Sabtu, 12 November 2022

Aisya Adi


Aisya Adi


Aisya Adi adalah nama baru dalam arena penulisan. Anak kelahiran Selangor ini sangat meminati dunia penulisan semenjak di bangku persekolahan. Mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi, pemasaran dan penyelidikan sains sosial. Beliau gigih mencabar diri menceburi bidang-bidang lain untuk menjadikan penulisan beliau lebih versatil dan boleh disesuaikan mengikut pelbagai peringkat pembaca.

Walaupun sibuk dengan urusan sebagai seorang penyelidik pasaran, di sebuah syarikat global. Beliau tetap aktif memanfaatkan pelbagai platform dan peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan. Malahan beliau telah membina satu laman sosial iaitu A Better Soul Journey untuk meluahkan idea kreatif dan perkongsian mengenai kesihatan mental, kata-kata semangat dan tips kearah kehidupan yang lebih baik  

Tidak hanya itu, di masa terluang, beliau juga aktif bergiat dalam kesukarelawanan melibatkan kesihatan mental dan penyelidikan komuniti. Cenderung menghasilkan penulisan kearah genre artikel, perkongsian dan tips kepada pembaca mendorong beliau untuk membuka blog personal iaitu Blog Aisya Adi yang dijadikan platform perkongsian beliau di masa lapang. Bermula hanya sekadar diari kehidupan, kini beliau mula mempelbagaikannya kearah penulisan yang mampu memberi manfaat kepada pembaca.

Anak bongsu daripada enam orang adik beradik ini juga berkongsi bahan penulisan ilmiah beliau di Academia.edu dan telah meraih ribuan pengikut dan ratusan ribu pembaca. Beliau sangat gembira apabila bahan penulisannya dapat dimanfaatkan oleh pembaca terutamanya pelajar.

Kini beliau bersama dalam perjuangan Aksara Digital Solutions untuk mengangkat penulisan Bahasa melayu dalam dunia SEO dan pemasaran digital. Beliau mengambil peluang untuk memanfaatkan kerjaya beliau sebagai penyelidik pasaran dan pengetahuan penulisan artikel yang diterima secara formal ketika di menara gading untuk menghasilkan penulisan yang bermutu kepada Aksara. Bagi beliau, penghasilan karya yang baik perlu melalui penyelidikan dan rujukan daripada bahan dan jurnal rasmi, dipercayai dan terkini bagi menjamin mutu penulisan dan ia juga mencerminkan etika penulis itu sendiri.

Berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Psikologi, beliau ingin tampil dengan penulisan yang lebih serius dan meluas dalam matlamat untuk berkongsi pengalaman dan memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca.

Mengimpikan untuk menyebarkan kesedaran kepentingan dunia penulisan yang sihat dan berkualiti untuk menarik minat masyarakat membaca sekaligus memeliharan kesejahteraan emosi dan intelektual pembaca yang kian tenggelam dek kepincangan industri penulisan di Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AI and Humans: Will we be replacing by AI?

  The rise of artificial intelligence (AI) has sparked questions and concerns about the future of human involvement. Will AI replace humans ...