Teori Keterikatan (Attachment),
Mary Ainsworth.
Teori keterikatan difokuskan pada hubungan dan ikatan
antara seseorang terutamanya melibatkan hubungan jangka masa panjang,
termasuklah hubungan antara ibu bapa dan anak. Pada tahun 1970, ahli psikologi
Mary Ainsworth telah menjalankan sebuah penyelidikan keatas kanak-kanak, dimana
kanak-kanak itu ditinggalkan sebentar dan kemudian bertemu semula dengan ibu
mereka. Teori ini membuktikan bahawa kanak-kanak tidak boleh wujud
bersendirian. Mereka memerlukan manusia untuk mengajar dan membimbing mereka
kerana dengan cara inilah mereka dapat mempelajari, mengetahui, mengenali, dan
memahami alam semesta ini. Dalam perkembangan sosial, faktor-faktor seperti
perkembangan moral dan personaliti, keterikatan adalah sangat penting. Keterikatan
boleh didefinisikan sebagai kemahuan kanak-kanak mendekati individu yang
signifikan seperti ibu bapa dan penjaga sewaktu dia memerlukan makanan atau
keselesaan. Keterikatan juga membawa erti bahawa kanak-kanak mengharapkan supaya
dijaga dan disayangi oleh sesetengah individu. Proses keterikatan ini berlaku
apabila ibu bapa dan anak berinteraksi dan akan berlaku untuk jangka waktu yang
panjang.
Mary
Ainsworth merancang teknik penilaian yang disebut ‘Situasi Aneh’ atau Strange
Situation Classification (SSC) untuk menyiasat bagaimana hubungan keterikatan
mungkin berbeza antara kanak-kanak. Ainsworth membuat prosedur eksperimen untuk
memerhatikan pelbagai bentuk keterikatan yang ditunjukkan antara ibu dan kanak-kanak.
Eksperimen ini dibuat di sebuah bilik kecil dengan kaca satu arah supaya
tingkah laku kanak-kanak dapat diamati secara tersembunyi. Kanak-kanak
berusia antara 12 dan 18 bulan. Prosedur tersebut, yang dikenali sebagai
' Situasi Aneh‘ ia dilakukan dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak
dalam siri lapan episod yang berlangsung sekitar 3 minit setiap satu dimulai
dengan menempatkan Ibu dan kanak-kanak sahaja, orang asing masuk
menyertai ibu dan kanak-kanak, ibu meninggalkan kanak-kanak bersama orang
asing, ibu kembali dan orang asing pergi, ibu pergi dan kanak-kanak dibiarkan
berseorangan, orang asing kembali menyertai kanak-kanak berdua dan akhir sekali
ibu kembali dan orang asing pergi. Hasil daripada kajian itu, Ainsworth (1970)
mengenal pasti tiga gaya keterikatan utama, iaitu avoidant/ menghindar
(jenis A), selamat (jenis B) dan ambivalen / tidak selamat (jenis
C). Dalam penyelidikan ini tingkah laku yang diperhatikan keatas kanak-kanak
adalah gaya keterikatan dan hubungan interaksi awal kanak-kanak dengan ibu.
