap satu dimulai dengan menempatkan  Ibu dan kanak-kanak sahaja, orang asing masuk menyertai ibu dan kanak-kanak, ibu meninggalkan kanak-kanak bersama orang asing, ibu kembali dan orang asing pergi, ibu pergi dan kanak-kanak dibiarkan berseorangan, orang asing kembali menyertai kanak-kanak berdua dan akhir sekali ibu kembali dan orang asing pergi. Hasil daripada kajian itu, Ainsworth (1970) mengenal pasti tiga gaya keterikatan utama, iaitu avoidant/ menghindar (jenis A), selamat (jenis B) dan ambivalen / tidak selamat (jenis C). Dalam penyelidikan ini tingkah laku yang diperhatikan keatas kanak-kanak adalah gaya keterikatan dan hubungan interaksi awal kanak-kanak dengan ibu.


Keterikatan jenis A iaitu meghindar atau avoidant terjadi apabila kanak-kanak menolak kehadiran ibu, dia menunjukkan ketidakselesaan ke atas ibunya. Kanak-kanak ini memiliki ego yang tinggi dan kurang mampu menekspresikan emosi negatif. Kanak-kanak ini juga dilihat tidak mempedulikan dan kurang tertarik dengan kehadiran ibunya.  Gaya keterikatan ini mungkin disebabkan oleh penjaga yang kasar atau lalai. Kanak-kanak yang dihukum kerana bergantung pada penjaga akan belajar untuk tidak meminta pertolongan pada masa akan datang. Seterusnya keterikatan jenis B iaitu selamat terjadi apabila ibu dijadikan sebagai aspek penting untuk meneroka perkembangan diri. Kanak-kanak jens ini merangkumi sebahagian besar sampel kajian. Mereka ini akan mendampingi ibunya sebelum melakukan aktiviti sendiri dan kembali apabila mengetahui kewujudan orang asing. Mereka ini akan berasa terganggu ketika ibunya pergi meninggalkan mereka dan kembali bahagia ketika ibu mereka kembali. Walaupun anak itu mungkin kecewa, mereka merasa yakin bahawa pengasuh akan kembali. Ketika berasa takut, kanak-kanak yang mempunyai keterikatan dengan selamat merasa selesa untuk mendapatkan jaminan daripada penjaga. Bagi keterikatan jenis C iaitu tidak selamat atau ambivalent terjadi apabila kanak-kanak ini menunjukkan keengganan untuk mengeksplorasi. Mereka ini dilihat selalu melekat dengan ibu mereka dan bersembunyi apabila melihat orang asing. Mereka akan sedih dan menangis ketika ditinggalkan oleh ibunya dan sukar untuk menenangkannya walaupun setelah ibunya kembali. Keterikatan ini terbentuk apabila mempunyai ibu bapa yang tidak mengalakkan autonomi kanak-kanak dan tidak bersedia dengan keperluan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak ini akan mempunyai ekspresi emosi negatif yang berlebihan. Mereka in menjadi sangat tertekan ketika ibu bapa pergi. Akibatnya, kanak-kanak ini tidak mampu berdaya saing dan berasa takut untuk ditinggalkan. 

Kesimpulannya, ibu merupakan agen penting terhadap keperluan kanak-kanak, ia bertindak balas terhadap mood dan emosi mereka. Ibu yang sensitif dan responsif cenderung mempunyai anak yang mempunyai keterikatan yang selamat, sebaliknya ibu yang tidak peka degan keperluan anak cenderung mempunyai anak yang mempunyai keterikatan tidak selamat. Bagi kanak-kanak kebergantungan terhadap orang yang rapat dengannya amat tinggi. Kanak-kanak kurang keyakinan diri. Kurang berdikari dan mengharapkan pertolongan orang lain. kanak-kanak secara dasarnya, sukar untuk memulakan hubungan sosial dan persahabatan, tidak mudah percaya kepada orang lain yang tidak dikenali dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara baru sama ada negatif atau positif. Lebih memahami perasaan orang yang dekat dalam hidupnya. Perkembangan sosio-emosi pada kanak-kanak adalah penting untuk diteliti kerana segala perbuatan yang dilakukan semasa kanak-kanak akan membentuk perilaku tertentu dengan. kesan psikologi tertentu. Jadi, pengasuhan yang baik oleh orang yang paling rapat dengan kanak-kanak akan melahirkan emosi yang baik dan mengembangkan rasa percaya kanak-kanak yangg akan membentuk peribadi akan datang.

