Isnin, 5 Julai 2021

MODIFIKASI TINGKAH LAKU: KOS RESPON

 

KOS RESPON

  • ·       DEFINISI: Menyingkirkan sejumlah agen peneguhan kontingen kepada terjadinya tingkah laku bermasalah
  • ·         Prosedur dendaan negatif à kurangkan kebarangkalian tingkah laku bermasalah
  • ·         Contoh: letak kereta di tempat tidak dibenarkan (kena clamp)
  • ·         Banyak digunakan dalam kuat kuasa undang-undang
  • ·         Contoh: saman, denda @ penalty
  • ·         Kebiasaaanya libatkan kehilangan duit
  • ·   Duit berfungsi sebagai agen peneguhan bagi hampir semua orang ( senang dikira ikut kuantiti)

·         Agen peneguhan yang boleh disingkirkan

1.      Bahan yang boleh dirasai @ dilihat: makanan ringan, token

2.      Aktiviti : menontotn wayang, tv, bermain

·         Perlu digandingkan dengan DRA ( peneguhan pembezaan bagi tingkah laku alternatif) dan DRO ( peneguhan pembezaan pada kadar tingkah laku sifar).

 

 

PERBEZAAN KOS RESPON, TIME-OUT, PELENYAPAN

( ketiga-tiga hampir sama untuk kurangkan tingkah laku bermasalah)

 

PELENYAPAN

TIME-OUT

KOS RESPON

Apabila tingkah laku bermasalah tidak lagi disusuli oleh peristiwa peneguhan yang dulunya menyelenggara tingkah laku

Individu dialihkan @ dipindahkan daripada segala bentuk agen peneguhan kontingen kepada tingkah laku bermasalah

Sejumlah agen peneguhan disingkirkan yang dipunyai oleh individu (disingkirkan selepas terjadinya tingkah laku bermasalah)

 

PELAKSANAAN KOS RESPON
 

Perkara perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan kos respon:

1.      Agen peneguhan manakah yang akan disingkirkan

ü  Kenalpasti jenis & jumlah agen peneguhan yang akan disingkirkan

ü  Agen peneguhan perlu dikawal oleh agen perubahan yang boleh menyingkirkan kontingen kepada tingkah laku

ü  Jumlah disingkirkan perlulah perpadanan àkurangkan tingkah laku bermasalah

ü  Tentukan sama ada kehilangan agen peneguhan sementara @ kekal ( bayar saman: kekal, ambil makanan: sementara)

 

2.      Adakah kehilangan agen peneguhan bersifat serta-merta @ tertangguh?

ü  Kehilangan serta merta: hilang token sebab menganggu orang lain

ü  Penagguhan kehilangan: bayar saman akhir bulan

ü  Bagi penagguhan kehilangan klien akan diberitahu serta merta tentang denda selepas tingkah laku bermasalah

 

3.      Adakah kehilangan agen peneguhan tidak menyalahi etika?

ü  Prosedur tidak boleh sebabkan bahaya kepada klien dan agen peneguhan yang disingkirkan tidak boleh menyebabkan bahaya dan menghalang hak asasi

4.      Adakah kos respon praktikal & boleh diterima masyarakat?

ü  Prosedur perlu praktikal, agen peneguhan tidak boleh memalukan @ menimbulkan stigma kepada klien

ü  Agen perubahan yang melaksanakan prsedur mestilah boleh terima kaedah perlaksanaan

ü  Jika tidak praktikal dan tidak boleh diterima guna prosedur alternatif lain.

 

PROSEDUR DENDAAN POSITIF

·         Kejai=dian @ peristiwa aversif diberikan kontingen kepada tingkah laku bermasalah

·         2 kategori besar:

A.    Aplikasi Aktiviti Aversif

§  Aktiviti aversif = tingkah laku berkeberangkalian rendah yang pada kebiasaannya tidak dilakukan klien ( aktiviti yang boleh menjadi pendenda kepada tingkah laku bermasalah)

§  Berasaskan Prinspi Premack: lakukan tingkah laku kebarangkalian rendah. Kontingen kepada tingkah laku kebarangkalian tinggi. Tidak suka buat tapi baik.