Keterikatan jenis A iaitu meghindar atau avoidant terjadi
apabila kanak-kanak menolak kehadiran ibu, dia menunjukkan ketidakselesaan ke
atas ibunya. Kanak-kanak ini memiliki ego yang tinggi dan kurang mampu
menekspresikan emosi negatif. Kanak-kanak ini juga dilihat tidak mempedulikan dan
kurang tertarik dengan kehadiran ibunya. Gaya
keterikatan ini mungkin disebabkan oleh penjaga yang kasar atau lalai. Kanak-kanak
yang dihukum kerana bergantung pada penjaga akan belajar untuk tidak meminta
pertolongan pada masa akan datang. Seterusnya keterikatan jenis B iaitu
selamat terjadi apabila ibu dijadikan sebagai aspek penting untuk meneroka
perkembangan diri. Kanak-kanak jens ini merangkumi sebahagian besar sampel
kajian. Mereka ini akan mendampingi ibunya sebelum melakukan aktiviti sendiri
dan kembali apabila mengetahui kewujudan orang asing. Mereka ini akan berasa
terganggu ketika ibunya pergi meninggalkan mereka dan kembali bahagia ketika
ibu mereka kembali. Walaupun anak itu mungkin
kecewa, mereka merasa yakin bahawa pengasuh akan kembali. Ketika berasa takut,
kanak-kanak yang mempunyai keterikatan dengan selamat merasa selesa untuk
mendapatkan jaminan daripada penjaga. Bagi keterikatan jenis C iaitu tidak
selamat atau ambivalent terjadi apabila kanak-kanak ini menunjukkan
keengganan untuk mengeksplorasi. Mereka ini dilihat selalu melekat dengan ibu
mereka dan bersembunyi apabila melihat orang asing. Mereka akan sedih dan
menangis ketika ditinggalkan oleh ibunya dan sukar untuk menenangkannya
walaupun setelah ibunya kembali. Keterikatan ini terbentuk apabila mempunyai
ibu bapa yang tidak mengalakkan autonomi kanak-kanak dan tidak bersedia dengan
keperluan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak ini akan mempunyai ekspresi emosi
negatif yang berlebihan. Mereka in menjadi sangat tertekan ketika ibu bapa
pergi. Akibatnya, kanak-kanak ini tidak mampu berdaya saing dan berasa takut
untuk ditinggalkan.
Kesimpulannya,
ibu merupakan agen penting terhadap keperluan kanak-kanak, ia bertindak balas
terhadap mood dan emosi mereka. Ibu yang sensitif dan responsif cenderung
mempunyai anak yang mempunyai keterikatan yang selamat, sebaliknya ibu yang
tidak peka degan keperluan anak cenderung mempunyai anak yang mempunyai
keterikatan tidak selamat. Bagi kanak-kanak kebergantungan terhadap orang yang
rapat dengannya amat tinggi. Kanak-kanak kurang keyakinan diri. Kurang
berdikari dan mengharapkan pertolongan orang lain. kanak-kanak secara dasarnya,
sukar untuk memulakan hubungan sosial dan persahabatan, tidak mudah percaya
kepada orang lain yang tidak dikenali dan tidak mudah terpengaruh dengan
perkara baru sama ada negatif atau positif. Lebih memahami perasaan orang yang
dekat dalam hidupnya. Perkembangan sosio-emosi pada kanak-kanak adalah penting
untuk diteliti kerana segala perbuatan yang dilakukan semasa kanak-kanak akan
membentuk perilaku tertentu dengan. kesan psikologi tertentu. Jadi, pengasuhan
yang baik oleh orang yang paling rapat dengan kanak-kanak akan melahirkan emosi
yang baik dan mengembangkan rasa percaya kanak-kanak yangg akan membentuk
peribadi akan datang.
BAHAGIAN B
Fokus utama dalam psikologi kanak-kanak dan
remaja ialah mengkaji perkembangan fizikal, kognisi, personaliti dan sosial
kanak-kanak dan remaja.Perkembangan ini adalah berbeza di antara satu sama lain
dan sukar ia sukar hendak dipastikan kerana tiap-tiap manusia berkembang dengan
cara dan dalam keadaan yang amat unik.
Dalam refleksi ini saya memilih konsep teori keterikatan Mary Ainsworth untuk
dijelaskan dengan lebih mendalam. Ainsworth mengenal pasti tiga gaya
keterikatan utama iaitu jenis tidak selamat (ambivalent), selamat dan
penghindar (avoidant). Memahami tentang psikologi ke atas kanak-kanak
adalah sangat penting dalam memahami manusia kerana pembentukan tingkah laku
manusia adalah permula daripada kanak-kanak. Manusia dilahirkan dalam keadaan
lemah yang memerlukan pertolongan untuk hidup. Walau dalam keadaan demikian, ia
telah memiliki kemampuan bawaan yang bersifat 'laten' yang memerlukan
pengembangan melalui bimbingan dan pemeliharaan yang mantap, lebih-lebih lagi
pada usia kanak-kanak.
