Isnin, 5 Julai 2021

Syarat menjadi ahli Psikologi di Malaysia

Banyak kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat mengenai ahli psikologi ini dan bagaimana course ini diaplikasikan dalam peringkat pengajian tinggi. Hal ini juga berpunca daripada pelbagai institut khususnya IPTS  yang telah menggunakan nama psikologi untuk melariskan course mereka seperti marketing psychology dan sebagainya. Tambahan pula ada juga yang menawarkan course ini diperingkat diploma.

Sejujurnya kini, syarat untuk menjadi ahli psikologi semakin tinggi dan tinggi. Dulu mungkin dengan hanya sarjana muda pelajar boleh menjalankan praktikal sebagai seorang psikologi tetapi kini perlu sekurang-kurangnya dengan sarjana mida dalam bidang psikologi DAN sarjana dalam bidang psikologi pilihan. Perjalanan untuk menjadi ahli psikologi amatlah panjang  dan seorang ahli psikologi perlu mempunyai cabang bidang tersendiri seperti kesihatan, klinikal, industri dan organisasi, perkembangan, kaunseling, kriminologi, forensik dan banyak lagi untuk digelar pakar. 

Ramai lagi yang masih keliru siapakah kaunselor, psikologi, psikiatrik dan terapi. Menunjukkan pengetahuan mereka yang masih lemah dalam dunia kesihatan mental. Oleh itu, perlu pendedahan yang jelas mengenai perbezaan ini kepada masyarakat supaya mereka tidak lagi keliru dan boleh berhubung secara langsung kepada ahli yang pakar dalam bidang yang hendak dirujuk. 

Petikan dibawah diambil daripada posting Facebook Dr Alizi Alias (Ahli Psikologi Industri dan Organisasi) boleh click di link ini

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=351821379648529&id=100044620080798 

(gambar diambil difacebook Dr Alizi Alias) 

SYARAT MINIMUM MENJADI AHLI PSIKOLOGI DI MALAYSIA

1. Ada ijazah sarjanamuda psikologi; DAN
2. Ada ijazah sarjana psikologi

Ijazah sarjanamuda kaunseling, kerja sosial, sains kognitif, pembangunan manusia, etc. tidak melayakkan kita bergelar ahli psikologi. 

Kalau kita ada ijazah sarjanamuda non-psikologi dan ingin belajar sarjana psikologi, pastikan kita belajar dulu 15 subjek psikologi (peringkat ijazah sarjanamuda) sebagai pra-syarat sebelum mula belajar kursus-kursus psikologi di peringkat sarjana. 

Agak ramai pula yang guna gelaran ahli psikologi walaupun tiada ijazah sarjanamuda psikologi atau tidak belajar 15 subjek pra-syarat sebelum belajar sarjana psikologi. Kadang-kadang salah jabatan psikologi yang tidak mensyaratkannya kepada pelajar ketika mereka ditawarkan kemasukan ke program sarjana.  

Dan ramai juga yang setelah mendapat ijazah sarjana (tanpa mengambil 15 kursus pra-syarat psikologi) menjadi pensyarah psikologi dan mengajar kursus-kursus teras psikologi di peringkat sarjanamuda. 

Ini tidak mengikut syarat standard program MQA sejak tahun 2014 dan akan berlaku masalah apabila proses akreditasi program nanti. 

Saya dimaklumkan oleh beberapa pensyarah dan pelajar program sarjana psikologi yang bukan dari jabatan psikologi seperti sarjana pendidikan (psikologi pendidikan) dan program sarjana sains sukan (psikologi sukan) yang tidak meletakkan pra-syarat , bahawa graduan 2 program ini tidak menggunakan gelaran ahli psikologi. Mereka adalah "educationist" atau "sport scientists." Ini bagus dan sangat profesional. Sudah tentulah kalau graduan ijazah sarjanamuda psikologi yang ada salah satu daripada dua ijazah sarjana ini boleh bergelar ahli psikologi di Malaysia disebabkan latar belakang psikologi mereka di peringakt sarjanamuda. 

Kita tidak salahkan mana-mana pihak sebab kekeliruan ini mungkin ada sejarahnya yang tersendiri di Malaysia. Ditambah pula, bidang psikologi masih menghadapi kesukaran untuk membentang Akta Psikologi di Parlimen untuk melindungi bidang ini. Tapi kita perlu berusaha untuk memperbetulkannya setakat yang kita mampu walaupun ia mengambil masa.

Seperti mana bidang yang sudah dilindungi seperti bidang perubatan, kaunseling, dan kerja sosial, ahli psikologi hanya ingin memelihara etika dan profesionalisme demi kesahihan teori dan intervensi yang ditawarkan dan demi menjaga kebajikan/kesejahteraan orang awam yang keliru tentang apa itu bidang psikologi yang sebenar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AI and Humans: Will we be replacing by AI?

  The rise of artificial intelligence (AI) has sparked questions and concerns about the future of human involvement. Will AI replace humans ...