Rabu, 30 Mac 2022

Covid Fighter!


I POSITIVE COVID-19!🤧



Macam mana tau covid-19?

16/1 - I start demam, batuk, sore throat, hilang selera

17/1 - My brother in law buat PCR sebab dia nak naik offshore. Dia positif. 

18/1 - My whole family buat home call PCR test

20/1 - Officially positive Covid-19. 

29/1 - Potong gelang!


Simptom - demam, batuk, selsema, hilang deria bau & fatigure (extremly haha). I'm not close contact with anyone. Maybe ada dalam family yang jadi pembawa. We assume ayah sebab dia rajin ke surau hahaha. My bil mungkin dapat sebab nephew I setiap hari duduk rumah parents I kalau ayah dia kerja. so merebak-merebak macam tu. 


Apa nak buat kalau positive Covid-19?


1. Jangan panik, menangis, meraung segala. Tarik nafas sedalamnya dan bertenang.  


2. Update MySejahtera. Pilih Helpdesk. Lepas tu, pilih Option F. Jawab soalan dan upload keputusan swab test. Status dalam MySejahtera akan tukar jadi merah selepas 1-2 hari.

Bila dah merah, kita kena isi health assessment 2 kali sehari sampai habis kuarantin. Dalam health assessment, kita kena jawab soalan dan isi suhu, SPO2, tekanan darah & kadar denyutan nadi.


3. Call atau whatsapp CAC daerah masing-masing. Ada CAC guna landline. Ada yang guna whatsapp sahaja. Lain CAC lain cara ya.

Tujuan call CAC untuk dapatkan nasihat sama ada perlu hadir ataupun kuarantin di rumah. 

Kalau perlu hadir, kena tanya boleh walk-in ataupun by appointment. Warga emas dan ibu mengandung, wajib ke CAC walaupun gejala ringan.

Pengalaman sendiri di CAC Selangor, kena download app Selangkah & isi lagi sekali details kita termasuk berat, tinggi, tarikh vaksinasi (jika ada), tarikh swab test.


4. Nanti ada doktor dari KKM yang akan call untuk tanya keadaan kita. Kena alert dengan panggilan telefon ya.


5. Kalau rasa sesak nafas & oxygen bawah paras normal, terus ke hospital terdekat (Emergency). Jangan tunggu.


Apa yang kita perlu ada semasa kuarantin di rumah?


1. Thermometer

2. Oximeter - alat untuk check tahap oxygen dalam darah

3. Blood pressure monitor - alat untuk check tekanan darah & nadi. Beli yang ada adapter sekali. Kalau tak, jenuh ganti bateri.

4. Panadol

5. Ubat batuk

6. Ubat selsema

7. Cool Fever

8. Disinfectant spray - penting sebab kita nak sanitize ruang & permukaan. Contohnya bilik air, tombol pintu. Boleh beli spray gun ataupun Dettol spray tu.

9. Disinfectant wipe - bila rasa malas nak spray, kita boleh guna tissue basah ni.

10. Hand sanitizer - kena rajin sanitize tangan.

11. Facemask - kena pakai kalau ada antara ahli keluarga yang negatif covid-19.

12. Supplement - I just amik vitamin C(250mg) & habatussauda'(black seed oil). Masa sihat tak makan supplement pun sebab memang sejenis manusia yang payah nak telan ubat.😬

13. Fruits and veges!

14. I ambil air lemon mix n halia. not bad.




Alat no 1-3 beli di farmasi ya. Seeloknya semua orang dah ada alat ni. Home essentials.


Apa yang perlu kita makan?


Bila dah sakit ni memang takde selera. Tapi kena paksa makan untuk tenaga. Roti, sup, buah atau jus buah sesuai je buat alas perut. Ikut selera masing2. Asalkan makan.

Banyak minum air suam. Keep hydrated. Takpela ulang alik toilet pun. Tapi pastikan sanitize toilet lepas tu ya.


Lagi, apa nak buat dalam tempoh kuarantin/recovery?


Be positive dan kuat semangat! Semangat ni datang dari diri kita dan orang sekeliling. 

Terima kasih semua yang sentiasa bertanya khabar, share tips2, bagi semangat, hantar makanan dan doakan I & family. I akan ingat setiap orang ni.❤️


Clear your mind. No work related matters. Kena betul-betul focus untuk recovery tanpa stress.

Untuk yg Muslim - solat, doa, baca Yasin, selawat Syifa dan amalan2 yang bagus untuk kita spiritually.


Disclaimer: Ni pengalaman I sendiri. Mungkin tak sama dengan orang lain ya. 


Pegi vaksin! Jangan overthinking ckp agenda yahudi la, mikrochip la, jadi zombie la🤦🏼‍♀️

I satu family dah amik vaksin & walaupun ada yg tak complete 2 dos, alhamdulillah masih bergejala ringan.


Take care semua! Mencegah lebih baik dari mengubati. Ha gittew!❤️


Aisya Adi 

#covidfighter


20/1 I dah habis 10 quarantine ALLHAMDULLILAH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AI and Humans: Will we be replacing by AI?

  The rise of artificial intelligence (AI) has sparked questions and concerns about the future of human involvement. Will AI replace humans ...