Teori
keterikatan Mary Ainsworth ini mmebuktikan bahawa corak yang dibentuk semasa
kanak-kanak mempunyai kesan penting pada hubungan masa akan datang. Gaya
keterikatan penghindar atau avoidant. Gaya ini dikaitkan juga dengan
imej negatif yang diperolehi daripada sekeliling ini menyebabkan kanak-kanak
berasa tidak selesa dengan perhubungan tersebut. Mengikut pemahaman saya,
seseorang yang mengalami gaya ini akan melindungi mereka daripada kekecewaan
dengan tidak menunjukkan kasih sayang terhadap orang lain. saya tertarik
untuk mengaitkan gaya terikatan ini dengan kenalan saya sewaktu disekolah
menegah, yang merupakan seorang yang sangat berdikari dan sering menggelak
untuk menjalankan hubungan dengan sesiapa sahaja. Dia sering dilihat bersendirian. Saya sebagai
seorang pengawas pada ketika itu terpanggil untuk menegur dia, namun saya dapat
emosi pada wajahnya yang penuh dengan ketidakselesaan ketika saya bercakap
dengannya. Menariknya, walaupun dengan keadaan dia yang sebegitu dia masih
mampu meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Perkara ini telah
disahkan oleh rakan saya yang merupakan jiran kepada dia. Rakan saya
menceritakan ketegasan didikan oleh kedua-dua ibu bapa jirannya itu dan jarang meminta perhubungan atau
keselesaan daripada ibubapa. Ini menyebabkan dia juga terdorong untuk tidak
mahu dan tidak berkongsi fikiran dan perasaan dengan orang lain. Namun mereka
ini juga ingin menunjukkan bahawa tanpa orang lain, mereka masih boleh berjaya.
Seterusnya,
bagi gaya keterikatan tidak selamat atau ambivalent ditunjukkan apabila
mereka ini cenderung berasa curiga terhadap orang asing. Saya pernah menemui
seseorang yang mempunyai ketakutan yang berlebihan ini iaitu ketika saya
belajar di kolej matrikulasi, kenalan saya ini merupakan seorang yang sangat
introvert dan sangat bergantung dengan rakannya untuk melakukan aktiviti
harian. Dia sering berasa rendah diri dan kurang positif kepada
diri sendiri. Hal ini dapat dijelaskan apabila ibubapanya sangat kerap datang
untuk melawat dia, lebih parah lagi apabila setiap minggu itu juga ibubapanya
akan menghantar baju yang siap diseterika dan mengambil baju yang kotor. Saya
berasa agak risau dengan masa depan dia kerana gaya ini cenderung untuk dia
merasakan kekecewaan yang sangat besar apabila hubungan dia dengan ibubapanya
berakhir disebabkan faktor seperti kematian. Secara pemerhatiannya, saya dapat
gambarkan bahawa gaya ini sebagai seorang yang suka bergantung dan mempunyai
gaya ikatan yang tidak jelas sering kali enggan menjadi dekat dengan orang lain
dan mempunyai kebimbang pasangan mereka tidak membalas perasaan mereka.
Bagi gaya keterikatan selamat pula ditunjukkan apabila
wujud campuran tenaga positif yang diterima daripada sekelilignya seperti ibu
dan bapa. Hampir separuh daripada populasi
mempunyai gaya ikatan yang sihat dan selamat. Ini bermakna mereka selesa
dengan keakraban, dan cenderung lebih puas dalam hubungan mereka. Hal ini dapat
ditunjukkan oleh anak-anak buah saya yang sewaktu kecil tinggal di rumah ibu
saya apabila ibubapa mereka pergi ke kerja. Gaya ini dapat dibina hubungan yang
sihat dengan ibu bapa, di mana mereka dibenarkan keluar dan menjelajah dunia
sebagai kanak-kanak dan bertindak lebih cepat dengan keperluan kanak-kanak.