Aplikasi Aktiviti Aversif         

§  Jika klien cuba elak daripada melakukan aktiviti aversif

§  Agen perubahan perlu guna dorongan @ bimbingan fizikal sehingga klien boleh lakukan sendiri

 

Contoh 1:

v  Alina conteng dinding kerana marah ayah yang tidak beri perhatian

v  Ayah memberi kain lap, sabun, baldi untuk mencuci dinding

v  Bila alina tak mahu lakukan aktiviti aversif, ayah guna dorongan fizikal ( tanpa melibatkan interaksi sehngga alina buat sendiri)

Contoh 2:

v  Salman membuang air di tempat tidur

v  Buzzer akan berbunyi bila lapik tidur basah

v  Ibu kejutkan salman dan mneyuruh untuk membersihkan, tukar baju dn cadar

v  Salman dedenda: buat Latihan pakai selimut, buka selimut, bangun daripada katil & pergi ke bili air (10x)

v  Selepas itu beri peringatan

 

Jenis-Jenis Aplikasi Aktiviti Aversif

  1. 1.      Pembetulan berlebihan (overcorrection)

·         Lakukan tingkah laku yang perlukan usaha untuk jangka masa tertentu kontingen kepada setiap tingkah laku bermasalah

·         Ada dua jenis

A.    Latihan positif:

§  Klien perlu lakukan tingkah laku releven yang betul  untuk jangka waktu tertentu kontingen kepada tingkah laku bermasalah

§  Mungkin memerlukan dorongan fizikal & lakukan tingkah betul selama 5-15 min @ hingga tingkah laku yang betul dilakukan beberapa kali

§  Contoh: Salman berlatih bangun ke tandas 10x bila dia basahkan tilam atau menulis ejaan kesalahan sebanyak 20x jika buat kesalahan

 

B.     Restitusi

§  Klien perlu betulkan kesan tingkah laku bermasalah ke atas persekitaran & jadikan persekitaran lebih baik daripada sebelumnya.

§  Guna dorongan fizikal jika perlu

§  Contoh: denda ke atas alina selepas cuci dinding yang diconteng perlu juga membersihkan dinding lain.

 

  1. 2.      Latihan Kontingen

·         Perlu lakukan Latihan fizikal yang tidak berkaitan dengan tingkah laku bermasalah, kontingen kepada terjadinya tingkah laku bermasalah

·         Aktiviti fizikal yang klien boleh lakukan tidak memudaratkan mungkin perlukan dorongan fizikal

·         Contoh: Johan memaki hamun ( didenda)

·         Ayah berikan kain lap untuk johan mencuci tingkap selama 10 minit

·         Ayah ingatkan johan dendaan yang sama akan digunakan jika memaki hamun lagi. Contoh: ketuk ketamp

 

  1. 3.      Pematuhan berpandu (Guided Compliance)

·         Klien yang patuh arahan untuk lakukan sesuatu diberi dorongan fizikal untuk lakukan tingkah laku tersebut.

·         Contoh: Amy tidak patuh bila disuruh kutip & simpan permainan

·         Ibu bawa amy ke tempat permainan, bombing tangan & buatkannya kutip & simpan mainan

·         Bila amy lakukan bersendirian, ibu lepaskan tangan amy dan biarkan amy mengemas.

·         Ibu mengucapkan terima kasih & benarkan dia teruskan aktiviti sebelum dendaan dilakukan.

 

  1. 4.      Sekatan fizikal (Physical Restraint)

·         Agen perubahan pegang anggota badan yang terlibat dalam tingkah laku bermasalah supaya tidak bergerak, kontingen kepada terjadinya tingkah laku bermasalah

·         Akibat: klien dihalang secara fizikal daripada terus lakukan tingkah laku bermasalah

·         Contoh: tingkah laku menampar orang lain@ diri sendiri

·         Agen perubahan: pegang tangan supaya tidak bergerak selama 1 minit.

·         Perlu kenal pasti halangan fizikal yang berfungsi sebagai agen dendaan @ peneguhan

 

  1. 5.      Halangan respons ( respon blocking)

·         agen perubahan haling terjadinya tingkah laku bermasalah dengan menghalang respon fizikal daripada terjadi,

·         Contoh: menghisap jari

·         Agen perubahan letak tangan di depan mulut sebaik individu angkat tangan untuk hisap jari.

·         Digunakan Bersama sekatan fizikal.

 

Peringatan Dalam Aplikasi Aktiviti Aversif

  • 1.      Hanya diaplikasikan jika agen perubahan boleh diberi dorongan @ imbingan fizikal
  • 2.      Agen perubahan perlu menjangka yang klien akan lawan dorongan fizikal dan perlu yakin dapat melaksanakan prosedur walaupun dilawan secara fizikal.
  • 3.      Perlu yakin yang dorongan @ bimbingan fizikal ridak berfungsi sebagai agen peneguhan.
  • 4.      Perlu yakin yang prosedur tidak mendatangkan kemudaratan kepada klien @ agen perubahan terutamanya jika klien bergelut
  • 5.      Dendaan hanya dilakukan aoabila Teknik lain tidak Berjaya

 

Aplikasi Rangsangan Aversif

  • ·         Pemberian rangsangan aversif selepas tingkah laku bermasalah
  • ·         Contoh: perahan jus limau bagi kecelaruan ruminasi
  • ·         Letak ais di rahang (6-8 saat) selepas tingkah laku mengisar gigi
  • ·         Kejutan elektirk ringan, bau ammonia, sembur air ke muka selepas tingkah laku mencederakan diri
  • ·         Teguran + kontrak mata + pegang bahu – bagi tingkah laku tidak patuh arahan
  • ·         Dendaan positif: kurang diterima @ pilihan akhir terutama ke atas individu dengan kerencatan mental
  • ·         Dendaan negatif yang tidak melibatkan pembelian ransangan adversif lebih kerap digunakan
  •  

Peringatan dalam aplikasi dendaan positif
 

1.      Guna prosedur yang tidak aversif dahulu: penyelapan, peneguhan, pembezaan & manipulasi @ kawalan anteseden. Jika tidak berkesan à dendaan

2.      Digunakan Bersama-sama peneguhan pembezaan

- focus intervensi = tingkatkan tingkah laku diingini bagi gantikan tingkah laku bermasalah

3.      Berhati- hati memilih rangsangan aversif

- tentukan rangsangan yang sememangnya aversif

- fungsi rangsangan adalah berlainan ( rangsangan sama boleh berfungsi sebagai dendaan @ peneguhan.

4.      Kumpul data untuk buat keputusan tentang rawatan

5.      Kenal pasti fungsi tingkah laku bermasalah – buat penilaian @ analisis kefungsian bagi tingkah laku bermasalah sebelum pilih rawatan

6.      Time out sesuai untuk tingkah laku yang diselenggara perhatian @ peneguhan positif

7.      Aplikasi aktiviti aversif sesuai bagi tingkah laku bermasalah yang diselenggara oleh tingkah laku melarikan diri,

 

Etika Pelaksanaan Prosedur Dendaan

  1. 1.      Persetujuan daripada penjaga
  2. 2.      Rawatan alternatif
  3. 3.      Keselamatan klien
  4. 4.      Tahap keparahan masalah
  5. 5.      Garis panduan pelaksanaan
  6. 6.      Latihan dan penyeliaan ( hanya diimplementasi bila agen perubahan telah cekap)
  7. 7.      Semakan oleh panel penilai ( dipersetujui jika reka bentuk bagus & ada kewajaran penggunaanya)
  8. 8.      Kebertanggungjawaban (accountability) – mengelak penyalahgunaan @ penggunaan berlebihan

MODIFIKASI TINGKAH LAKU: TIME OUT

 

TIME OUT
 

 

·         Pelaksanaan dendaan digunakan bila intervensi X aversif (penyelapan, peneguhan pembezaan, manipulasi anteseden) telah dilaksanakan tetapi X berkesan @ X boleh diaplikasi.

·         Prosedur dendaan X diperlukan jika prosedur X aversif dapat mengurangkan tingksh laku bermasalah.

Kontroversi Prosedur Dendaan

  • 1.      Melanggar hak asasi klien
  • 2.      Salah faham tentang rangsangan aversif

[Rangsangan aversif – sebarang rangsangan yang diberi @ disingkirkan dan dapat mengurangkan kebarangkalian tingkah laku bermasalah terjadi lagi di masa hadapan.]

 

DENDAAN

·         Dendaan negatif -  penyingkiran peristiwa @ kejadian peneguhan kontingen kepada tingkah laku bermasalah

·         Prosedur peneguhan pembezaan dan kawalan rangsangan perlu dilakukan Bersama

·         Ada dua bentuk

1.      Time out : penyingkiran agen peneguhan positif untuk seketika kontingen kepada tingkah laku bermasalah untuk kurangkan tingkah laku bermasalah daripada berlaku lagi.

2.      Kos respon: penyingkiran sejumlah agen peneguhan kontingen kepada terjadinya tingkah laku bermasalah

 

TIME OUT

Ada dua jenis iaitu Non Exclusionary Time Out & Exclusionary Time Out

Non Exclusionary Time Out

Exclusionary Time Out

Definisi: pemberhentian aktiviti yang menghasilkan peneguhan positif kontingen kepada tingkah laku bermasalah

Pemberhentian aktiviti yang menghadilkan peneguhan positif kontingen kepada tingkah laku bermasalah & individu dikeluarkan @ dipindahkan ke bilik lain yang tiada sebarang peneguhan.

Contoh: murid dikeluarkan daripada situasi bergaduh tetapi masih dibilik yang sama

 

 

Contoh: Dani tidak patuh arahan untuk meletakkan pinggan kotor ke dapur dan terus menonton tv.

Aplikasi

·         Dani suka kacau kawan

·         Guru melihat dan terangkan akan lakukan dendaan seperti berdiri di belakang kelas

·         Dani terima dendaan tanpa membantah ( time out tamat)

Aplikasi

·         Dani tidak meletakkan pinggan ke dapur

·         Ibu berdiri di depan dani

·         Jika tiada respon ibu mengulang arahan

·         Ibu bawa masuk bilik belakang

·         Selepas habis denda ibu menyuruh bawa pinggan ke dapur (time out tamat)

 

PELAKSANAAN TIME -OUT

Apakah perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksaan time out?

  • 1.       Apakah fungsi masalah
  • 2.      Adakah time out praktikal digunakan dalam satu situasi?
  • 3.      Adakah time out selamat digunakan?
  • 4.      Berapa jangka masa time out?
  • 5.      Bolehkah tingkah laku melarikan diri daripada time out dihindari?
  • 6.      Bolehkah interaksi dengan klien dielakkan semasa time out?
  • 7.      Adakah prosedur time out boleh diterima pakai dalam suatu situasi?

MODIFIKASI TINGKAH LAKU : PENEGUHAN PEMBEZAAN UNTUK MENGURANGKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

 

PENEGUHAN PEMBEZAAN UNTUK MENGURANGKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

TIGA JENIS

1.       DRA: DIFFERENTIAL REINFORCEMENT OF ALTERNATIF BEHAVIOR

·         Peneguhan pembezaan bagi tingkah laku Alternatif

·         Prosedur untuk tingkatkan kekerapan tingkah laku yang diingini & kurangkan kekerapan tingkah laku tidak disukai

·         Tingkah laku alternatif diingini yang ada fungsi yang sama dengan tingkah laku bermasalah diberi peneguhan setiap kali terjadi

·         Tingkah laku tidak disukai yang menganggu tingkah laku diingini tidak diteguhkan à penyelapan

·         Tingkah laku yang diingini yang berlaku kadang-kadang à peneguhan (diberikan)

·         Tidak sesuai dengan tingkah laku yang tidak pernah terjadi

·         Perlu kenal pasti dan ada kawalan ke atas agen peneguhan

 

 

 

 

Contoh tingkah laku merungut:

Anteseden

Respons

Akibat

 

Kehadiran jururawat

Auntie merungut

Jururawat bagi perhatian

 

 

Hasil:Auntie cenderung merungut setiap kali jururawat datag

 

Peneguhan

Kehadiran jururawat

Auntie bercakap hal-hal positif

Jururawat bagi perhatian

 

Hasil:Auntie cenderung bercakap hal-hal positif setiap kali jururawat datang

 

Pelenyapan

Kehadiran jururawat

Auntie merungut

Jururawat tak ber perhatian

 

Hasil:Auntie cenderung kurang merungut

 

 

2.       DRO: DIFFERENTIAL REINFORCEMENT OF OTHER BEHAVIOR/ DIFFERENTIAL REINFORCEMENT OF ZERO RATE OF THE BEHAVIOR

·         Peneguhan Pembezaan pada kadar tingkah laku sifar

·         Peneguhan diberikan kontingen kepada ketiadaan tingkah laku bermasalah

·         Peneguhan diberikan selepas sela mana tingkah laku bermasalh tidak terjadi

·         Logik: Jika peneguhan diberi selepas jangka waktu dimana tingkah laku bermasalah tidak terjadi à tingkah laku bermasalah berkurangan melalui penyelapan dan jangka masa tanpa tingkah laku bermasalah meningkat

Contoh:- Dani suka hisap jari sebelum tidur

ü  Peneguhan pembezaan: membacakan buku sebelum tidur

ü  Pembacaan buku akan dihentikan jika Dani menghisap jari

 

 

3.       DRL: DIFFERENTIAL REINFORCEMENT OF LOW RATES OF RESPONDING

·         Peneguhan pembezaan pada kadar respons yang rendah

·         Digunakan bagi tingkah laku yang boleh ditoleransi jika berlaku pada kadar rendah ( bukan untuk lenyapkan tingkah laku)

Contoh: kurangkan bercakap dalam kelas

ü  Peneguhan pembezaan: Guru bagitahu murod jika bercakap tanpa kebenaran kurang daripada 2x akan dapat gula-gula

ü  Gula gula bertindak sebagai kontingen kepada tingkah laku bermasalah yang rendah

 

PELAKSANAAN PENEGUHAN PEMBEZAAN

DRA

DRO

DRL

1.       Mendefinisi tingkah laku yang diingini

2.       Mendefinisi tingkah laku yang tidak disukai

3.       Kenal pasti agen peneguhan

4.       Teguhkan tingkah laku yang diinginisegera dan konsisten

5.       Singkirkan peneguhan bagi tingkah laku yang tidak disukai

6.       Guna jadual peneguhan berjeda untuk selenggara tingkah laku diingini

7.       Programkan untuk digeneralisasi

 

1.       Kenal pasti agen peneguhan bagi tingkah laku bermasalah

2.       Kenal pasti agen peneguhan untuk digunakan dalam prosedur DRO

3.       Pilih sela masa bagi DRO

4.       Melaksanakan DRO

1.       Tentukan prosedur DRL yang sesuai

2.       Tentukan kadar tingkah laku yang boleh diterima’

3.       Tentukan sama ada guna DRL sesi penuh @ DRL jarak respon

4.       Beritahu klien tentang kreteria yang digunakan untuk dapatkan peneguhan

5.       Beri maklum balas kepada klien tentang respon mereka.

 

 

 

Prinip Premack adalah teori peneguhan yang menyatakan bahawa tingkah laku yang kurang diingini dapat diperkuat dengan peluang untuk terlibat dalam tingkah laku yang lebih diinginkan

Syarat menjadi ahli Psikologi di Malaysia

Banyak kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat mengenai ahli psikologi ini dan bagaimana course ini diaplikasikan dalam peringkat pengajian tinggi. Hal ini juga berpunca daripada pelbagai institut khususnya IPTS  yang telah menggunakan nama psikologi untuk melariskan course mereka seperti marketing psychology dan sebagainya. Tambahan pula ada juga yang menawarkan course ini diperingkat diploma.

Sejujurnya kini, syarat untuk menjadi ahli psikologi semakin tinggi dan tinggi. Dulu mungkin dengan hanya sarjana muda pelajar boleh menjalankan praktikal sebagai seorang psikologi tetapi kini perlu sekurang-kurangnya dengan sarjana mida dalam bidang psikologi DAN sarjana dalam bidang psikologi pilihan. Perjalanan untuk menjadi ahli psikologi amatlah panjang  dan seorang ahli psikologi perlu mempunyai cabang bidang tersendiri seperti kesihatan, klinikal, industri dan organisasi, perkembangan, kaunseling, kriminologi, forensik dan banyak lagi untuk digelar pakar. 

Ramai lagi yang masih keliru siapakah kaunselor, psikologi, psikiatrik dan terapi. Menunjukkan pengetahuan mereka yang masih lemah dalam dunia kesihatan mental. Oleh itu, perlu pendedahan yang jelas mengenai perbezaan ini kepada masyarakat supaya mereka tidak lagi keliru dan boleh berhubung secara langsung kepada ahli yang pakar dalam bidang yang hendak dirujuk. 

Petikan dibawah diambil daripada posting Facebook Dr Alizi Alias (Ahli Psikologi Industri dan Organisasi) boleh click di link ini

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=351821379648529&id=100044620080798 

(gambar diambil difacebook Dr Alizi Alias) 

SYARAT MINIMUM MENJADI AHLI PSIKOLOGI DI MALAYSIA

1. Ada ijazah sarjanamuda psikologi; DAN
2. Ada ijazah sarjana psikologi

Ijazah sarjanamuda kaunseling, kerja sosial, sains kognitif, pembangunan manusia, etc. tidak melayakkan kita bergelar ahli psikologi. 

Kalau kita ada ijazah sarjanamuda non-psikologi dan ingin belajar sarjana psikologi, pastikan kita belajar dulu 15 subjek psikologi (peringkat ijazah sarjanamuda) sebagai pra-syarat sebelum mula belajar kursus-kursus psikologi di peringkat sarjana. 

Agak ramai pula yang guna gelaran ahli psikologi walaupun tiada ijazah sarjanamuda psikologi atau tidak belajar 15 subjek pra-syarat sebelum belajar sarjana psikologi. Kadang-kadang salah jabatan psikologi yang tidak mensyaratkannya kepada pelajar ketika mereka ditawarkan kemasukan ke program sarjana.  

Dan ramai juga yang setelah mendapat ijazah sarjana (tanpa mengambil 15 kursus pra-syarat psikologi) menjadi pensyarah psikologi dan mengajar kursus-kursus teras psikologi di peringkat sarjanamuda. 

Ini tidak mengikut syarat standard program MQA sejak tahun 2014 dan akan berlaku masalah apabila proses akreditasi program nanti. 

Saya dimaklumkan oleh beberapa pensyarah dan pelajar program sarjana psikologi yang bukan dari jabatan psikologi seperti sarjana pendidikan (psikologi pendidikan) dan program sarjana sains sukan (psikologi sukan) yang tidak meletakkan pra-syarat , bahawa graduan 2 program ini tidak menggunakan gelaran ahli psikologi. Mereka adalah "educationist" atau "sport scientists." Ini bagus dan sangat profesional. Sudah tentulah kalau graduan ijazah sarjanamuda psikologi yang ada salah satu daripada dua ijazah sarjana ini boleh bergelar ahli psikologi di Malaysia disebabkan latar belakang psikologi mereka di peringakt sarjanamuda. 

Kita tidak salahkan mana-mana pihak sebab kekeliruan ini mungkin ada sejarahnya yang tersendiri di Malaysia. Ditambah pula, bidang psikologi masih menghadapi kesukaran untuk membentang Akta Psikologi di Parlimen untuk melindungi bidang ini. Tapi kita perlu berusaha untuk memperbetulkannya setakat yang kita mampu walaupun ia mengambil masa.

Seperti mana bidang yang sudah dilindungi seperti bidang perubatan, kaunseling, dan kerja sosial, ahli psikologi hanya ingin memelihara etika dan profesionalisme demi kesahihan teori dan intervensi yang ditawarkan dan demi menjaga kebajikan/kesejahteraan orang awam yang keliru tentang apa itu bidang psikologi yang sebenar.




Khamis, 1 Julai 2021

Kenapa blog kita tak ada dekat google?


Hai, so I baru tahu selama ni yang I publish dekat blog rupanya tak appear dekat google search. hahaha semua account blog newbie memang macam tu ye? macam mana I boleh tahu? sebab I saje saje search aaisyaadi blogspot kt google wahh memang tak ada. search topik-topik yang kita buat pun memang tak jumpa sedih tau! Jom I tunjuk macam mana kita nak jadikan blog kita ni visible dan muncul di google.

Lepas beberapa kali buka youtube dan search google I pun jumpa solution ada beberapa step kita kena buat sangat-sangat mudah.

  1. Kena copy siap-siap link blogspot kita macam aisya punya ialah [https://aaisyaadi.blogspot.com/]
  2. Pergi google dan search " google webmaster" ambil yang atas sekali clik! or click kat sini https://developers.google.com/search

 

3.  okay dah masuk tekan "get started"


 4. Then pergi dekat " Go to search Console"


5. Lepastuuu keluar lah benda ni jadi korang pergi dekat tepi kiri tu nampak tak dia tulis URL Inspection so click situ then nanti letak link blogspot korang yang telah disembunyikan oleh Mr google ni. Tunggu sekejap bagi dia Retrived data okay!



 6. lepas dah habis Retrived nanti dia akan tunjuk lah patutlah URL kita punya blog tu tak ada lagi dekat google sebab tu dia tak boleh baca. Jadi pergi click dekat "Request Index" yang tulisan bold tu.




7. Done dan kena tunggu few hours juga macam aisya buat malam bila esok pagi try search eh dah ada blog I kt google!!

 soo bangga tau!

okay done tutorial kita apa-apa boleh tanya. Selamat berblogging💖💖

AI and Humans: Will we be replacing by AI?

  The rise of artificial intelligence (AI) has sparked questions and concerns about the future of human involvement. Will AI replace humans ...