 

BAHAGIAN B

Fokus utama dalam psikologi kanak-kanak dan remaja ialah mengkaji perkembangan fizikal, kognisi, personaliti dan sosial kanak-kanak dan remaja.Perkembangan ini adalah berbeza di antara satu sama lain dan sukar ia sukar hendak dipastikan kerana tiap-tiap manusia berkembang dengan cara  dan dalam keadaan yang amat unik. Dalam refleksi ini saya memilih konsep teori keterikatan Mary Ainsworth untuk dijelaskan dengan lebih mendalam. Ainsworth mengenal pasti tiga gaya keterikatan utama iaitu jenis tidak selamat (ambivalent), selamat dan penghindar (avoidant). Memahami tentang psikologi ke atas kanak-kanak adalah sangat penting dalam memahami manusia kerana pembentukan tingkah laku manusia adalah permula daripada kanak-kanak. Manusia dilahirkan dalam keadaan lemah yang memerlukan pertolongan untuk hidup. Walau dalam keadaan demikian, ia telah memiliki kemampuan bawaan yang bersifat 'laten' yang memerlukan pengembangan melalui bimbingan dan pemeliharaan yang mantap, lebih-lebih lagi pada usia kanak-kanak.

Teori keterikatan Mary Ainsworth ini mmebuktikan bahawa corak yang dibentuk semasa kanak-kanak mempunyai kesan penting pada hubungan masa akan datang. Gaya keterikatan penghindar atau avoidant. Gaya ini dikaitkan juga dengan imej negatif yang diperolehi daripada sekeliling ini menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa dengan perhubungan tersebut. Mengikut pemahaman saya, seseorang yang mengalami gaya ini akan melindungi mereka daripada kekecewaan dengan tidak menunjukkan kasih sayang terhadap orang lain. saya tertarik untuk mengaitkan gaya terikatan ini dengan kenalan saya sewaktu disekolah menegah, yang merupakan seorang yang sangat berdikari dan sering menggelak untuk menjalankan hubungan dengan sesiapa sahaja.  Dia sering dilihat bersendirian. Saya sebagai seorang pengawas pada ketika itu terpanggil untuk menegur dia, namun saya dapat emosi pada wajahnya yang penuh dengan ketidakselesaan ketika saya bercakap dengannya. Menariknya, walaupun dengan keadaan dia yang sebegitu dia masih mampu meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Perkara ini telah disahkan oleh rakan saya yang merupakan jiran kepada dia. Rakan saya menceritakan ketegasan didikan oleh kedua-dua ibu bapa jirannya itu dan jarang meminta perhubungan atau keselesaan daripada ibubapa. Ini menyebabkan dia juga terdorong untuk tidak mahu dan tidak berkongsi fikiran dan perasaan dengan orang lain. Namun mereka ini juga ingin menunjukkan bahawa tanpa orang lain, mereka masih boleh berjaya.

Seterusnya, bagi gaya keterikatan tidak selamat atau ambivalent ditunjukkan apabila mereka ini cenderung berasa curiga terhadap orang asing. Saya pernah menemui seseorang yang mempunyai ketakutan yang berlebihan ini iaitu ketika saya belajar di kolej matrikulasi, kenalan saya ini merupakan seorang yang sangat introvert dan sangat bergantung dengan rakannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia sering berasa rendah diri dan kurang positif kepada diri sendiri. Hal ini dapat dijelaskan apabila ibubapanya sangat kerap datang untuk melawat dia, lebih parah lagi apabila setiap minggu itu juga ibubapanya akan menghantar baju yang siap diseterika dan mengambil baju yang kotor. Saya berasa agak risau dengan masa depan dia kerana gaya ini cenderung untuk dia merasakan kekecewaan yang sangat besar apabila hubungan dia dengan ibubapanya berakhir disebabkan faktor seperti kematian. Secara pemerhatiannya, saya dapat gambarkan bahawa gaya ini sebagai seorang yang suka bergantung dan mempunyai gaya ikatan yang tidak jelas sering kali enggan menjadi dekat dengan orang lain dan mempunyai kebimbang pasangan mereka tidak membalas perasaan mereka.

Bagi gaya keterikatan selamat pula ditunjukkan apabila wujud campuran tenaga positif yang diterima daripada sekelilignya seperti ibu dan bapa. Hampir separuh daripada populasi mempunyai gaya ikatan yang sihat dan selamat. Ini bermakna mereka selesa dengan keakraban, dan cenderung lebih puas dalam hubungan mereka. Hal ini dapat ditunjukkan oleh anak-anak buah saya yang sewaktu kecil tinggal di rumah ibu saya apabila ibubapa mereka pergi ke kerja. Gaya ini dapat dibina hubungan yang sihat dengan ibu bapa, di mana mereka dibenarkan keluar dan menjelajah dunia sebagai kanak-kanak dan bertindak lebih cepat dengan keperluan kanak-kanak. Buktinya, anak-anak buah saya kini mampu untuk menjalankan hubungan yang baik dengan orang lain dan mempunyai sokongan sosial yang baik. Dia juga dilihat tenang untuk memasuki alam persekolahan tanpa bertindak agresif dan cemas. Hasilnya kini, anak-anak buah saya juga sangat terbuka untuk berkongsi dengan saya dan saudara-saudara yang lain mengenai perasaan mereka. Saya berharap bahawa pengalaman ini membantu anak-anak buah untuk menghadapi kehilangan suatu masa nanti dengan tenang dan meneruskan perjuangan dalam kehidupa


Menariknya, teori keterikatan Mary Ainsworth ini merupakan hasil kerja gabungan dengan John Bowlby. Melalui kajian John, dia telah berjaya merevolusikan pemikiran kanak-kanak terhadap didikan ibubapa kepada pembendukan sahsiah diri kanak-kanak. Beliau menekankan juga perlunya keterikatan seorang ibu terhadap kanak-kanak dan apabila wujud gangguan dalam hubungan itu seperti perceraian, penafian dan kemurungan maka pengalaman itu akan memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Maka Mary Ainsworth cuba mengkaji idea John Bowlby ini dan mengenbangkan teori seperti yang telah saya jelaskan diatas. Secara kesimpulannya, John Bowlby percaya bahawa ikatan terawal yang dibentuk oleh kanak-kanak dengan pengasuh mereka mempunyai kesan luar biasa yang berterusan sepanjang hayat. Kemudian, penyelidik Main dan Solomon (1986) menambahkan gaya hubungan keterikatan keempat yang disebut hubungan tidak teratur-tidak selamat. Jadi hasil daripada itu wujud satu lagi jenis gaya keterikatan iaitu gaya keterikatan tidak teratur iaitu terjadi apabila kekurangan tingkah laku ikatan yang jelas. Tindakan dan tindak balas kanak-kanak gaya ini terhadap pengasuh sering kali merupakan gabungan tingkah laku, termasuk penghindaran atau penolakan. Kanak-kanak ini digambarkan memperlihatkan tingkah laku bingung dan khuatir di hadapan pengasuh. Hal ini adalah disebabkan oleh tingkah laku ibu bapa yang tidak konsisten mungkin menjadi faktor penyumbang dalam gaya kasih sayang. Dalam kes sedemikian, ibu bapa boleh menjadi sumber keselesaan dan ketakutan, yang membawa kepada tingkah laku yang tidak teratur dan mereka mungkin mengelakkan atau menentang ibu bapa. Ini boleh dikaitkan dengan gangguan personaliti atau dikenali dengan bipolar disorders.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman itu, saya berasa sangat bersetuju bahawa teori keterikatan ini sangat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membuat persiapan sebelum menjadi ibu bapa seperti hubungan sosial, masa, kewangan. Kerjasama antara kedua ibubapa juga memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Seperti yang kita sedia maklum institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membina kesejahteraan sosioemosi kanak-kanak dengan menggunakan kaedah sosialisasi timbal balik iaitu bersifat dua arah, kanak-kanak bersosialkan ibu bapa  sama seperti ibu bapa bersosialkan kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu menyesuaikan bentuk bimbingan dengan prestasi kanak-kanak termasuklah menggunakan kaedah pembetulan dan melindungi kanak-kanak dari persekitaran yang berbahaya. Tingkah laku ibu bapa yang positif menyokong perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutamanya apabila kemahiran kanak-kanak meningkat.

Text Box: 6Secara keseluruhannya, saya menyokong teori keterikatan Ainsworth kerana mengikut pengalaman saya, jelas gaya hubungan ibu dan kanak-kanak memberi kesan terhadap tingkah laku di kemudian hari. Penyelidikan Mary Ainsworth mengenai keterikatan ini amat memainkan peranan penting dalam pemahaman kita mengenai perkembangan kanak-kanak. Keterikatan adalah satu bentuk hubungan emosi antara satu individu dengan individu lain. Tidak ada keraguan lagi bahawa hubungan awal kita dengan pengasuh berperanan dalam perkembangan. Dengan lebih memahami peranan hubungan, kita dapat memperoleh penghargaan yang lebih besar tentang bagaimana hubungan terawal dalam hidup dapat mempengaruhi hubungan orang dewasa. Tanpa hubungan yang sihat ini, kita akan lebih cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan dan kegelisahan.

HOW DO YOU MAKE A GREAT FIRST IMPRESSION DURING AN INTERVIEW?

 

TOPIC: HOW DO YOU MAKE A GREAT FIRST IMPRESSION DURING AN INTERVIEW?

 





Have you ever seen a person’s face changed when they met you? This is probably because his/her first impression of you were not like what they expected. Therefore, to avoid this circumstances, it is important to know how to make a good first impression. In this essay, I will deliberate on the important steps on how to create a great first impression during job interview.

 

Firstly, we should wear appropriate and formal attire. Wearing suitable attire is important because it will reflect on our personality. For instance, if we dressed formally we will be perceived as taking the interview seriously compared to if we just dressed casually.

The second step, is we should use formal language during the interview. This is important because by using formal language we are showing our respect for the panel of interviewers as well displaying our professionalism. For example, we should use the correct forms of greetings when addressing the member of the panel.

Finally, it is important to be punctual when attending the interview. Punctuality reflects our seriousness when applying for the job and it also portrays our good work ethics. For example, we should strive to leave early from home so that we can avoid the early morning rush hour that may delay our journey for the interview.

In conclusion, there are several ways on how to achieve a good or great first impression. We should ensure that the clothes that we wear are suitable and proper for the occasion which is an interview. We should also communicate with the interviewers using proper formal language. On top of that, we should attempt to arrive on time for the interview. Hopefully, by following these steps, we can secure our dream job.

 

Share with me your tipss!! GOODLUK PEEPS!!!

Kesan Pandemik COVID-19 Kepada Perkembangan Emosi, Kognitif dan Psikososial Kanak-Kanak dan Remaja

 


BAHAN DI BAWAH IALAH IDEA DAN PENULISAN PENULIS BAGI TUGASAN UNIVERSITI, PEMBACA DILARANG UNTUK MELAKUKAN PLAGARISME ATAU MENIRU BAHAN PENULISAN BAGI TUJUAN YANG SAMA. 

 

TAJUK :

 Kesan Pandemik COVID-19 Kepada Perkembangan Emosi, Kognitif dan Psikososial Kanak-Kanak dan Remaja

 




 

 

Kini, negara kita telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Pelaksanaan PKPP ini sedikit sebanyak dilihat memberi suatu kelegaan kepada kita semua kerana kita dapat menjalankan rutin kebiasaaan kita sebelum pelaksanaan PKP tetapi langkah pencegahan dan SOP COVID-19 harus kita patuhi. Sepanjang tempoh PKP yang bermula pada 17 Mac 2020, majoriti rakyat Malaysia terkesan dengan kehidupan norma baharu. Kanak-kanak dan remaja juga tidak dapat lari dari mendapat kesannya secara langsung sama ada kesan dari segi emosi, kognitif dan psikososial mereka.

Dengan memilih kanak-kanak atau remaja, bincangkan bagaimana pandemik COVID-19 memberi kesan kepada perkembangan emosi, kognitif dan psikososial mereka.  Dalam penulisan anda, anda perlu merujuk kepada dua atau tiga rujukan dari artikel jurnal yang baharu berkenaan COVID-19 yang diterbitkan pada tahun 2020.

 

 

 

 

 

 

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) bermula pada 16 Mac 2020 yang lalu dan diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Susulan daripada itu masyarakat di negara ini menunjukkan pelbagai reaksi apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi semula. Tidak dinafikan serangan pandemik ini memberi kesan besar terhadap pelbagai sektor di negara kita dan majoriti rakyat Malaysia sangat terkesan dengan kehidupan norma baharu ini. Di sebalik semua kekacauan ini, terdapat satu institusi yang sangat terkesan terutamanya dari segi mental, iaitu institusi kekeluargaan. Oleh itu, kanak-kanak dan remaja juga tidak dapat lari dari mendapat kesannya sama ada kesan dari segi emosi, kognitif dan psikososial mereka. Mereka merupakan mangsa yang terpinggir dalam pandemik ini, terkongkong dan sepi meraih perhatian dan bantuan yang jelas.

 

Pandemik ini membuktikan betapa pentingnya penjagaan kesihatan fizikal kita, namun ianya turut menyedarkan kita bahawa kesihatan mental juga perlu diberi keutamaan. Khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang masih bertatih dalam kehidupan mereka. Secara teorinya, kanak-kanak dan remaja memerlukan persekitaran yang kondusif dan kebebasan untuk mengeksplotasi dan meneroka kemahiran diri, namun pandemik Covid-19 yang melanda ini telah merencatkan aktiviti itu sekaligus menganggu perkembangan emosi, kognitif dan psikososial mereka. Lebih parah lagi apabila bukti baru-baru ini menunjukkan bahawa pandemik berupaya meningkatkan prevalensi gejala gangguan tekanan pasca-trauma, serta kekeliruan, perasaan kesepian, kebosanan dan kemarahan semasa dan selepas kuarantin (Brooks et al., 2020). Jadi dalam refleksi ini saya memilih golongan remaja dan bagaimana pandemik covid-19 ini memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi, kognitif dan psikososial mereka. 

 

Dalam konteks psikologi, sememangnya emosi memainkan peranan yang besar dalam membina kesejahteraan yang baik kepada remaja. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Daniel Vigo dan rakan-rakan penyelidikan lain yang bertajuk kesihatan mental masyarakat semasa pandemik Covid-19 (2020), beliau berkata tempoh kawalan pergerakkan ini mempunyai pengaruh yang besar kepada kesejahteraan emosi, perasaan diri dan tujuan dalam hidup. Hal ini kerana, covid 19 ini bukan sahaja mampu membawa kepada mimpi buruk kepada remaja tetapi juga menganggu persepsi mereka. Kajian ini dikukuhkan dengan laporan akhbar atas talian Metro yang bertajuk ‘PKP: Ambil kira kesihatan orang muda’. Menurut akhbar itu, penelitian kesan psikologi semasa dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini perlu diambil kira. Hal ini kerana, golongan remaja ini yang rata-ratanya daripada kalangan pelajar mungkin kehilangan sokongan kesihatan mental seperti, sistem sokongan rakan sebaya atau perkhidmatan terapi kaunseling secara bersemuka. Bagi sesetengah remaja sekolah dan kawan-kawan merupakan tempat untuk mengekspresikan lebih perkembangan emosi mereka. Perkembangan emosi ini wujud daripada pelbagai sumber tetapi untuk menhasilkan emosi positif, remaja perlu dikelilingi dengan persekitaran dan interaksi yang baik, ini yang menjadi masalah kepada perkembangan emosi remaja kerana sewaktu tempoh kawalan ini pergerakkan remaja bukan sahaja disekat tetapi remaja juga tidak boleh untuk mengekspresikan emosi dengan bebas. Perkembangan emosi positif ini merupakan aspek yang sangat penting kepada remaja, ini kerana pada waktu ini mereka lebih cenderung untuk menonjolkan kebolehan dan kekuatan diri. Kegagalan perkembangan emosi yang sihat ini menyebabkan remaja akan berasa tidak bersemangat. Lebih menyedihkan remaja yang datang daripada golongan yang kurang bernasib baik seperti kemiskinan dan masalah keluarga akan berasa lebih tertekan kerana kehidupan yang dialami mereka pada waktu itu sehingga menyebabkan mereka ini juga berisiko untuk mendapatkan kesihatan mental lain seperti tekanan, stress dan kemurungan. Dalam kajian Daniel Vigo ini turut menegaskan agar kesihatan mental harus menjadi komponen penting dalam liputan kesihatan sejagat, yang akan meningkatkan keupayaan sistem untuk bertindak balas secara tiba-tiba terhadap ancaman seperti COVID-19.

 

Seterusnya, turut menerima kesan hebat juga adalah dari aspek kognitif, terutamanya dari segi pembelajaran remaja. Walaupun pendidikan di atas talian telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan harapan agar remaja tidak ketinggalan. Ini tidak cukup untuk menyaingi keaktifan kognitif yang dialami mereka ketika pembelajaran bersemuka. Ini kerana, proses kognitif ini sendiri memerlukan tindakan mental atau proses memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui pemikiran, pengalaman, dan pancaindera yang seperti kita ketahui PKP membataskan aktiviti ini. Dalam hal ini keluarga adalah pusat pendidikan dan dipersetujui secara meluas untuk memberikan didikan utama dalam pembelajaran remaja seperti yang dijelaskan oleh Bjorklund dan Salvanes (2011). Namun, tidak semua remaja mempunyai ruang pendidikan yang kondusif. Wujud perbezaan antara keluarga-keluarga dalam membantu remaja untuk meneruskan pembelajaran mereka. Perbezaan utama termasuklah jumlah masa yang ada untuk pengajaran, kemahiran bukan kognitif ibu bapa, persekitaran yang kondusif seperti peralatan, buku rujukan, akses internet dan talan yang baik. Ibu bapa juga terhalang untuk membantu anak-anak disebabkan mereka sendiri tidak memahami dan mempelajarinya. (Oreopoulos et al. 2006). Tambahan pula menurut Simon Burgess dan Hans Henrik Sievertsen (2020) dalam artikelnya yang bertajuk School, skills, and learning: The effect of COVID-19 on education menjelaskan bahawa institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah yang terbaik dalam meningkatkan kemahiran sosial dan kesedaran sosial. Walaupun dalam masa waktu persekolahan yang singkat ia masih juga membawa kepada pertumbuhan kemahiran ini kerana persekitaran tempat belajar yang memenuhi tiga kriteria proses perkembangan kognitif yang baik iaitu pemikiran, pengalaman, dan pancaindera tetapi tidak apabila pandemik ini terjadi. Keupayaan kognitif remaja tersekat dengan pelbagai aspek yang menghalang dan masalah-masalah yang timbul dari segi emosi dan fizikal remaja itu.  Akibatnya, keadan ini akan menyebabkan peningkatan ketaksamaan dalam kefungsian remaja sekaligus menganggu perkembangan kognitif remaja. Ini jelas membuktikan bahawa pandemik ini menurunkan fungsi kognitif dan aktiviti harian remaja menerusi kekangan yang wujud ketika ingin melaksanakan pembelajaran mereka.

 

Selari dengan perintah kawalan pergerakan ini, pihak kerajaan turut memerintahkan pasukan untuk memantau penjarakan sosial dalam kalangan masyarakat. Penjarakan sosial ini telah menjadi satu norma baru namun pendekatan ini sedikit sebanyak mengurangkan kefungsian psikososial antara masyarakat. Dalam konteks remaja, sememangnya pandemik ini memberi impak yang besar dalam pengamalan psikososial mereka. Menurut Mahaveer Golechha dalam kajiannya yang bertajuk ‘COVID-19, India, lockdown and psychosocial challenges: What next?’, menjelaskan bahawa PKP yang berterusan ini boleh menyebabkan kesukaran psikososial bagi penduduk akibat dari tekanan, kegelisahan, kekecewaan, kebosanan dan kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri. Tekanan dalam tempoh kritikal ini merangkumi ketakutan terhadap jangkitan, ketakutan terhadap kematian, ketidakpastian, kehilangan hubungan sosial, kurungan, maklumat yang tidak mencukupi, nasihat yang bertentangan, kehilangan aktiviti luar, terputus dari alam, kesepian, kemurungan, tidak berdaya, kemarahan, harga diri yang rendah , kerugian kewangan dan halangan untuk bekalan makanan dan air (Brooks et al., 2020; Jiménez-Pavón et al., 2020; Xiang et al., 2020). Tinjauan di China semasa wabak awal COVID-19 mendapati bahawa 54% responden menilai kesan psikologi wabak itu sederhana atau teruk, 17% melaporkan gejala kemurungan sederhana hingga teruk, 29% melaporkan gejala kecemasan sederhana hingga teruk, dan 8 % melaporkan tahap tekanan sederhana hingga teruk (Wang C et al., 2020). Ini membuktikan dengan serius bahawa psikososial remaja sangat terkesan dengan pandemik ini. Secara dasarnya, remaja sememangnya menjadi agen utama dalam meghidupkan suasana sosial, ini kerana jiwa remaja yang menginginkan jalinan afiliasi yang kuat dan amat mempengaruhinya, membina dan menjaga hubungan adalah salah satu ciri utama remaja. Kegagalan dalam membina interaksi sosial ini menyebabkan kefungsian psikososial remaja menjadi terganggu. Kekurangan keadaan bersemuka, perhubungan dengan orang lain dan tingkah laku yang positif yang dilakukan diluar rumah menjadikan keupayaan psikososial seseorang itu semakin rendah. Realitinya, sama ada suka atau tidak remaja perlu membina ciri psikososial yang baik seperti berkomunikasi secara atas talian, berinteraksi dengan kerap bersama keluarga dan mengkuti isu semasa menggunakan rangkaian sosial melalui saluran media sosial yang ada ntuk mengurangkan kesunyian dan pengasingan psikososial. Remaja tidak seharusnya menjadikan pandemik sebagai batasan untuk mereka mencapai kesejahteraan psikososial ketika pandemik. Dalam hal ini, sokongan psikososial juga perlu diberikan untuk membantu remaja menangani kegusaran dan tekanan mereka menghadapi pandemik ini dan membantu remaja untuk membina semula struktur sosial yang baik.

 

Kesimpulannya, pelaksanaan PKP yang agak mengejut ini memberikan kekecewaan dan gangguan kepada remaja untuk menerimanya. Hal ini dikatakan demikian, kebanyakkan remaja di Malaysia pada ketika itu sedang menjalani aktiviti harian mereka sebagai pelajar, pekerja dan pelbagai lagi, pelaksanaan PKP ini secara tidak langsung telah mencatas segala aktiviti harian dan sukar untuk diterima apabila kebebasan mereka itu ditarik secara tiba-tiba pada waktu mereka sedang seronok menjalankan kehidupan normal. Jujur, kesan dari pandemik ini remaja sedang mengalami emosi yang rumit, tidak mudah untuk mereka menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian, mengasingkan diri dari rakan mereka dan membatalkan pelbagai idea-idea yang menyeronokkan. Oleh itu jelas daripada situasi itu bahawa pandemik covid-19 ini memberi impak yang sangat besar kepada perkembangan emosi, kognitif dan psikososial mereka.  Dalam hal ini, Ibubapa juga memainkan peranan penting dalam  memberikan dorongan kepada remaja untuk membangunkan sepenuhnya potensi diri daripada perspektif mental, fizikal, sosial dan kerohanian.

 

 

 

 

 

 

 

 

Isnin, 21 Disember 2020

HELLO EVERYONE!!

Hi, I baru dekat blog ni. I still study, suka masak (nanti kita share resepi okay), actually I tak pandai nak berinterac dekat blog ini sebab fokus I nak meluahkan.

Sekarang ni Malaysia tengah pandemik and Selangor dari first pandemik memang juara bertahan. So to be honest I quite frustrated juga and my mental health are not in a good condition sebab so much things going on especially I dah final year and pandemic huhu. 

Jujur I bukannya seorang yang talktive pun tapi sebab I rasa I perlu satu platform untuk luahkan so I rasa blog tempat paling best sebab tak ada siapa tahu tapi kalau kawan kawan kenal juga haiii (tutup muka) and lagi satu I tak active social media jadi better I cari another way untuk letak kenangan dan peristiwa penting yang berlaku dalam hidup I dalam proper way sebab nanti anak-anak I boleh tengok Ibu dia dulu dulu perangai baik ke tidak ahahhaah.

Sebab blog ini informal jadi I akan guna both English and Bahasa Melayu okay.Sedikit pasal I, currently I tengah study degree in psychology dah dekat final year dah nanti I share macam mana nak apply and how etc semua ye sekarang tengah packkk!

Blog ini juga akan jadi my personal diari and tempat semua share bahan dan belajar bersama. I nak improve mandarin jugalah kat blog ni. (plan je) see how hahaha

Anything berkaitan psychology, accounting (?), taxation, counseling, study, kawan or anything just share with me my email is always welcome! Contact me heree (aaisyaadix@gmail.com)

Have a nice day everyone! 😘





Aisya Adi UKM

ni gambar I masa syarahan caunselor di canselori UKM.


Aisya Adi UKM
cuba cari mana I nanti boleh claim hadiahh hahhahah!


AI and Humans: Will we be replacing by AI?

  The rise of artificial intelligence (AI) has sparked questions and concerns about the future of human involvement. Will AI replace humans ...