Buktinya, anak-anak buah saya kini mampu untuk menjalankan hubungan yang baik
dengan orang lain dan mempunyai sokongan sosial yang baik. Dia juga dilihat tenang untuk
memasuki alam persekolahan tanpa bertindak agresif dan cemas. Hasilnya kini,
anak-anak buah saya juga sangat terbuka untuk berkongsi dengan saya dan
saudara-saudara yang lain mengenai perasaan mereka. Saya berharap bahawa
pengalaman ini membantu anak-anak buah untuk menghadapi kehilangan suatu masa
nanti dengan tenang dan meneruskan perjuangan dalam kehidupa
Menariknya,
teori keterikatan Mary Ainsworth ini merupakan hasil kerja gabungan dengan John
Bowlby. Melalui kajian John, dia telah berjaya merevolusikan pemikiran
kanak-kanak terhadap didikan ibubapa kepada pembendukan sahsiah diri
kanak-kanak. Beliau menekankan juga perlunya keterikatan seorang ibu terhadap
kanak-kanak dan apabila wujud gangguan dalam hubungan itu seperti perceraian,
penafian dan kemurungan maka pengalaman itu akan memberi kesan kepada
kanak-kanak tersebut. Maka Mary Ainsworth cuba mengkaji idea John Bowlby ini
dan mengenbangkan teori seperti yang telah saya jelaskan diatas. Secara
kesimpulannya, John Bowlby percaya bahawa ikatan terawal yang dibentuk oleh kanak-kanak
dengan pengasuh mereka mempunyai kesan luar biasa yang berterusan sepanjang
hayat. Kemudian, penyelidik Main dan Solomon
(1986) menambahkan gaya hubungan keterikatan keempat yang disebut hubungan
tidak teratur-tidak selamat. Jadi hasil daripada itu wujud satu lagi
jenis gaya keterikatan iaitu gaya keterikatan tidak teratur iaitu terjadi
apabila kekurangan tingkah laku ikatan yang jelas. Tindakan dan tindak balas
kanak-kanak gaya ini terhadap pengasuh sering kali merupakan gabungan tingkah
laku, termasuk penghindaran atau penolakan. Kanak-kanak ini digambarkan
memperlihatkan tingkah laku bingung dan khuatir di hadapan pengasuh. Hal ini
adalah disebabkan oleh tingkah laku ibu bapa yang tidak konsisten mungkin menjadi
faktor penyumbang dalam gaya kasih sayang. Dalam
kes sedemikian, ibu bapa boleh menjadi sumber keselesaan dan ketakutan, yang
membawa kepada tingkah laku yang tidak teratur dan mereka mungkin mengelakkan
atau menentang ibu bapa. Ini boleh dikaitkan dengan gangguan
personaliti atau dikenali dengan bipolar disorders.
Berdasarkan pengalaman-pengalaman itu, saya berasa sangat
bersetuju bahawa teori keterikatan ini sangat mempengaruhi perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membuat persiapan
sebelum menjadi ibu bapa seperti hubungan sosial, masa, kewangan. Kerjasama
antara kedua ibubapa juga memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Seperti
yang kita sedia maklum institusi keluarga memainkan peranan penting dalam
membina kesejahteraan sosioemosi kanak-kanak dengan menggunakan kaedah
sosialisasi timbal balik iaitu bersifat dua arah, kanak-kanak bersosialkan ibu
bapa sama seperti ibu bapa bersosialkan
kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu menyesuaikan bentuk bimbingan dengan prestasi
kanak-kanak termasuklah menggunakan kaedah pembetulan dan melindungi
kanak-kanak dari persekitaran yang berbahaya. Tingkah laku ibu bapa yang
positif menyokong perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutamanya apabila
kemahiran kanak-kanak meningkat.
Secara keseluruhannya, saya menyokong teori
keterikatan Ainsworth kerana mengikut pengalaman saya, jelas gaya hubungan ibu
dan kanak-kanak memberi kesan terhadap tingkah laku di kemudian hari. Penyelidikan
Mary Ainsworth mengenai keterikatan ini amat memainkan peranan penting dalam
pemahaman kita mengenai perkembangan kanak-kanak. Keterikatan adalah satu
bentuk hubungan emosi antara satu individu dengan individu lain. Tidak ada
keraguan lagi bahawa hubungan awal kita dengan pengasuh berperanan dalam
perkembangan. Dengan lebih memahami peranan hubungan, kita dapat
memperoleh penghargaan yang lebih besar tentang bagaimana hubungan terawal
dalam hidup dapat mempengaruhi hubungan orang dewasa. Tanpa hubungan yang sihat
ini, kita akan lebih cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental seperti
kemurungan, tekanan dan kegelisahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan